Chapter 17

61 12 0
                                    

"Masih tiada berita?"

".... Belum, Tuanku." Ariel kesusahan untuk menjawab.

"Hah.. Kemana dia menghilang?"

Sudah tiga hari Kai menghilangkan dirinya. Dan selama tiga hari itu, Elementalist sudah cuba untuk mencari Kai diseluruh kota Dorwall. Malangnya batang hidung dia sahaja tak kelihatan.

TAP

TAP

TAP

Bunyi tapak kaki laju menuju kearah bilik kerja Raja Killian.

"TUANKU!" Seorang pahlawan istana datang sambil tercungap-cungap.

"Ada apa? Kenapa kau panik?"

"Alkan.. Telah diserang!"

"APA? Oleh siapa?"

Saking terkejutnya, Raja Killian menghentak meja dengan kuat. Elemntalist juga tak kalah terkejutnya.

"Ra.. Raksasa!"

"A-apa maksud kau dengan raksasa?" Laura merinding mendengar ayat raksasa yang dikatakan pahlawan itu.

"Beta akan dengar penjelasan itu nanti. Elementalist, cepat pergi ke Alkan."

"Baik, Tuanku."

Tak membuang masa, Elementalist terus menghilangkan diri mereka. Tak ke rumah untuk bersedia, tak juga mengisi perut sebentar, tapi terus ke Alkan.

BAM

CRASH

BAAM

Bunyi jeritan Altarian yang ketakutan memenuhi malam itu. Malam yang seharusnya tenang di Alkan menjadi malam yang dipenuhi malapetaka.

Raksasa hitam gelap, berupakan manusia dan jauh lebih tinggi dari perumahan disana sedang menyerang tanpa ada belas kasihan. Rumah-rumah dirobohkan. Beberapa Altarian malang ditangkap dan dibaham oleh raksasa itu.

Walaupun ramai pahlawan Alkan datang untuk melindungi Altarian disana, kuasa mereka terlalu banyak bezanya.

Malam itu dihiasi api yang sedang marak.

"Hahahaha. Macam ni rasanya eh." Diatas sebuah menara yang agak tinggi, seorang lelaki berambut hitam sedang tertawa penuh teruja melihat pemandangan malam itu.

Dialah Kai, Altarian yang sedang menggunakan kuasa bayangnya untuk menghancurkan sebahagian kota Alkan.

BAM

"Hm?"

Kai melihat beberapa raksasa bayangnya dikalahkan di beberapa tempat.

Elementalist tiba dan terus melindungi Altarian dari raksasa bayang.

Ariel, Leo dan Laura menyerang dan melemahkan raksasa bayang menggunakan kuasa dan pedang ditangan mereka. Sedangkan Reyra, Xoel dan Kayna menciptakan benteng besar yang diperbuat dari tumbuhan, tanah dan ais untuk melindungi Altarian.

"Cepat betul diorang sampai." Ujar Kai sendiri.

Dari Dorwall ke Alkan yang seharusnya mengambil masa lima hari, Elementalist dapat tiba dalam masa beberapa jam sahaja.

BOOM

Ariel menciptakan letupan api yang besar dan mengalahkan satu raksasa bayang.

"Kamu semua tak apa-apa?" Tanya Ariel kepada beberapa Altarian dibelakangnya.

"AAGHH! TOLONG! RAKSASA!" Tanpa ucapan terima kasih, Altarian itu lari dengan muka ketakutan.

"Cepat semua! Masuk sini!" Reyra menunjuk kearah benteng tumbuhan yang baru sahaja ditubuhkan olehnya. Namun Altarian yang dijemputnya tak menghiraukan Reyra. Mereka melihat Reyra pelik lalu melarikan diri ketempat lain.

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now