Chapter 11

64 9 0
                                    

Dari terbitnya fajar, sehingga terbenam matahari, mereka diseksa. Dipadang latihan istimewa, hanya mereka berlapan dibenarkan. Nafas yang berat, peluh yang mengalir bagaikan banjir, kepenatan menyelubungi badan mereka.

"Mula"

Xoel mula menyerang dan Laura menyerang serentak dari depan dan belakang. Xoel menghayun pedangnya tinggi sedangkan Laura menghayun rendah.

Lionel melompat sambil memusingkan badan, pedangnya ditusuk ketanah, menahan pedang Laura. Beberapa saat dia diudara, kakinya menendang muka Xoel, sehingga dia menghentam dinding. Sebaik sahaja kakinya mencecah tanah, dengan cepat dia menumbuk perut Laura.

Giliran Ariel dan Kai pula. Ariel menyerang dahulu dengan Kai dibelakangnya. Ariel menghayun tinggi pedangnya namun ditahan Lionel. Kai datang dari belakang Ariel dengan menghalakan hujung pedangnya kearah muka Lionel. Tak disangka, Lionel mengelak dengan menoleh. Tangannya menumbuk muka Kai dengan kuat. Pedangnya dihayun walaupun ditahan oleh Ariel, membuatkan Ariel kehilangan keseimbangan. Perut Ariel ditendang.

"Lagi."

Leo, Kayna dan Reyra menyerbu dengan pedang ditangan mereka dari arah berlainan. Namun dengan sekali hayunan, Lionel menahan serangan Reyra dan Kayna. Kaki kanan Lionel menendang perut Leo yang datang dari belakang

Leo terbatuk-batuk dan akhirnya rebah kepenatan.

Reyra dan Kayna yang belum kalah, melompat kebelakang.

"KYAA!" Reyra terkejut melihat pedang melayang dihadapan mukanya, namun sempat ditahan dengan pedangnya. Tak sempat bereaksi, Lionel tiba didepan Reyra dan menumbuk perut Reyra dengan sangat kuat.

Kayna datang menyerang. Lionel mengelak. Tangan kirinya menggenggam tangan Kayna yang berada di depan mukanya, dan tangan kanannya pula mengangkat badan Kayna, menghempaskan seluruh badan Kayna ke tanah.

Mereka semua menahan suara dari menjerit walaupun sakitnya tak tertahan.

Lionel merasa kasihan, melihat tujuh remaja yang dah terbaring atas tanah dan tak mampu bangun lagi.

"Kita sambung esok lagi." Lionel pergi, meninggalkan mereka terbaring diatas tanah.

"Siapa boleh bangun?" Reyra menanya.

"Tak."

"Aku tak boleh rasa tangan dan kaki aku."

"Tahan, Kayna." Xoel cuba meyakinkan. Walaupun dirinya kurang meyakinkan.

"Aku ingatkan dia tu gentleman.. Tengoklah mukanya tu, tapi rupanya.."

"Aku dah cakap, jangan nilai dari luaran."

"Jangan gaduh." Tegur Kai.

"Hahh~"

"Kuatnya mengeluh." Satu suara mengejutkan mereka.

Lionel datang semula dengan beberapa botol air ditangannya.

"Ingatkan kau abaikan kitorang." Leo bersuara.

"Korang semua tu anak murid aku. Tak mungkinlah aku abaikan korang macam tu je.

Lagipun, ini cuma latihan. Jangan banyak sangat drama."

Tujuh remaja itu bangun menggunakan sisa-sisa tenaga yang ada.

"Ambik ni." Lionel memberi botol air yang dibawanya. Mereka semua meminum air itu dan merasa segar semula.

"Apa ni?" Tanya Ariel.

"Posyen penyembuh."

"Posyen?"

"Ya. Posyen ni tak banyak jadi jangan harap aku bagi selalu. Untuk hari ni je aku bagi percuma."

