Part 39💗

629 35 5
                                    

Semenjak dua menjak ini, Nayeon merasakan Rowoon seperti mengelak darinya. Bila diajak keluar lelaki itu mengatakan dia sibuk. Tetapi kalau sibuk mesti dia akan fokus dekat pejabat kafe. Ini tidak pula. Apa yang dia tahu Rowoon akan keluar merayap pergi ke mana- mana tanpa pengetahuannya.

Telefonnya yang berada di poket seluarnya dikeluarkan. Nombor telefon Rowoon didail. Hampir satu jam dia menunggu lelaki itu mengambilnya dirumah. Tetapi sampai sekarang tidak muncul- muncul.

Lama menanti, akhirnya panggilan dijawab.

"Woon dekat mana? Dah lama ni saya tunggu. Jadi ke tak?" Soalnya sebaik sahaja Rowoon menerima panggilan.

"Woon, saya letak barang baby ni dekat dalam kereta ya. Awak orderlah pizza tu dulu."

Tersentak Nayeon saat mendengar suara perempuan yang sedang bercakap dengan Rowoon. Yang pasti dia cukup kenal akan suara itu. Suara milik Young Hee.

"Woon?" Nayeon cuba memanggil walaupun hatinya sudah separuh terkilan mendengar suara Young Hee.

"Ya Yeon. Sorry tak perasan. Kenapa call?"

Makin bertambah kelu lidah Nayeon. Kali ini Rowoon nak kata dia tak perasan menjawab panggilannya.

"Er tak ada apa- apa pun. Saya letak dulu." Dengan hati yang kecewa Nayeon terus mematikan panggilan. Biarlah lelaki itu mahu katakan apa tetapi dia cukup terkilan dengan perangai Rowoon.

Sangkaan dia, Rowoon dah move on dengan cinta lamanya. Tapi tidak. Dia silap menilai.

Tanpa membuang masa, Nayeon terus menempah grab untuk membawanya kerumah keluarga Rowoon. Malam ini sebenarnya keluarga Rowoon mengajaknya makan bersama. Tak sangka pula dia yang Rowoon boleh lupa secepatnya sedangkan lelaki itu sedaya upaya memujuknya untuk ikut.

"Tak apa lah Yeon. Mungkin dia tak ikhlas sebenarnya."

Nayeon tersenyum kecil memikirkannya.

Maaf atas kelambatan🙏 Bukan salah sis okay. Salah line. Sis dah syok nak update tapi tiba2 tk blehh. Kau faham tak, tiberrrrrrr!

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now