Part 9💗

799 57 3
                                    

"Dah nak balik?" Tegur Rowoon melihat Young Hee yang sedang berkemas- kemas untuk pulang.

"Hmm." Gumam Young Hee malas.

Rowoon tersenyum kecil.

"Nak saya hantar tak?"

Young Hee menghala nafas kasar.

"Tolonglah Rowoon. Jangan ganggu saya." Ujar gadis itu tegas meninggalkan Rowoon.

Rowoon mengetap bibirnya. Melihat kebencian Young Hee terhadapnya membuatkan dia mengeluh kasar.

Rowoon kembali kehadapan. Melihat gadis yang sedang mengira duit di kaunter itu membuatkan dia ingin menghampiri lebih dekat.

"Hai." Sapanya ringkas.

Nayeon mendongakkan kepalanya. Melihatkan orang yang berada dihadapnnya terus dia menyambung kembali kerjanya.

"Sombong."

Berdecit Nayeon mendengarnya.

"Apa masalah awak sebenarnya eh?" Tanya Nayeon tidak puas hati. Geram pula hatinya.

"Ada pula suara."

Bertambah geram Nayeon dibuatnya.

"Jeling jeling. Ingat cantik ke?"

"Memang cantik! Kenapa? Jealous?"

Rowoon ketawa mendengarnya. Menyempat pula puji diri sendiri.

"Patutlah tak ada orang nak dekat. Garang sangat." Terus Rowoon meninggalkan kafe.

Nayeon memandang lelaki itu tidak puas hati melepasinya. Kecil besar kecil besar je tengok. Tunggu masa dilenyek sahaja.

Rowoon keluar dari kafe. Melihat kereta yang sedang terparkir dihadapan kafe itu membuatkan dia tertarik. Bukan tertarik pada kereta tetapi tertarik pada seseorang yang sedang bersandar di kereta.

"Hai bro, lama tak jumpa." Sapa Rowoon dengan senyuman dibibir. Tangannya dihulur untuk bersalam tetapi tidak disambut.

"Kau buat apa lagi kat sini? Kacau bini aku." Tuduh Mingyu tanpa berfikir.

Rowoon mengeluh mendengarnya.

"Kau kena ingat, ni kafe appa aku. Jadi aku berhak ada dekat sini bila- bila masa sahaja."

"So senanglah kan kau nak jumpa wife aku. Kau ni...." Belum sempat Mingyu menumbuk wajah Rowoon, tangannya dihalang.

"Aku dah lama move on bro. Young Hee tu sepenuhnya milik kau. Kenapa kau nak ragu- ragu lagi. Kau tercabar ke?"

Mingyu mengetap rahang mendengarnya.

"Kau memang tak guna!"

"Jangan keruhkan keadaan Gyu. Aku dah menyerah kalah. Kau janganlah salah faham." Bahu Mingyu ditepuk halus.

"Aku balik dulu. Aku minta maaf. Ada rezeki kita jumpa lagi." Ujar Rowoon seraya membuka pintu keretanya.

"And one more thing, aku tak kacau pun wife kau. Jaga dia baik- baik. Kau memang layak dapat
dia." Seusai berkata, Rowoon terus masuk kedalam kereta.

Mingyu berdecit kasar.


Hujan-ii ni rasa malas nak update sebenarnya. Nak tidur je😂

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now