Chapter 10

61 10 0
                                    

Kai memegang pedang panjang dan bersinar yang diberikan oleh Raja Killian kepada dia dan adik-adiknya.

"Muka kamu kelihatan seperti kali pertama melihat pedang." Tegur Raja Killian. Pada hari itu, Kai menjaga Raja Killian didalam bilik kerjanya.

"Kerana memang kali pertama."

"Oh." Raja Killian menyambung kerjanya.

Kai melihat pedangnya untuk beberapa saat lagi sebelum memasukkannya kedalam sarung dipinggang.

"Kenapa berikan kami pedang? Dengan kuasa kami, kami tak perlukan apa-apa senjata." Tanya Kai.

"Hanya sekadar penampilan. Bukankah aneh sekiranya pengawal Beta tak memiliki pedang?

Kerana hanya Beta dengan dua pengawal Beta sahaja yang tahu kamu semua ada kuasa."

"Ah." Kai mengangguk faham. Raja Killian mencuri pandang Kai yang sedang berdiri dengan santai, walaupun berada sebilik dengan kerabat diraja.

Raja Killian hanya tersenyum, membiarkan Kai membuat sesuka hatinya.

Tok tok

Raja Killian memandang pintu dengan aneh kerana tak menjangka akan ada tetamu. Kai terus mendekati pintu dan membukanya. Dihadapan pintu itu, berdirinya seorang lelaki berbadan tegap dan lebih tinggi dari Kai. Berambut merah gelap, mata kelabunya, melihat kearah Kai.

Lelaki itu memasuki bilik kerja Raja Killian.

"Patik menghadap Tuanku Killian Grace." Lelaki itu berlutut dan bangun setelah diberikan izin oleh Raja Killian.

"Ada tujuan apa kau kesini, Lionel?" Raja Killian bertanya.

"Patik ingin bertanya. Mengapa Tuanku turunkan pangkat patik? Bukankah patik yang Tuanku gelar pahlawan terkuat di Dorwall?"

Dahi Kai berkerut mendengar ujaran lelaki itu. Sedangkan Raja Killian mendesah perlahan. Lalu melihat kearah Kai.

"Kai, pergi panggil adik-adik kamu dan jumpa Beta di padang latihan."

"Bukankah patik perlu lindungi Tuanku?"

"Sebentar sahaja."

Kai tak bertanya lebih. Dia terus melangkah keluar dari bilik itu dan menuju ke 'rumahnya'.

Tak lama kemudian, tujuh remaja itu tiba di padang latihan yang kosong itu dengan pakaian formal lengkap. Hanya Raja Killian dan pahlawan tadi sahaja berada ditengah.

Mereka menghadap Raja Killian.

"Perkenalkan. Ini Lionel Ingrid, pengawal Beta sebelum ini." Raja Killian memperkenalkan lelaki itu.

Kai pun memperkenalkan diri mereka bertujuh.

"Tujuan Beta panggil kamu semua kesini.. Ialah untuk melihat kamu berlawan dengan dia." Raja Killian menunjuk Lionel.

Mereka semua terkejut, termasuklah Lionel sendiri.

"Tuanku. Bukankah tidak adil jika Beta melawan budak-budak seperti mereka?" Tanya Lionel.

"Oi." Leo melangkah mendekati Lionel dan memandang tajam muka Lionel yang jauh lebih tinggi.

"Memang kitorang ni masih budak, tapi jangan pandang rendah kat kitorang. Kitorang ni jauh lebih kuat dari kau, faham tak?"

"Leo." Xoel menarik bahu Leo.

"Apa yang Tuanku maksudkan?" Tanya Ariel dengan tenang.

"Beta ingin kamu buktikan kepada Lionel kelebihan kamu. Tetapi, hanya menggunakan pedang."

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now