Chapter 4

97 11 1
                                    

"Apa yang ada kat seberang?" tanya Kai kepada Kayna yang duduk disebelahnya.

Kai dan Kayna sedang duduk diatas pasir sambil melihat laut yang luas dihadapan mereka.

"Seberang? Banyak."

Kayna mengambil nafas panjang sebelum menyambung.

"Ada rumah-rumah tinggi. Ada haiwan yang besar-besar, yang kecil dan comel pun ada." Kayna bercerita penuh girang. Tangannya melambai-lambai menunjukkan betapa riangnya dia.

"Lepastu, banyak gerai-gerai jual makanan sedap-sedap. Cuma... Saya tak dapat nak rasa.."

".... Kalau kau tak dapat rasa.. Macam mana kau tahu tu sedap?." tanya Kai tanpa niat buruk.

"Sebab.. Semua nampak sedap." jawab Kayna dengan senyuman yang dipaksa.

"Kau ada kawan kat sana?"

"Ada, tapi..."

"Tapi..?"

"Kawan-kawan saya semua tak ada mak ayah.. Tak ada yang nak jaga atau lindungi kitorang.. Jadi, mereka semua.. Dah takde."

"Ah.. Maaf."

"Takpe, takpe. Biasa dah aku hidup tanpa cinta dari ibu bapa. Boleh je aku hidup sampai sekarang."

The Guardian yang mendengar dari sebelah kolam terasa hatinya dihiris pisau. 'Itu bukan ayat budak 8 tahun harus katakan.' Fikir mereka.

"Cinta tu.. Apa?"

Kayna memandang Kai aneh.

"Eh? Ah.. Cinta tu.. Erh.." Kayna cuba untuk mencari ayat yang sesuai.

"Satu perasaan bila kau nak bersama dengan seseorang setiap masa. Kau nak dia bahagia dan nak bahagiakan dia... Macam tu..?" Sambung Kayna.

"Oh.. Jadi aku cintakan Spinel, Citrine dan Amethyst? Sebab aku nak bersama dengan diorang selalu."

"Ya. Itupun cinta." Kayna tersenyum manis melihat wajah polos Kai.

Kai pula, yang melihat Kayna tersenyum manis kepadanya, merasakan sesuatu sedang berkembang dihatinya.

Deg

"?"

Beberapa hari selepas kedatangan Kayna, Spinel datang pula dengan dua orang kanak-kanak kecil yang. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Mari, kenalkan nama kamu." Jemput Spinel.

"Nama saya.. Laura.."

"Nama saya pula Xoel."

Laura menggenggam tangan Xoel dengan erat kerana tak biasa dengan tempat itu. Xoel pula membalas genggaman tangan Laura untuk menenangkannya.

"Hai, nama saya Kayna. Dan yang ini Kai." Kayna menghulurkan kedua tangannya kepada Laura.

Laura yang senang melihat seorang seumuran dengannya terus membalas huluran tangan Kayna dan tersenyum lebar kepadanya.

"Awak berdua adik-beradik ke?" Tanya Kai kepada Xoel.

"Bukan. Saya cuma jaga dia saja." Jawab Xoel tenang.

The Guardian, tanpa membuang masa memberikan kedua anak itu kuasa StoneCrystal. Laura diberikan kuasa angin dan Xoel pula diberikan kuasa tanah.

Dan perkara sama berlaku, mereka menjerit kesakitan sebelum tak sedarkan diri.

Kayna dan Kai menjaga mereka berdua sehingga mereka sedar.

3 hari kemudian, Amethyst datang membawa seorang kanak-kanak lelaki.

Rambut merah terangnya menarik minat si Laura.

"Cili." Ujar Laura tiba-tiba.

"HAAHH! Nama aku Leo lah! Bukan cili!"

"Tapi kau nampak macam cili. Hahaha."

"Oh ya! Kau.. Kau nampak macam.. Kubis ungu."

"Apa..! Nama aku Laura bukan kubis. Dasar cili!"

"Kubis, kubis."

Kayna dan Xoel kelelahan menghentikan pergaduhan mereka.

Penat mendengar, The Guardian membawa Leo ketengah kolam dan memberikannya kuasa StoneCrystal petir.

Laura ingin menjelir lidahnya apabila melihat Leo kesakitan, tapi merasa kasihan pula.

Beberapa hari selepasnya, Spinel membawa seorang anak perempuan yang seumuran dengan Xoel.

"Nama saya Reyra. Apa khabar?" Reyra menunduk kecil.

Sifatnya yang agak matang membuatkan kanak-kanak yang lain berbunga dihati mereka.

"Nama aku Xoel." Xoel paling awal perkenalkan dirinya diikuti yang lain.

Laura dan Kayna dengan cepat mengakrabkan diri dengan Reyra.

Kerana sifatnya yang matang, The Guardian memberikan Reyra kuasa StoneCrystal tumbuhan. Kerana mereka rasa hati Reyra boleh berbicara dengan tumbuhan.

Hanya satu StoneCrystal tersisa. Warna merahnya masih merah menyala walaupun sudah hampir berubah menjadi cahaya.

7 hari kemudian, Citrine membawa seorang anak lelaki yang penuh dengan luka segar dimukanya.

Yang lain memandang anak lelaki itu penuh kasihan.

"Kenapa dengan dia?" tanya Kai kepada Citrine.

"Disebuah rumah, berlaku satu pembunuhan. Semua penghuni rumah tu dibunuh dengan kejam. Hanya dia yang menyorok terselamat. Jadi aku bawa dia ke sini." jawap Citrine.

Mendengar penjelasan Citrine, kanak-kanak lain hanya mampu menutup mulut mereka, terkejut. Anak lelaki itu pula hanya mendiamkan diri. Masih tak tahu harus berbuat apa. Matanya yang merah sudah jelas membuktikan bahawa dia sudah penat mengalirkan air mata.

"Um.. Nama awak siapa?" tanya Reyra.

"Ariel.. Ariel Castelan." jawabnya perlahan sambil memandang tanah.

"Namanya cantik. Mukanya pun.. Kalau tak ada luka tu." Kayna bergumam pada dirinya.

"Eh, kau rasa dia cantik ke, Kayna?" Laura yang terdengar terus mengusik Kayna.

"E-eh.. Mana ada.. Lauraaa." Kayna yang memerah mukanya menutup mulut Laura supaya dia tak membuka mulut lagi.

"....." Kai hanya memandang Kayna tanpa membuka mulut.

The Guardian membawa Ariel ketengah kolam dan memberikannya kuasa StoneCrystal terakhir. StoneCrystal api.

The Guardian dan kanak-kanak lainnya terkejut. Ariel tak menjerit kesakitan langsung. Bahkan, lukanya mula mengecil dan hilang.

"Ariel. Tak sakit ke?" tanya Amethyst.

"Sakit.. Tapi tak sesakit semalam." mata Ariel kelihatan kosong.

The Guardian hanya miris hati mereka.

Mereka membawa Ariel kedataran semula.

Tak sempat bersuara, Ariel merasa badannya dipeluk. Oleh semua anak-anak lain.

"Jangan risau, Ariel. Kitorang takkan apa-apakan kau."

"Kat sini kau selamat."

"Mulai sekarang kau kawan dan keluarga kitorang."

"Lupakan semuanya yang berlaku semalam."

"Buat memori baru dengan kitorang."

"Kitorang akan lindungi kau."

Ariel, yang terkejut tak mampu berkata apa-apa. Dia diamkan diri, merasakan hangat pelukan orang-orang yang akan menjadi sahabatnya.

Air mata Ariel mengalir semula. Dia menangis. Merindui keluarga lamanya.

Mendengar tangisan Ariel, air mata mereka juga mengalir. Merindui kawan-kawan dan keluarga lama mereka.

The Guardian melihat mereka. Tersenyum kecil.

"Mereka masih kecil."

"Tapi hati mereka sangat kuat."

"Sangat kuat."

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now