"Okay." Jawab mereka semua yang sedikit tersentuh dihati.

"Tenaga korang semua banyak, cuma korang tak banyak kemahiran. Tu je kelemahan korang." Komen Lionel.

"Sebab takde siapa yang nak ajar kitorang tu." Jawab Kai dengan wajah sedihnya.

Lionel menghela nafas. Melihat ketujuh remaja itu bertenaga semula, Lionel terus pergi semula dan tak kembali.

Tujuh remaja itu? Pun kembali kerumah mereka untuk menghilangkan penat.

Latihan pedang mereka dilaksanakan setiap hari. Kadang-kadang, mereka juga berlatih kuasa mereka sendiri, yang juga diawasi oleh Lionel Ingrid.

Bukan itu sahaja, menunggang kuda, seni mempertahankan diri, memanah, menggunakan senjata berlainan, semua Lionel Ingrid ajarkan kepada tujuh anak muridnya itu. Sangat baik hati.

Hari ini, hari ketujuh mereka berada diistana Dorwall. Masih melatih kuasa mereka, diatas padang rumput yang luas dibelakang istana.

Sehabis sahaja mereka berlatih dan kepenatan, mereka duduk ditengah-tengah padang itu.

"Nak tanya la.. Apa nama yang sesuai untuk kumpulan kita eh?" Tanya Kayna.

"Nama?" Tanya si Kai. Rambut putihnya yang basah ditolak kebelakang.

"Yela.. Kita tak ada nama pun. Takkan nak panggil nama kita dengan 'kumpulan yang ada kuasa' je?" Sambung Kayna.

"Ya tak ya juga." Ariel mengangguk, bersetuju dengan Kayna.

"Apa kata kalau kita semua fikir nama yang sesuai, lepastu kita bincang?" Cadang Reyra.

"Ok." Angguk keempat remaja yang lain.

Bermulalah proses pemerasan otak mereka dalam memikirkan nama yang sesuai. Hampir sejam mereka memikirkan.

"Apa kata kalau 'Elementalist'?" Kai memberi cadangan kepada adik-adiknya itu.

"Hm. Sedap juga bunyinya." Xoel mengangguk-angguk kepalanya, diikuti yang lain.

"Kalau macam tu kita guna nama tu." Kata Leo.

"Ala.. Leo. Kau ni.. Aku baru je nak rasmikan penggunaan nama tu." Rengek si Laura.

"Kau lambat." Leo menjelirkan lidahnya.

Pergaduhan mereka berdua menjadi hiburan kepada 'Elementalist'.

"Apa yang menghiburkan?" Tiba-tiba Raja Killian datang bersama Lionel dibelakangnya. Melihat itu, Elementalist segera berdiri.

"Kami baru sahaja memutuskan untuk memanggil nama kumpulan kami 'Elementalist'." Ujar Kai, si ketua.

"Elementalist? Hm.. Beta suka mendengarnya." Lionel mengangguk, bersetuju dengan Raja Killian.

Elementalist riang mendengar pujian Raja dan Lionel sendiri.

"Oh ya. Ada apa Tuanku datang kesini?" Tanya Xoel yang sedar.

"Hm? Tidak apa apa-apa. Hanya sedikit penat membaca banyak sangat laporan." Raja Killian mengurut dahinya. Jika dilihat dengan teliti, kelihatan lingkaran hitam dibawah matanya.

"Ada apa-apa yang boleh kami bantu?" Tanya Reyra yang kasihan melihat Raja Killian.

"Tak perlu. Beta cuma..." Tiba-tiba Raja Killian tersedar.

"Kamu semua.. Boleh bantu Beta."

Elementalist terkejut melihat perubahan wajah Raja Killian.

"Tuanku."

"Ah." Dengan teguran Lionel, Raja Killian kembali mengubah riak mukanya.

"Mari ikut Beta. Beta akan beri kamu misi pertama kamu."

The First: Kai Vari [C]Där berättelser lever. Upptäck nu