Part 67💗

723 36 2
                                    

Gembira hati Nayeon apabila dapat keluar rumah seperti dulu. Sepanjang alahan dia mengandung, dia kurang keluar rumah kerana tidak larat mahu berjalan.

Hari ini, selepas sahaja Rowoon membawanya bersarapan di cafe, suaminya terus membawanya ke shopping mall untuk membeli- belah barangan bayi mereka.

"Sayang." Rowoon menegur isterinya yang sedang leka memilih pakaian bakal anaknya.

"Woon comel kan ni." Teruja Nayeon menunjukkan kepada Rowoon.

Rowoon mengangguk laju. Terus Rowoon terpandangkan baju bayi berwarna pink.

"Sayang yang ni." Rowoon menunjuk.

Mencebik Nayeon melihat pilihan suaminya.

"Woon, anak kita boy tau." Masih sempat lagi Rowoon mahu bermain- main.

Rowoon tergelak. Suka sangat mengusik buah hatinya.

"Anak kedua lah." Bertambah geram Nayeon mendengar gurauan suaminya. Terus dicubit lengan Rowoon. Gatal betul!

"Auch." Mengadu sakit Rowoon mendapat cubitan ketam isterinya.

"Suka main- main." Ujar Nayeon lalu meninggalkan Rowoon. Dari terus melayan suaminya, lebih baik dia terus mencari barang yang masih belum dicari.

Rowoon tersengih kecil. Terus dikejar isterinya yang sudah jauh dihadapan. Perut dah boyot pun jalan laju.


Tinggal 3 part dan epilog😚

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Onde histórias criam vida. Descubra agora