Chapter 12

55 11 0
                                    

"Sampai."

Setelah 4 hari menaiki kereta kuda, 3 hari berlari menerusi hutan, berjam-jam rehat, mereka berlapan tiba di sebuah istana yang tak jauh besar dari istana Dorwall.

Berlapan? Mereka ialah Elementalist dan juga Raja Killian.

Lakis, ialah nama negeri kecil yang terletak bersebelahan dengan Dorwall. Dan tujuan mereka disana, ialah untuk mengambil alih negeri itu.

Tembok tinggi dihadapan mereka dengan senang dinaiki dibantu oleh kuasa Xoel dan Reyra.

Ariel dan Kai melompat turun dan menghentak kepala pengawal yang berjaga dibawahnya sehingga tak sedarkan diri. Barulah yang lain ikut turun.

Dengan bantuan kuasa Xoel, mereka dapat mengelak dari terserampak dengan pengawal istana. Mereka masuk ke istana melalui pintu utama.

"Cerahnya tempat ni." Ujar Laura. Matanya mengenyit melihat warna-warna emas yang memenuhi ruang seluas sebuah rumah itu. Dari pasu-pasu bunga, sehinggalah bingkai gambar, semuanya cerah.

"Itu emas tulen."

"HAH?" Elementalist terkejut, bahkan sampai mulut ternganga luas.

"Siapa disana?" Beberapa pengawal muncul entah dari mana.

Reyra, dengan cepat mengeluarkan tumbuhan dari pasu berdekatan dan melilit pengawal itu. Dia menghasilkan bunga yang mengeluarkan debunga yang membuatkan pengawal itu tertidur.

"Kita kena cepat. Reyra, Leo, tidurkan semua pekerja disini. Laura, Kayna, cari mereka." Raja Killian memberi dua helai lukisan wanita kepada mereka. Mereka yang diberi arahan terus berpecah.

"Xoel, cari dimana bilik raja."

Xoel mengangguk lalu memfokuskan kuasanya di kaki.

"Arah sini." Yang lain terus mengikut Xoel ke tingkat tiga istana.

Tiba disebuah pintu, Kai menghasilkan bayang yang besar dan menghentam pintu itu sehingga musnah. Didalam bilik itu, seorang lelaki tua gemuk terkejut melihat kehadiran mereka yang tak dijemput.

"S-siapa kamu semua?"

"Beta ialah Killian Grace, Raja negeri Dorwall." Raja Killian berjalan mendekati lelaki itu.

"Kau Raja negeri Lakis, perlu dihukum atas kesalahan yang sudah kau lakukan." Tangannya menarik pedang yang tersemat dipinggangnya.

"P-PENGAWAL! PENGAWAL!"

"Tak guna. Tiada siapa yang boleh selamatkan kau."

Muka Raja Lakis mula memucat putih. Peluh sejuk mengalir dari kepalanya yang hampir botak licin.

"Tuanku." suara Kayna datang dari belakang. Dia dan Laura membawa dua wanita yang disuruh Raja Killian. Mereka melututkan wanita itu bersebelahan dengan lelaki tua tadi.

"A-ayahanda. Apa yang berlaku?" salah satu wanita itu menangis sangat keras sehingga air mata merosakkan riasan tebal diwajahnya.

"Kamu berdua puteri Lakis. Sudah pasti kamu tahu apa kesalahan Ayahanda kamu, bukan?" tanya Raja Killian.

"M-memang apa kaitannya dengan kamu semua? Kami boleh lakukan apa sahaja yang kami mahukan. Kami ini Puteri!"

Raja Killian menghela nafas, tak percaya dengan kelakuan 'kerabat diraja' itu. Tak bercakap banyak, tangannya terus menarik pedang panjang yang tersemat dipinggang.

"T-t-tunggu. K-kita boleh berbincang. Jangan-"

Lehernya ditebas. Darah yang terpancut laju mengotorkan baju putih Raja Killian. Elementalist, walau sudah menjangkakan semua itu, masih terkejut membatu.

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now