Part 51💗

739 36 1
                                    

Nayeon tidak tenteram. Sering sahaja dia teringat akan Rowoon. Rindunya semakin membuak- buak. Mahu sahaja dia bertemu empat mata dengan lelaki itu tetapi hatinya tidak kuat untuk berdepan dengan Rowoon.

Pon! Pon!

Tersentak Nayeon melayan lamunannya. Kereta yang sudah terparking elok di garaj kereta dipandang. Omma dan appanya baru sahaja pulang dari suatu tempat yang dia sendiri tidak tahu dimana. Bila ditanya dimana, ada sahaja halangannya.

Nayeon masuk kedalam biliknya kembali setelah lama duduk di beranda biliknya. Dibiarkan pintu gelongsor itu terbuka membawa angin masuk kedalam ruangan biliknya.

Laju langkah Nayeon turun ke ruang tamu mendapatkan omma dan appanya.

"Lamanya omma appa pergi. Urusan apa tu?" Dia cuba lagi bertanya.

Omma tersengih penuh makna.

"Kami jumpa kawan lama." Jawab omma.

"Owh." Nayeon melabuhkan punggungnya disebelah appanya.

"Yeon ingat esok nak cari kerja. Omma appa stay sini lagi kan."

"Kerja?" Appa bertanya memastikan.

Nayeon mengangguk.

"Tak payahlah Yeon." Ujar omma pula.

Berkerut dahi Nayeon.

"Kenapa pula? Habistu kalau Yeon tak kerja siapa nak bayar duit rumah ni semua." Mencebik Nayeon saat mendengar cadangan keluarganya.

"Tu jangan risau. Lepasni Yeon tak payah dah fikir pasal tu lagi okay. Omma appa dah fikirkan sesuatu untuk kamu."

"Hah?" Pelik Nayeon dibuatnya. Pening dia memikirkan cadangan omma dan appanya tidak bagi dia bekerja. Macam mana dia mahu menampunh hidupnya kalau duit tiada. Lainlah kalau duit jatuh dari langit, memang dia tak kerja lah seumur hidup.

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now