Chapter 5

83 10 8
                                    

"Caranya senang je. Pertama sekali angkat tangan korang semua."

Keenam anak kecil itu mengikut apa yang dibuat Kai, menunjukkan tapak tangan mereka.

"Lepastu, bayangkan elemen kuasa korang tengah berada atas tapak tangan korang. Bayangkan guna hati.

Agak susah awal-awal, tapi korang akan terbiasa."

Mereka semua menutup mata dengan rapat dan mula membayangkan elemen mereka.

Beberapa minit berlalu.

"Oh." Kai terpegun melihat Reyra dan Xoel.

"Kenapa.. Aku rasa gatal seluruh badan ni?" Reyra membuka matanya diikuti yang lain.

"Wah!" Reyra terkejut melihat akar-akar tumbuh dari bawah kakinya dan menjalar lembut ke tangannya. Bukan dia sahaja yang terkejut, bahkan yang lainnya juga.

"Kenapa boleh macam tu?" tanya Leo.

"Mungkin sebab kuasa Reyra berhubung dengan tumbuhan dikawasan ni." jawab Amethyst yang sedang memerhatikan mereka. Reyra dan yang lain hanya ber-oh- dengan kagum.

"Cuba lihat kaki Xoel." Ketujuh anak kecil itu menoleh kekaki Xoel seperti arahan Amethyst.

Kaki Xoel dibalut tanah keras. Hanya sedikit yang terbalut tapi mereka masih terpegun akibat kagum.

"Patutlah aku rasa kaki aku berat semacam." kata Xoel yang masih kagum akan dirinya.

"Kuasa Xoel dan Reyra hampir serupa. Mereka berhubung dengan elemen disekitar mereka. Jadi kamu berdua hanya boleh guna kuasa kamu sekiranya ada elemen ini disekitar."

"Ada baik dan buruknya juga ya." gumam Reyra.

"Jangan risau, Reyra. Kalau kamu berlatih lagi, siapa tahu kamu boleh buat sesuatu diluar jangka."

Ayat Amethyst memberikan Xoel dan Reyra semangat.

"Baik, Amethyst." kata mereka berdua dengan senyuman lebar.

Tanpa membuang masa mereka menyambung latihan.

Tak lama selepas itu pula...

"Aku berjaya." jerit Kayna girang melihat beberapa titik air sedang terapung diatas tangannya.

"Aku pun." jerit Laura apabila tangannya dapat merasakan tiupan angin kecil. Anginnya tak dapat dilihat tetapi lengan baju Laura yang bergerak-gerak menjadi bukti dia berjaya.

"Tahniah Laura, Kayna." Amethyst memuji mereka berdua, membuatkan Kayna dan Laura tersengih-sengih.

"Hehe. Aku berjaya." Laura menunjukkan muka bangga pada Leo.

Leo hanya membuat muka kesal.

"Ow." jeritan kecil Leo dan Ariel membuat mereka terkejut.

"Kenapa Leo, Ariel?" tanya Xoel.

"Sakit." jawab Ariel dan Leo serentak. Ariel mengelap tangannya sedangkan Leo terasa kebas ditangannya.

"Ah. Mungkin sebab kuasa Ariel, Api tu panas jadi dia bakar kulitnya. Leo pula, petir jadi buat kebas tangan ya?"

Leo dan Ariel mengangguk.

Tiba-tiba Kayna memegang tangan Ariel.

"Takpe Ariel, teruskan. Kalau kau rasa panas aku akan sejukkan tangan kau." kata Kayna dengan pipi merah.

"Terima kasih." jawab Ariel perlahan. Sedikit malu.

"A-aku pun.." Laura dengan perlahan menggenggam tangan Leo.

Leo memandang Laura, lalu...

"Tapi kau tak tolong apa-apa pun."

"Ugh, aku nak tolong je. Kalau tak nak cakap je lah." Laura menarik tangannya.

"Eh, tak!" Leo dengan cepat menarik tangan Laura.

"Angin kau lembut, dia hilangkan kebas kat tangan aku." kata Leo dengan sedikit garis-garis merah dipipinya.

Enam mata melihat pasangan Leo dan Laura itu dengan bunga dihati.

'Comel.' fikir mereka semua kecuali Ariel, yang tak faham apa-apa.

Setiap hari, The Guardian berganti-ganti mengajarkan anak-anak kecil itu segalanya yang mereka harus tahu. Dari cara untuk menstabilkan kuasa StoneCrystal di dalam hati mereka sehinggalah cara untuk menggunalan kuasa StoneCrystal secara maksimum.

Tujuh sahabat itu sentiasa bersama. Dari pagi sehinggalah larut malam. Mereka berlatih bersama, berbual, bercanda tawa dan sentiasa ada untuk satu sama lain.

Matahari berganti bulan, hari berlalu pergi. Bertahun-tahun berlalu dengan dengan cepat. Tujuh anak kecil itu sekarang menjadi remaja yang sangat matang dan berdikari. Cantik dan kacak.

Kai mencapai umurnya yang ke-18. Xoel, Ariel dan Reyra mencapai umur 17 sedangkan Leo, Kayna dan Laura mencapai umur 16.

Rambut Kayna dan Reyra dibiarkan panjang sepinggang. Sedangkan Laura membiarkan rambutnya pendek sebahu.

"Kenapa kau tak biarkan rambut kau panjang macam diorang? Kan lagi cantik." tanya Leo.

"Tak selesa. Sebab bila aku guna kuasa aku, rambut aku selalu terbang dan ganggu aku." jawab Laura tanpa melihat Leo. Ingin menyembunyikan pipi merahnya kerana dianggap cantik oleh Leo.

"Oh."

-

"Rambut panjang kau cantik, Kayna. Warna biru lembut pula tu." kata Kai.

"Yeke?" tanya Kayna malu-malu.

"Yup. Kan Ariel?"

"Hm? Ah, cantik." jawab Ariel tanpa dua kali fikir.

"Terima.. kasih." kata Kayna cuba menutup muka dengan rambut panjangnya.

-

"Rambut emas kau cantik, Xoel. Macam biasa." Kata Reyra dengan senyuman ikhlas.

"Terima kasih. Mata hijau kau pun cantik sangat. Buatkan aku rasa tenang." Jawab Xoel dengan senyuman ikhlasnya juga.

"Terima kasih."

Mereka berkongsi senyuman.

"Mereka semua membesar dengan cepat." Ujar Spinel kelihatan sedih.

Amethyst dan Citrine hanya mengangguk.

"Sudah... tiba masanya kan?" Mereka memandang anak-anak mereka dengan penuh bangga yang juga tersimpan rasa sedih.

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now