Chapter 22

95 11 0
                                    

Mata hitamnya kosong melihat pemandangan dihadapannya. Dihadapannya, terbaring gadis yang dia cintai. Rambut birunya mula terbasahi darah yang mengalir dari badannya sendiri.

Kai melangkah kehadapan dan berlutut dihadapan Kayna. Tangannya mencapai pipi pucatnya yang sejuk. Dia membelai lembut pipinya.

"Abang cintakan kau, Kayna."

Sebaik sahaja dia utarakan perasaan dihatinya, dia bangun. Dia ingin berjalan pergi. Pergi meninggalkan punca kesakitan hatinya. Namun.. Kakinya terasa kebas. Sedikit demi sedikit, badannya juga mula terasa berat untuk digerakkan.

"Apa ni.. Aku masih ada banyak lagi tenaga dalam badan aku?"

"Racun." Satu suara mengejutkannya.

Kai menoleh kearah punca suara. Dia melihat Reyra, yang duduk bersandar pada pokok sambil memegang perutnya, yang tak berhenti mengalirkan darah.

"Semua tu racun dari akar-akar saya. Tapi malangnya racun tu lambat berkesan. Heh.."

"Kau.." Kai memandang Reyra dengan penuh geram.

"Kenapa abang sakitkan dia?"

"...... Apa maksud kau?"

"Kalau betul abang cintakan Kayna.. Kenapa abang sakitkan dia?" tanya Reyra lagi.

Kai terdiam untuk beberapa saat sebelum menjawab.

"Dia tak nak jadi milik abang."

Reyra terkedu. Terkejut dengan jawapan Kai yang sangat... Tak matang.

"Ada banyak lagi.. Ada banyak lagi Altarian kat luar sana. Kalau abang sabar.. Ugh!" Reyra menahan sakit di perutnya. Dia sedar akan masanya yang tinggal sedikit.

"Abang tak pernah minta apa-apa sebelum ni. Ini kali pertama.. Abang nakkan sesuatu. Tapi kenapa abang tak boleh nak dapat?" Kai menggigit bibirnya. Tangannya dikepal, menahan rasa marahnya.

"Reyra, kau.." Ayatnya terhenti setelah melihat Reyra yang tak membuka mata. Tangannya layu terjatuh diatas tanah.

'Korang semua takkan faham.'

Deg

"A-AGH!?" Kai terjatuh melutut sambil memegang dadanya yang kesakitan. Jantungnya terasa ditetak berkali-kali. Dia menjerit kesakitan.

Matanya menangkap badan Reyra yang mula bertukar menjadi cahaya, tepat dihadapan matanya sendiri. Dia menoleh, melihat adik-adiknya yang lain. Badan mereka juga turut, secara perlahan berubah menjadi cahaya dan melayang keudara.

"Apa yang berlaku ni?" Jantungnya berdenyut lagi.

Tiba-tiba satu cahaya berwarna hitam muncul dari dada kirinya. Kai terpaku. Sakit dijantungnya hilang, juga separuh dari kuasa yang berada didalam badannya.

"T-tunggu.. Kenapa?" Kai cuba untuk menangkap cahaya yang melayang tinggi diudara. Malangnya, cahaya itu tak dapat disentuh oleh tangannya.

Cahaya berwarna hitam itu bergabung dengan enam cahaya yang datang dari badan Elementalist. Cahaya itu terbang sehingga berada tinggi di udara.

Mata hitam Kai melihat cahaya itu berpecah menjadi jutaan cahaya kecil dan menghilang secara laju keseluruh arah. Ianya sangat cantik.

Kai terkedu, terkejut. Tak tahu apa yang harus dilakukannya. Separuh dari kuasanya hilang begitu sahaja.

Tanpa dia sedar, bunga berwarna ungu dengan kelopak yang bersinar tumbuh. Tumbuh diatas tumpahan darah yang tertinggal dari luka-luka Elementalist.

Bunga itu mengeluarkan spora-spora yang membawa kuasa alam dari Altar.

Sejak dari hari itu, segalanya berubah.
____________

Raja Dorwall, setelah berhari-hari tak mendapat berita dari Elementalist sudah tentu menjadi panik. Dia baru sahaja kehilangan pahlawan terkuatnya.

Lionel Ingrid, sebagai ketua pahlawan istana mengeluarkan arahan untuk menguatkan lagi pertahanan negeri Dorwall.

Lima tahun setelah hari kejadian, Altar mula berubah. Jutaan Altarian mula lahir dengan kuasa alam. Disebabkan hal yang langka ini, seluruh kontinen di Altar huru hara. Mereka yang mempunyai kuasa alam sering diburu, dibunuh secara kejam. Raksasa yang bermacam jenis dan bentuk juga mula muncul diseluruh pelusuk Altar.

10 tahun setelah hari kejadian, perang berlaku di seluruh kontinen. Menggunakan kuasa alam yang baru muncul, Altarian saling berlawan, membunuh antara satu sama lain untuk mendapatkan kuasa. Tak terkecuali kerajaan Dorwall.

15 tahun setelah hari kejadian, hanya beberapa negeri sahaja yang masih berperang. Yang sudahpun tamat telah saling berdamai dan membuat perjanjian.

Sekolah telah dibangunkan khas untuk Altarian yang mempunyai kuasa alam. Mereka dibimbing dan dilatih supaya menjadi Altarian yang sanggup membantu, bukan menindas yang lemah.

Pulau StoneCrystal masih menjad misteri bagi Altarian. Sesiapa sahaja yang berniat untuk mendekat akan terus sesat diatas laut. Ada juga yang diserang raksasa air yang kuat dan menakutkan. Dan akhirnya, tiada siapa yang ingin merungkai rahsia di StoneCrystal.

Bagaimana pula dengan Kai Vari?

Sejak separuh kuasanya hilang, dia telah meninggalkan Shadowgrass. Dia mengembara keseluruh Altar untuk mengembalikan kuasanya yang hilang.

Namun, disebabkan Altarian mula mempunyai kuasa mereka sendiri, Kai kesusahan. Walau begitu, sekiranya dia dapat menangkap Altarian, kuasa yang diterimanya juga besar.

Berpuluh-puluh tahun, Kai mengembara berseorangan. Setiap hari, dia masih membayangkan apa rasanya, sekiranya dia bersama adik-adiknya.

Mula muncul kesesalan dalam hatinya. Namun setelah berpuluh tahun, rasa itu hilang juga.
___________

Genap 60 tahun, setelah kematian Elementalist yang pertama.

Kai merasakan jantungnya berdegup kencang. Badannya terasa sejuk.

"Haha.."

Dia mula merasakan sesuatu. Sesuatu yang sangat kuat, merinding seluruh badannya.

"Diorang terlahir semula."

Senyuman terukir dibibirnya. Pada waktu itu, Kai memutuskan untuk kembali ketempat asalnya, Shadowgraes.

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now