Part 14💗

765 45 8
                                    

"Kenapa tak keluar?" Soal Rowoon. Sudah hampir 15 minit mereka sampai, tetapi Nayeon tiada tanda- tanda untuk keluar.

Hatinya berdebar hebat.

Nayeon berpaling.

"Rowoon." Namanya dipanggil. Cukup lembut dipendengarannya.

"Ya sayang.. Er sorry, hah ya Yeon." Rowoon mengetap bibir. Matanya dipejamkan rapat saat berpaling daripada Nayeon.

Nayeon tersenyum pahit.

"Saya takutlah."

"Tak apa, saya ada." Rowoon terus mematikan enjin sebelum dia lebih awal keluar dari dalam kereta.

Nayeon masih ragu- ragu. Mahu atau tidak keluar.

Rowoon sudahpun berdiri di tengah jalan belakang kedai kosong itu.

Nayeon terus keluar dari kereta. Dia menghampiri Rowoon.

"Kosong je. Betul ke dekat sini?"

"Ya betul. Dia yang bagi saya jalan tu."

"Err kejap. Saya nak ambil barang."

Nayeon mengangguk membiarkan. Dibiarkan Rowoon mengambil barangnya.

Telefonnya dibuka. Melihat mana tahu 'orang' itu akan bagi pesanan lagi.

Lama dia menanti, Rowoon langsung tidak kembali pada dia. Kepalanya terus ditolehkan kebelakang. Cuak dia melihat Rowoon sudah tiada. Hanya terdapat kereta lelaki itu sahaja.

"Woon." Menjerit dia memanggil. Dia berlari ke kereta. Langsung tiada. Di sekitar tempat itu pun tiada.

"Macam mana ni.." Nayeon mula risau.

Tiba- tiba telefonnya berdering. Terus Nayeon mengangkat.

"Hey sayang. Boyfriend hilang ke tu?" Suara disana tergelak halus.

Nayeon mencari. Macam mana orang itu tahu.

"Mana dia? Kau jangan buat- buat apa dekat dia lahhh!"

"Relax sayang. Laki kau selamat je. Cepat kau dengar cakap aku. Kau jalan terus dari tempat kau berdiri sekarang."

Nayeon memandang hadapan. Jalan terus. Menghala ke kedai kosong yang agak suram dari kawasan bandar.

"Cepat!! Orang- orang aku tengah perhatikan kau." Terus Nayeon berjalan laju.

"Kau nampak sebelah kanan kau tu."

"Nampak." Jawab Nayeon terketar- ketar.

"Masuk situ. Orang aku ada dekat depan."

Dari jauh Nayeon nampak kelibat seorang lelaki sasa.

"Telefon kau mana?" Ujar lelaki itu sebaik Nayeon tiba.

"Ni.."

"Sini bagi." Terus dirampas telefonnya. Tubuhnya terus ditarik menuju ke tingkat atas.

"Kau nak bawa aku pergi mana ni!" Meronta- ronta Nayeon ingin dilepaskan.

"Mana kawan aku lahhh!"

Turun naik nafas lelaki itu melihat Nayeon yang bergelut ingin dilepaskan. Disebabkan arahan diterima, dia tidak akan mengasari gadis itu.

"Ikut je lah."

Mereka tiba di tingkat dua bangunan kedai itu.

"Woon." Jatuh air mata dia melihat tubuh Rowoon yang sudah diikat disebuah kerusi.

"Woon. Macam mana awak boleh jadi macam ni." Jelas dipandangan matanya yang Rowoon telah disakiti oleh orang- orang lelaki itu.

"Woon. Saya minta maaf. Kalau saya tahu jadi macam ni saya tak akan libatkan awak." Nayeon menunduk merayu.

Rowoon tersenyum kecil. Darah yang meleleh ditepi bibirnya dilap Nayeon.

"Yeon bangun sekejap." Arah Rowoon. Tanpa teragak- agak Nayeon bangun.

"Pusing belakang." Arahnya lagi. Dengan air mata yang bertakung Nayeon berpusing kebelakang.

Bukan main membulat lagi matanya saat melihat.

"Woon apa ni." Nayeon berpaling.

Saat ini Rowoon sudah berdiri tegak dihadapannya. Tali yang melilit badannya pun sudah dibuka.

Dia sudah tertipu ke apa ni? Lakonan apa pula ni?

"Happy birthday Yeon."

Prangggg!!

Tersentak semua yang berada didalam bangunan kedai itu. Nayeon terus berlari keluar dengan tangisannya yang lebat.

Hmm surprise tak menjadi geng. Agak- agak knp Woon buat surprise tu? 😚

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now