Part 19💗

729 44 7
                                    

"Lepaslah!" Bentak Nayeon rimas. Sehingga kerumah Rowoon mengikutnya.

"Kenapa perlu mengelak lagi dari saya? Saya dah ceritakan semuanya kan?"

Mendengus Nayeon mendengarnya.

"Saya tak boleh terima apa yang awak buat tu. Awak tipu saya. Awak kenakan saya. Saya benci awak Woon!" Dengan perasaan geram Nayeon menjerit. Tidak kasih dia pada pandangan jiran- jirannya.

"Yeon, saya sebenarnya..."

"Sebenarnya apa! Happy dapat gunakan saya. Happy gunakan saya untuk dapatkan Young Hee." Tercungap- cungap Nayeon berkata.

Dia serik lagi mahu percayakan.

"Yeon awak salah sangka ni."

Nayeon tersenyum sinis.

"Saya salah sangka? Stop lah gunakan saya. Kalau awak nak saya masih bekerja di cafe appa awak lebih baik awak pergi dari sini." Ugut Nayeon. Keadaan kafe sekarang juga makin tidak teratur semenjak ada yang berhenti kerja. Sekarang ini pula, Young Hee pula ingin berhenti kerja disebabkan dirinya yang mengandung dan hal yang tertentu tidak dapat dielakkan.

"Yeon mana boleh macam ni..."

"Pergi sekarang sebelum saya whatsapp boss saya nak berhenti kerja." Ujarnya tegas.

"Yeon, apa tu bising- bising dekat luar." Serentak itu mereka menoleh kedalam rumah.

"Omma appa, bila sampai?" Membulat mata Nayeon melihat omma dan appanya berada di rumahnya. Sejak bila pun dia tidak pasti.

Nayeon menghampiri omma dan appanya. Tangan tua itu disalam penuh hormat.

"Petang tadi. Yeon dah pergi kerja dah. Tu siapa?" Tanya omma melirik kearah seorang jejaka kacak yang sedang berdiri ditepi tembok.

"Ermm... anak boss tempat Yeon bekerja." Jawab Nayeon acuh tak acuh. Dijeling sekilas kepada Rowoon yang memandang kearah mereka.

"Sini lah." Panggil Encik Kang.

Laju sahaja Rowoon melangkah menghampiri omma appa Nayeon. Tangan itu disalamnya.

"Err siapa namanya?" Tanya Puan Kang mesra.

Rowoon tersenyum.

"Rowoon aunty." Jawab Rowoon.

"Sedap nama, macam orangnya." Sempat Puan Kang memuji.

Nayeon mencebik mendengarnya.

"Masuklah dulu ya Rowoon. Aunty ada masak sikit tu kat dalam. Bolehlah kita berbual- bual sikit kan." Pelawa Puan Kang.

"Omma..."

"Kenapa?"

"Ni kan rumah Yeon. Nanti jiran kata apa pula."

"Tak ada apa lah, lagipun omma appa ada ni. Dah jom Rowoon mari
masuk." Serentak itu Rowoon melangkah masuk mengikut omma dan appa Nayeon. Sempat dia mengeyitkan mata kepada Nayeon yang masih tidak berpuas hati.

"Eeee geramnya." Bentak Nayeon. Kakinya dihentak kuat.

"Auchhh." Mengadu sakit dia dibuatnya.

"Yeon, apa tunggu lagi tu. Cepat masuk. Sejuk kan nanti makanannya." Jerit Puan Kang dari dalam rumah.

"Ya omma." Terus Nayeon masuk kedalam rumahnya dengan hati separuh tidak lera.


Hehehehe🙈

Esok sis dah kena daftar. Wish me luck okay lepasni bila dah sibuk study. Inshaa Allah sis akan teruskan update juga. Walaupun satu hari satu part😚

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now