Part 66💗

707 38 2
                                    

"Sayang okay tak ni?" Rowoon mengurut belakang badan isterinya. Habis semuanya yang dimakan dimuntahkan balik.

Kesian Rowoon melihat keadaan isterinya. Usia kandungan yang sudah masuk 5 bulan masih lagi ada alahan.

Nayeon menggeleng lemah. Wajahnya diraup akibat letih memuntahkan balik makanan. Tekaknya loya.

"Kumur dulu mulut tu. Basuh muka awak." Segera Rowoon keluar dari bilik air mengambil tuala muka untuk isterinya.

"Dah?"

Nayeon mengangguk lemah. Rowoon terus mengelap wajah isterinya yang basah dengan tuala yang baru diambilnya.

"Sayang rehat dulu tau." Dipapah isterinya dengan berhati- hati ke katil. Dibaringkan Nayeon lalu diselimutkan separuh badan.

"Awak tak kerja Woon?" Nayeon memandang Rowoon dengan mata kuyunya.

Rowoon menggeleng laju.

"Tak jadi saya pergi kerja tengok awak macam ni sayang." Selepas mendapatkan minyak angin, Rowoon duduk di birai katil. Minyak angin disapukan dikepala isterinya menghilangkan rasa pening. Diurut perlahan tepi kepala isterinya.

"Pergi je lah kerja. Saya okay je ni. Awak tak payahlah risau." Dalam keadaan Nayeon sebegitu dia pun masih kasihankan suaminya.

"Apa lah sangat kerja tu berbanding awak dan baby sayang. Awak penting bagi saya. Kerja tu bila- bila boleh siap nanti."

Nayeon tersenyum nipis. Walaupun Rowoon semakin sibuk di cafe, dia masih ingat akan tanggungjawabnya pada keluarga kecilnya.

"Nak apa- apa?" Rowoon bertanya.

"Teman saya boleh?" Tergelak kecil Rowoon mendengar permintaan Nayeon. Terus dia naik keatas katil lalu berbaring disebelah isterinya.

Wajah Nayeon dipandang penuh rasa cinta lalu dibawa masuk tubuh itu kedalam pelukannya.

"Rehat ya." Rowoon terus mendodoikan isterinya seperti bayi. Mulutnya tidak lepas dari menyanyi kecil.

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu