Chapter 2

125 14 0
                                    

Ketiga Guardian itu melihat bayi kecil didalam bakul kayu dengan seksama.

Kulitnya putih lembut dengan beberapa helai rambut berwarna putih dikepalanya. Mata yang tertutup dengan tangan yang digenggam rapat menunjukkan bahawa bayi itu sedang tertidur pulas.

"Dimana kau jumpa anak ini, Spinel?" tanya Citrine.

"Di sungai yang terletak di Timur."

"Sungai?"

"Iya. Kelihatan seperti ibu bapanya membuang dia."

"Kasihan."

"Adakah anak ini yang kita akan berikan kuasa StoneCrystal?" kali ini Amethyst bertanya.

"Kita tiada pilihan, bukan?"

"Tapi.."

"Bukankah lagi elok jika biarkan anak ini besar sedikit. Sekiranya kita berikan kuasa itu sekarang, badannya takkan mampu tahan.."

"......"

"Tapi StoneCrystal.. sudah mula hilang bentuknya."

Ketiga Guardian itu terdiam, tidak dapat memikirkan jalan lain yang boleh menjadi pilihan.

"Kalau begitu, kita teruskan sekarang." Citrine bersuara yang dijawab anggukan oleh Amethyst dan Spinel.

Mereka bertiga terbang dengan sayap kecil mereka ketengah-tengah kolam. Tak lupa juga, mereka menggunakan kuasa mereka untuk melayang-layangkan bakul yang membawa bayi kecil itu.

Tiba di tempat StoneCrystal, mereka meletakkan bakul itu ditengah kolam. Tidak disangka, bakul itu tidak pula tenggelam walaupun berada diatas air.

Amethyst dan Spinel terbang mendekati StoneCrystal sedangkan Citrine menjaga si bayi kecil.

"Mari kita mulakan." Kata Spinel.

Tangan kecil kedua Guardian itu mencapai StoneCrystal yang berwarna hitam, StoneCrystal bayang, mengubahnya menjadi cahaya namun gelap. Cahaya itu dibawa mendekat kepada anak kecil itu. Dan seperti yang mereka jangka, cahaya itu diserap masuk oleh badan anak kecil itu.

"Uwaa uwaa." dia menangis. Badan kecilnya merasa sangat panas dan sakit.

"Ah, bagaimana ini? Kenapa dia menangis?" tanya Spinel risau.

"Adakah kuasa stonecrystal terlalu kuat untuknya?" Tanya si Amethyst pula.

Ketiga Guardian itu panik mendegar tangisan penuh kesakitan anak kecil itu.

Namun tangisannya mula reda perlahan demi perlahan. Ketiga Guardian hanya memandang penuh kerisauan.

"Fuh~" ketiga Guardian bernafas lega melihat anak kecil itu yang sudah menyambung tidurnya. Citrine mendekati anak itu dan mengelap air matanya.

"Maafkan kami." Kata Citrine perlahan sambil membelai lembut pipi anak itu.

"Nama apa yang boleh kita berikan pada anak ini?" Tanya Amethyst yang menyedarkan dua Guardian lainnya.

Mereka bertiga berfikir keras.

Sejam.

Dua jam.

Tiga jam.

"Ah! Bagaimana kita namakan dia Kai!" Jerit Spinel secara tiba-tiba.

"Kai?"

"Ya, Kai yang membawa maksud kemenangan. Sebab kita baru berjaya berikan kuasa alam kepada Altarian!" Ujar Spinel dengan riang.

"Boleh juga." Jawab Amethyst sambil mengangguk.

"Bagaimana kalau kita tambah Vari dibelakang namanya? Vari yang membawa maksud bayang." Sambung Citrine pula.

"Kai Vari? Aku setuju." Jawab Spinel riang.

"Aa~" suara manis kecil yang datang dari anak kecil itu mengejutkan ketiga Guardian.

Amethyst terbang mendekati anak itu.

"Sekarang, nama kamu Kai Vari." kata Amethyst sambil tersenyum.

Kai, tersenyum kecil, bagaikan faham dengan apa yang dikatakan Amethyst.

Kai Vari, Altarian pertama yang menerima kuasa StoneCrystal, sejak dari hari itu, tinggal bersama The Guardian.

Dia dijaga dengan penuh kasih sayang oleh tiga Guardian. Dia juga dibantu oleh The Guardian untuk berlatih mengawal kuasa StoneCrystal bayang yang berada didalam jantungnya serta diberikan bermacam pengetahuan.

Dan akhirnya sepuluh tahun berlalu. Kai membesar menjadi anak polos dan ceria. Dengan senangnya dia dapat mengawal kuasa bayangnya walaupun hanya berusia sepuluh tahun. Bahkan kuasanya jauh lebih kuat dari yang The Guardian sangkakan.

Hanya satu kekurangan dalam Kai Vari.

Dia kurang pengetahuan tentang dunia Altarian.

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now