Part 12💗

759 52 4
                                    

Nayeon bangun dari tidur. Lewat hari ini dia bangun. Mujurlah harini dia cuti.

Jam di dinding dipandang lama. Matanya dikesat kasar.

Dengan langkah yang malas, Nayeon masuk ke dalam bilik air membersihkan diri. Sedang dia membersihkan diri, telefonnya berbunyi tidak berhenti. Pelik juga dia dibuatnya. Cepat- cepat dia bersiap.

Dengan masih bertuala dibadan, Nayeon mencapai telefonnya. Nombor yang tidak bernama itu dipandangnya lama.

"Salah nombor kot." Fikirnya. Terus dibiarkan sahaja panggilan itu tidak diangkat.

Belum sempat lagi dia mengatur langkah ke almari, telefonnya berbunyi lagi. Terus diambil telefonnya. Panggilan dijawab.

"Hello siapa ni?" Tanya Nayeon. Didalam talian diam. Nayeon menanti.

"Boleh kita jumpa?"

Berkerut dahi Nayeon. Soalannya langsung tidak dijawab.

"Siapa ya ni? Boleh saya tahu."

"Saya nak kita jumpa. Kalau tak tahulah nasib awak nanti." Keras suaranya memberi arahan.

Gulp! Liurnya ditelan kesat.

"Siapa ni? Saya tak akan jumpa orang yang saya tak kenal lah." Mahu sahaja Nayeon menangis. Takut jika dia bakal diapa- apakan.

"Datang jumpa saya dan masa tu awak tahu siapa saya."

Nayeon mengetap bibirnya. Lama dia berfikir sebelum memberi kata putus.

"Err okay." Ragu- ragu Nayeon menjawab.

"Okay good. Nanti saya send location. See you soon darling." Panggilan ditamatkan.

Nayeon runsing. Hatinya berbelah bahagi. Tapi dia sudahpun membuat keputusan.

"Omma appa, tolong Yeon."

Jeng jeng jeng😚

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now