Chapter 1

345 21 1
                                    

Kepanikan jelas kelihatan di wajah ketiga-tiga The Guardian, Spinel, Amethyst dan Citrine. Mata mereka terpaku melihat kolam besar dihadapan mereka.

Kolam itu bercahaya, dan menunjukkan satu bayangan. Bayangan yang sangat menggores hati The Guardian.

"Bagaimana ini, Citrine?" Tanya Spinel, si pari-pari kecil berwarna merah jambu.

"Aku juga tak tahu, Spinel." jawab si pari-pari kecil berwarna oren.

Si pari-pari berwarna ungu, Amethyst hanya terdiam melihat pemandangan dihadapan matanya.

Pulau-pulau yang terapung mula jatuh dan menghancurkan tanah yang berada dibawahnya. Yang dimana juga menghancurkan rumah-rumah Altarian.

"Ini yang sedang berlaku di barat." Amethyst membuka suara.

Bayangan dikolam itu berubah. Kali ini, ia menunjukkan sebuah hutan kecil, dimana pokok-pokoknya, secara perlahan, mula mengering. Sehinggalah separuh dari hutan itu hilang warna hijau lembutnya.

"Ini pula yang sedang berlaku di selatan." kata Spinel.

Bayangan itu berubah lagi, menunjukkan sebatang sungai besar dan panjang. Airnya yang biru jernih mula semakin mengalir perlahan dan kelihatan mula menyurut. Ikan-ikan dan kehidupan dibawahnya mula terapung-apung, kehilangan nyawa.

"Dan ini yang sedang berlaku di timur." kata Citrine.

Ketiga-tiga mereka menunjukkan wajah yang sangat sedih. Mereka, yang menjaga kuasa alam bagi dunia Altar, mula merasa tidak berguna.

"Ini semua angkara Altarian sendiri."

"StoneCrystal berikan mereka semua kuasa alam."

"Tapi mereka semua tak bersyukur. Bahkan mengambil kesempatan."

"Mereka tebang pokok, tapi tidak menanam semula."

"Mereka mengambil air, tapi tak menjaga kebersihannya."

"Mereka menerima tanah, tapi mereka ciptakan perang diatasnya."

"Diatas kuasa alam yang StoneCrystal berikan sendiri."

Spinel, Citrine dan Amethyst melihat ketengah-tengah kolam, dimana terdapat 8 batu permata yang berlainan warna. Ianya biru, merah, kuning, hijau, ungu, coklat, hitam dan juga putih.

Kelapan-lapan batu itu terapung ditengah-tengah kolam sambil bercahaya terang. Namun...

"Cahaya StoneCrystal mula pudar." ujar Citrine.

Belum sempat Amethyst dan Citrine menjawab, salah satu StoneCrystal, tiba-tiba bercahaya sangat terang. Jauh lebih terang daripada StoneCrystal yang lain.

"!!" The Guardian dengan cepatnya, terbang ketengah-tengah kolam.

"Apa yang berlaku?" tanya Amethyst.

"Aku tidak tahu." jawab Citrine dengan bimbang.

StoneCrystal berwarna putih itu mula berubah. Cahayanya hilang dan batu itu mula berubah menjadi satu cahaya yang tiada bentuk.

"Mengapa hanya StoneCrystal cahaya menjadi begini?" tanya Spinel.

"Mungkin.. Kerana cahaya adalah sumber alam yang paling diperlukan."

"Dan disini, ia berada berhampiran dengan StoneCrystal bayang, satu-satunya kelemahan untuk cahaya."

Mereka bertiga terdiam sejenak.

"Apa yang harus kita lakukan?"

Cahaya putih itu melayang-layang tanpa arah. The Guardian mula risau kerana StoneCrystal yang lain juga mula berubah bentuknya.

"Bagaimana jika kita asingkan semua StoneCrystal ini?" Citrine bersuara.

"Asingkan bagaimana?" tanya Amethyst

"Dengan meletakkan mereka secara berasingan."

Amethyst dan Spinel saling memandang.

"Aku rasa itu mustahil."

"Bukankah StoneCrystal memerlukan satu kapal untuk membiarkan kuasanya mengalir."

"Dan di Altar, hanya kolam ini yang tersambung dengan seluruh alam."

Citrine terdiam.

"Ah, kalau begitu, kita berikan kuasa StoneCrystal kedalam Altarian!" ujar Citrine lagi.

"Kedalam Altarian?"

"Ya! bukankah Altarian juga tersambung dengan kuasa alam? Jika kita letakkan kuasa StoneCrystal dihati mereka, kita juga tak perlu bersusah payah untuk mengasingkan mereka, bukan?"

Amethyst dan Spinel memandang Citrine dengan kagum.

"Aku setuju."

"Aku juga. Tapi, siapa yang harus kita pilih?"

"...."

"...."

"Besok, aku akan keluar ke pulau berdekatan. Aku akan cari Altarian yang boleh membantu kita."

Amethyst dan Citrine mengangguk.

"Sebelum itu.. Apa yang harus kita lakukan dengan StoneCrystal cahaya ini?"

Teguran Spinel membuatkan Amethyst dan Citrine memandang kearah StoneCrystal cahaya yang sekarang bukan lagi batu permata.

"Kita... harus korbankan kuasanya." jawap Amethyst.

"!"

"Korbankan? Apa maksud kau?"

"Sekarang, Altarian mula kehilangan kuasa alamnya. Dan jika kita ingin mencari Altarian untuk diberi kuasa StoneCrystal, ianya akan masih ambil masa yang lama untuk StoneCrystal mengalirkan kuasanya.

Jadi.. Kita harus korbankan satu kuasa kita. Untuk Altar.."

Spinel dan Citrine mengeluh. Mereka tahu mereka juga tiada pilihan lain.

"Baiklah." mereka berdua mengangguk.

Mereka bertiga terbang mendekati kuasa cahaya yang sedang berterbangan itu.

Tangan mereka dihulurkan bersama, memegang kuasa cahaya itu. Dan membawanya mendekati kolam.

"Wahai dunia Altar. Kau terimalah kuasa cahaya dari StoneCrystal ini, dan tukarkanlah kepada kuasa alam."

Cahaya itu terbang mendekati kolam, sehingga ianya tenggelam dan tidak kelihatan lagi.

Tiba-tiba gua itu mengeluarkan cahaya yang samar dan hangat, menandakan bahawa kuasa StoneCrystal telah diterima oleh dunia Altar.

"Hanya 7 StoneCrystal yang tersisa."

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now