Part 38💗

639 37 4
                                    

Bulat mata Nayeon melihat Rowoon yang sedang berbual dengan Young Hee. Masing- masing berlagak biasa seperti tiada apa- apa yang pernah berlaku.

Sengaja Nayeon berdiri lama ditempatnya. Dia mahu mendengar semua perbualan antara mereka berdua. Sedikit sebanyak membuatkan perasaanya bercampur baur. Cemburukah dia?

Nayeon dekatkan jarak. Dia tidak mahu tinggalpun satu ayat yang terlepas.

"Awak dah ada someone special ke?" Tanya Young Hee. Tersentak Nayeon mendengarnya. Adakah Young Hee mahu mengorek cerita? Nayeon menggeleng laju. Young Hee tidak perlu tahu.

Rowoon tergelak halus sebelum menjawab.

"Ada tu ada. Tapi...."

Cepat- cepat Nayeon kehadapan menghampiri mereka.

"Young Hee." Nayeon matikan kata- kata Rowoon. Tajam matanya melihat Rowoon. Gelas minuman diletakkan dihadapan Young Hee.

"Lama buat air." Tegur Young Hee yang perasan akan itu.

Rowoon yang juga perasan tentang itu menoleh kearah gadisnya.

"Err aku siapkan minuman untuk customers lain juga." Nayeon mencipta alasan. Wajah Rowoon yang menatapnya dijeling saat Young Hee sedang menikmati minumannya.

"Rowoon, boss panggil." Ujar Nayeon tiba- tiba.

Rowoon memandang Nayeon pelik. Manakala Young Hee pula memandang tanpa perasaan.

"Cepatlah!" Gesa Nayeon tanpa suara. Bibirnya sahaja yang menutur.

"Young Hee, awak duduk dulu ya. Saya pergi jumpa appa sekejap." Rowoon meminta diri. Dia sembunyi senyum melihat telatah Nayeon. Bukan dia tidak tahu apa yang dimaksudkan gadis itu.

"Nak apa sayang?" Rowoon menyoal sebaik sahaja mereka didapur.

"Ish jangan panggil macam tu boleh tak. Nanti Young Hee dengar nak jawab apa." Ujar Nayeon tegas tanda dia tidak suka.

"Panggil saya sebab rindu ke? Sampai sanggup tipu Young Hee." Gurau Rowoon.

Mendengus kasar Nayeon mendengarnya.

"Bukan tadi saya suruh awak balik ke?" Tanya Nayeon bercekak pinggang.

"Kan tadi dah janji nak balik sama- sama." Rowoon mengingatkan tentang itu.

Nayeon juga hampir terlupa tentang itu.

"Awak pergilah duduk dalam bilik staff dulu ke, pergi tolong appa awak ke, lepas Young Hee balik nanti kita baru balik." Ujar Nayeon memberi arahan.

"Okay sayang."

Nayeon menjeling geram. Terus dia berura- ura ingin pergi.

"Sayang.."

"Apa lagi?" Soal Nayeon geram. Wajah Rowoon dipandangnya tajam.

"I love you." Ucapnya dengan sengihan dibibir.

Nayeon mencebik mendengarnya. Dia terus melangkah kehadapan.

Good night my baby sayang💗 Esok kita update lagi okay😚 Nak berapa banyak esok?

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now