Chapter 6

83 12 0
                                    

The Guardian hanya memandang anak-anak mereka yang sudah mereka jaga sedari kecil. Muka mereka penuh bangga. Sedangkan ketujuh remaja itu hanya memandang The Guardian sambil gementar.

"Kamu semua sudah semakin kuat."

"Tak ada apa lagi yang boleh kami ajarkan."

"Kamu sudah boleh jaga diri sendiri walaupun tanpa kami."

"Terima kasih, Amethyst, Citrine, Spinel." Ujar Kai dengan senyuman.

Lima remaja lainnya turut tersenyum gembira mendengarkan pujian dari The Guardian, yang merupakan penjaga yang paling mereka sayangkan.

Tetapi, Ariel tak kelihatan bangga dengan pujian The Guardian.

"Kenapa.. Korang cakap macam nak lepaskan kitorang?" Tanya Ariel.

"A-Ariel.. Apa yang kau cakap ni?" Reyra menepuk bahu Ariel, mengharapkan Ariel hanya bergurau.

"Tak mungkin lah, kan?" Kai memandang The Guardian yang cuba mengalihkan pandangan mereka.

"Kamu semua.. Tak ingin pergi ke seberang? Dimana Altarian lain berada?"

Pertanyaan Spinel mengejutkan tujuh remaja itu. Mereka tak mampu menjawab.

Tipulah kalau mereka katakan 'tidak'. Mereka semua rindu untuk ke seberang. Bahkan si Kai yang tidak pernah disana, juga ingin tahu rasanya.

Citrine memberikan senyumannya.

"Kami bukan ingin halau kamu. Kamu semua boleh datang ke sini semula jika rindukan kami."

"Cuma kamu juga harus merasakan hidup bersama Altarian lain juga." Sambung Amethyst.

"Tapi.. Macam mana dengan korang?" Tanya Leo.

"Kami tak boleh pergi dari tempat ini, tapi kami masih boleh melihat kamu semua melalui kolam ini."

"Kolam tu?" Kayna melihat kolam luas dihadapannya.

"Kolam ini bersambung dengan dunia Altar. Apa yang berlaku di Altar, kami boleh saksikan."

"Jadi maksudnya, sejauh mana kitorang pergi pun.. Korang masih jaga kitorang, eh?" Tanya Laura.

"Itu sudah tugas kami sebagai penjaga." The Guardian memberikan senyuman mereka. Lalu mereka terbang mendekati Kai, yang tak dapat menahan air matanya.

"Jangan risau, Kai. Rumah kau masih disini. Kau boleh pulang sekiranya rindukan kami."

"Aku.. Tak pernah terfikir.. Nak tinggalkan korang.. Atau tinggalkan tempat ni.. Aku takut." Kai menggenggam tangannya dengan kuat.

"Tapi kau tak keseorangan, Kai." Amethyst mengelap air mata Kai yang mengalir. Lalu membantunya melihat kebelakang. Dimana kawan-kawannya berada.

"Kitorang akan sentiasa bersama abang." senyuman Kayna menenangkan Kai.

Kai mengangguk faham, mengelap air matanya dan memberikan senyuman kepada The Guardian.

Malam itu, ketujuh remaja itu, cuba sebaik mungkin untuk menenangkan hati mereka yang kelam kabut. Gembira, sedih, takut, bermacam-macam perasaan bercampur menjadi satu.

Kai yang susah tidur, berbaring diatas pasir putih tak jauh dari pantai. Mata hitamnya memantulkan cahaya bintang yang kelihatan lebih cerah pada malam itu.

"Abang masih risau ke?" suara Kayna mengejutkan dirinya. Kayna berjalan mendekati Kai dan duduk disebelahnya.

"Ya." jawab Kai pendek. Hening beberapa minit.

"Apa.. Yang ada kat seberang?"

Kayna terkejut mendengar pertanyaan yang sama diberikan 9 tahun lepas. Dari orang yang sama.

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now