Chapter 19

53 11 0
                                    

4 tahun tiba dalam sekelip mata. Perkampungan di Shadowgrass mula kelihatan suram. Sawah padi tak terisi, perairan yang kotor, dan perumahan yang kelam dan sunyi. Penduduk di Altarian mula berkurangan akibat sakit dan tua, dan tiada makanan atau ubat yang boleh mereka dapatkan di Shadowgrass.

Sedangkan Kai, dia dengan senang lenangnya bersilang kaki di menaranya.

Pintu biliknya terbuka perlahan. Seorang lelaki tua masuk dengan badannya yang bergetar-getar akibat sudah lemah dan takut akan Kai.

Kai tak mengeluarkan suara, hanya memandang lelaki tua itu dengan mata tajam, marah akibat masa terluangnya diganggu.

"Tuanku.. Patik mohon.. Berikan kami peluang untuk pergi mencari ubat. Cucu-cucu patik semua sudah sakit." Mata layunya mengalirkan air mata. Dia membongkok dengan sedaya upaya walaupun belakangnya terasa hendak patah.

'Altarian kat sini dah sikit dan semuanya lemah. Kalau aku serap kuasa dari badan diorang pun takkan cukup untuk aku bertahan setahun.' Fikir Kai, mengabaikan orang tua didepannya.

'Nampak macam aku kena 'keluar' juga.' Kai bangun dari duduknya.

"Tuanku?" Bayang muncul dari kaki Kai dan mendekati lelaki tua tadi. Dalam sekelip mata, bayang itu menerkam seluruh badannya sebelum dia sempat melawan.

Bayang Kai menghilang, diikuti dengan lelaki tua tadi. Kuasa dari badan lelaki tua itu masuk kedalam badan Kai, walaupun hanya sedikit. "Cih."

Kai berjalan ke perkampungan kecil Shadowgrass. Altarian yang melihat Kai terus cuba melarikan diri, namun Kai dengan cepat menggunakan bayangnya untuk menangkap mereka. Jeritan mula memenuhi Shadowgrass. Walaupun mereka cuba untuk lari atau sembunyi, badan mereka yang lemah tak dapat membawa mereka jauh.

Tak mengambil masa lama, Kai menangkap dan menyerap kuasa dari kesemua Altarian yang berada di Shadowgrass. Akhirnya pulau itu kosong, hanya Kai seorang diatasnya.

Kai melihat ke langit. Lapisan bayang yang tipis diatas pulau Shadowgrass menghalang cahaya matahari dari menerangi Shadowgrass. Disebabkan itu, walaupun siang hari, pulau itu masih gelap.

'Panghalang tu ambil banyak tenaga aku. Kalau aku nak kekalkan, aku kena serap banyak kuasa Altarian lagi.'

Kai mengetahui bahawa dia boleh menyerap kuasa Altarian tak lama setelah dia mengambil alih Shadowgrass. Ketika ada yang cuba melawannya, dia tanpa sengaja menangkap kesemua Altarian itu menggunakan bayangnya. Dan sejak dari hari itu, Kai mengambil peluang untuk menyerap kuasa dari Altrian di Shadowgrass. Akhirnya dia tetap berkuasa walaupun tanpa makan, tidur atau rehat.

Namun tidak pada hari ini. Disebabkan Altarian yang dia tangkap adalah tua-tua dan sakit, kuasa yang dia serap tak sebanyak yang dia jangka.

"Hah~" Kai mengeluh. Nak tak nak dia harus juga keluar dari Shadowgrass.

Bayang dari kakinya menjalar keseluruh badan Kai. Bayang itu menghilang kebawah tanah, membawa Kai bersamanya.

Tik

Tok

Tik

Tok

Disebuah negeri yang agak jauh dari Shadowgrass, sebuah bayang hitam muncul dari atas tanah. Sebaik sahaja bayang itu terbuka, Kai muncul sambil tercungap-cungap.

'Hampir separuh tenaga aku hilang.'

Kai menegakkan badan dan melihat kota yang tak jauh darinya. Kota yang besar, sama seperti kota Dorwall. Sedikit sebanyak Kai mula mengingati adik-adiknya. 'Seberapa kuat mereka sekarang?' 'Adakah mereka bahagia?' Bermacam fikiran memenuhi kepala Kai.

"Aku tak boleh lama-lama kat sini." Beberapa raksasa bayang dicipatakan oleh Kai. Dia mengawal raksasa itu untuk menyerang kota dihadapannya.

"AAAAH! A-APA TU?!"

"RAKSASA!"

"L-LARI!"

Altarian mula lari bertempiaran, melarikan diri dari raksasa bayang yang menyerang mereka. Dan yang tak sempat melarikan diri, terus ditangkap dan ditelan masuk kedalam badan raksasa bayang.

"Ah~ aku dapat rasa kuasa tu." Kai tersenyum gembira merasakan badannya yang penuh tenaga dan kuasa.

"SERANG!"

"Hm?"

Pasukan pahlawan diraja tiba. Dengan pedang ditangan, mereka menahan raksasa bayang dari bergerak. Walaupun berbeza dari segi kekuatan, mereka masih dapat menghalang beberapa raksasa bayang.

"Diorang cuma Altarian biasa.. Tapi boleh tahan bayang aku. Aku kagum. Tapi tak cukup untuk kalahkan aku."

Sekali lagi Kai menciptakan raksasa bayang yang lebih besar. Dia mengawal raksasa bayang itu dan menyerang kesemua pahlawan yang mula kepenatan.

"KAU!"

Kai menoleh. Melihat satu pahlawan yang menudingkan pedang kearahnya.

"Kau ke yang kawal semua raksasa ni?" tanyanya dengan nada marah.

"Ya." Kai tersenyum meremehkan.

"Cih." tanpa berfikir panjang, pahlawan itu menyerbu kearah Kai dengan pedang dihayunkan kearahnya.

Kai dapat mengelak, namun pahlawan tadi dengan lincah menukar arah pedangnya.

TANG

Kai menahan pedang itu dengan bayangnya.

'Dia masih pahlawan istana. Kalau berlawan dengan tangan kosong, aku boleh kalah.' Kai mengeluh didalam hati.

Bayang dari bawah kaki Kai bergerak dan menangkap pahlawan itu. Sama seperti Altarian lain, kuasanya diserap oleh Kai.

TING. Pedang yang terjatuh mencuri perhatian Kai. Secara perlahan Kai mendekati dan mengambil pedang itu.

"Dah lama aku tak pakai pedang. Hm.. Bawa je la."

Setelah hampir separuh Altarian di kota itu ditangkap oleh Kai, Kai menarik raksasa bayangnya. Dia menghilangkan dirinya sama seperti bagaimana dia datang.

Namun dia tak pulang ke Shadowgrass, malahan untuk kekota sebelah. Untuk melakukan hal yang sama.

Dan kemudian kekota lain.

Dan kekota lain.

Dalam masa 48 jam, Kai mengembara ke empat kota berlainan, untuk menangkap Altarian dan mengambil kuasa dari dalam mereka. Setelah merasa puas, barulah dia pulang ke Shadowgrass.

Ting~

Dia merasakan lapisan bayang yang melindungi Shadowgrass sedang dilalui oleh Altarian.

'Hm.. Enam Altarian. Mungkin..?'

Kai malas menunggu. Dia melompat tinggi menuju hutan diarah lapisan bayang yang dicerobohi. Perlahan-lahan dia melompat dari satu pohon ke satu pohon. Sehinggalah matanya menangkap enam Altarian, yang sudah sangat dia kenal.

Senyuman terukir dibibirnya.

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now