Chapter 18

53 13 0
                                    

Di pelabuhan Alkan, yang hanya beberapa jam dari kota Alkan, satu kapal besar sedang menunggu.

"CEPAT! CEPAT!" Si ketua lanun mengarahkan anak-anak kapalnya segera mengangkut barangan merela.

"Kalau korang tak nak kena tangkap, baik cepat."

Tak lama kemudian, kapal itu pun berlayar pergi dari pelabuhan Alkan.

"Kita selamat." Si ketua bernafas lega.

Namun..

"Nak kemana cepat-cepat ni?"

Dia menoleh dan melihat seorang lelaki berambut hitam sedang duduk dengan lenggangnya.

"K-kau.. Macam mana?"

"Hm? Kenapa takut sangat ni? Kau ada buat apa-apa salah ke?" Kai bangun dan mendekati ketua lanun itu.

"Lain kali.. Bila orang dah bagi amaran, dengar. Yang kau cari pasal, dah kenapa?"

"A-ampunkan aku. Aku.. Akan buat apa-apa saja yang kau minta. Tolong, ampunkan aku.." Tak berfikir panjang, ketua lanun itu berlutut dan merayu.

"Hm.. Bawa aku ke Shadowgrass dan aku akan pertimbangkan."

"B-baiklah." Si ketua terus mengarahkan anak-anak kapalnya untuk mambawa kapal ke Shadowgrass.

Setelah beberapa jam berlalu, kapal itu tiba di pantai Shadowgrass.

"Kapal ni boleh berhenti sampai sini je." ujar ketua lanun dengan badan yang bergetar.

"Takpe." Kai menciptakan raksasa bayang yang besar, menakutkan semua kru kapal. Dia menaiki raksasa bayang itu.

"M-macam yang kau janjikan.. Kau akan lepaskan kitorang, betul?"

"...... Aku cakap aku akan pertimbangkan."

"KAU-" tak sempat meneruskan ayatnya, dadanya dilubangi oleh tentakel bayang yang entah bila diciptakan oleh Kai. Semua kru kapal dibunuh oleh cara yang sama.

Sebelum pergi, Kai menghancurkan kapal besar lanun itu.

"Hm.. Apa yang patut aku buat dulu?"

Tim paramedik dari Dorwall tiba di Alkan setelah dua hari serangan berlaku. Separuh kota Alkan telah musnah dan ratusan Altarian hilang tempat tinggal. Ratusan juga telah hilang.

"Raja Dorwall, Killian Grace. Jadi kau lah yang bawa lelaki itu?"

"Beta memang bawa lelaki itu ke Dorwall. Tapi bukan Beta yang arahkan dia untuk menyerang Alkan."

"Dan bagaimana boleh Beta percaya?"

Raja Killian melihat Raja Alkan dengan mata penuh kecewaan. Elementalist yang turut berlutut dibelakang Raja Killian tak boleh membuka mulut kerana dilarang oleh Raja Killian sendiri.

"Apa yang Beta boleh buat supaya engkau, Raja Alkan percayakan Beta?"

Raja Alkan terdiam seketika. Dia mengambil pisau kecil dari pinggang dan membalingnya kehadapan Raja Killian.

"Potong mata kau sendiri."

"Baiklah." Jawab Raja Killian tanpa ragu seraya mengambil pisau dihadapannya.

"T-tunggu. Ini semua salah kami! Biar kami-"

"Kayna."

Raja Killian menggelengkan kepala, mengarahkan Kayna supaya diam.

Raja Killian menghalakan mata pisau dihadapan mata kirinya. Dengan sekali nafas....

SLASH!

Darah mengalir menuruni wajahnya. Tangannya menekan luka besar dimata yang baru dibuatnya sendiri.

Raja Alkan terkedu. Hati lembutnya merasa kasihan.

'Maaf. Aku tahu orang sebaik kau takkan pernah buat macam ni, tapi..'

"Pergi panggil doktor." Arahnya.

Hati Elementalist nyeri melihat Raja Killian yang sedang menahan sakit dimatanya.
________

Didalam ruang sakit, dimana mata Raja Killian diubati dan dibalut oleh doktor yang dipanggil oleh tangan kanan Raja Alkan sendiri.

"Maafkan kami, Tuanku." Elementalist berlutut dihadapan Raja Killian.

"Tak perlu. Beta pun bersalah dalam hal ni."

Elementalist saling melihat antara satu sama lain. Lalu mereka melihat Raja Killian semula.

"Tuanku. Abang kami, Kai dapat lepas kerana kami. Kalau boleh, beri kami peluang lagi untuk betulkan semua ni." Ujar Ariel.

"Maksud kamu, kamu semua masih ingin bekerja dibawah Beta?"

"Ya. Kami masih lemah. Masih banyak yang kami harus pelajari."

"Dan Tuanku satu-satunya yang layan kami seperti biasa." Xoel menyambung.

Elementalist mengingat semula mata-mata Altarian yang memandang mereka bagaikan mereka itu seekor raksasa.

"Baiklah. Kali ini.. Kita tak perlukan kontrak. Beta percayakan kamu semua."

"Terima kasih, Tuanku."

Kembali ke Shadowgrass.

Sebahagian Shadowgrass telah dimusnahkan. Namun tiada berita dapat tersebar keluar kerana kelemahan dalam sistem komunikasi di Shadowgrass. Dan akhirnya, Altarian di Shadowgrass hanya mampu berlutut dihadapan Kai, 'Raja' baru mereka.

"Kenapa lah aku pilih tempat ni. Kat sini bukannya ada istana atau apa.. Cih." Kai menggerutu seorang. Tempat yang didiami olehnya hanyalah sekadar menara kecil yang terdapat ditengah kota Shadowgrass.

Menggunakan kuasanya, Kai menghasilkan penghalang bayang yang tipis, menutupi seluruh Shadowgrass, membuatkan pulau kecil itu gelap tak dicerahi cahaya matahari. Dan itu jugalah yang menjadi bukti, bahawa Kai, 'Raja bayang' berada di Shadowgrass.

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now