Chapter 20

68 12 0
                                    

Kai hanya merenung enam adiknya yang sudah lama dia tak bersua. Renungannya terhenti apabila mata hitamnya terkunci bersama satu mata hijau. Tatapan tajam dari gadis berambut coklat itu mengejutkan Kai.

"Hah. Macam mana aku boleh lupa?" Kai menyeringai.

Kai terus melompat keatas tanah, tepat di hadapan Elementalist.

Elementalist terkejut, kecuali Reyra tentunya. Dalam sekelip mata mereka terus menghidupkan kuasa mereka. Sedangkan Kai, tetap berdiri tenang.

"Tak perlu terburu-buru. Apa kata kita berbual dulu? Dah lama kita tak jumpa kan?"

Elementalist mengambil nafas panjang untuk meredakan amarah sebelum menarik kuasa mereka.

"Cepat betul korang jumpa abang. Macam mana korang tahu abang kat sini?"

"Tak susah." jawab Ariel selamba menunjuk langit.

Kai melirik kelangit. "Ah."

Xoel melangkah kesisi Ariel. "Kenapa abang buat semua ni? Altarian lain tak buat apa-apa salah pada abang, betul tak?"

"Perkara biasa untuk yang kuat pijak yang lemah." Jawapan Kai memancing lagi emosi Elementalist.

'Kemana perginya abang aku yang baik tu?' Kayna melihat Kai dengan mata sayu. Masih memikirkan perubahan Kai adalah disebabkan dirinya sendiri.

"Abang. Kita dibagi kuasa StoneCrystal ni dengan tujuan kita lindungi Altar. Tapi sekarang abang dah pergi jauh dari tujuan kita." ujar si Leo pula. Kai tercengang melihat Leo yang selalunya kebudak-budakan, kali ini kelihatan matang. 'Diorang semua dah makin matang.' Fikir Kai.

"Tak pernah pun abang teringin nak lindungi diorang semua."

"Abang, tolonglah. Masih ada peluang untuk abang berubah. Baliklah dengan kitorang." Kayna memegang dadanya yang kesakitan.

"Tak nak. Abang sendiri yang pilih jalan ni dan abang tak ada niat nak balik."

Elementalist menyerah. Tak tahu harus berkata apa lagi untuk menyedarkan Kai. Ariel menanya Kai lagi.

"Jadi.. Abang masih nak teruskan semua ni? Abang masih akan terus bahayakan Altarian?"

"Ya."

"Baiklah. Saya faham." Elementalist dan Kai sama-sama menarik pedang yang terselit di pinggang mereka. Tak lupa juga mereka menghidupkan kuasa mereka.

BOOM!

Sebahagian hutan di Shadowgrass terbakar apabila enam elemen bertembung satu. Kai melompat tinggi mengelak serangan kuasa Elementalist.

"Laura!" Ariel memanggil.

"Ya!"

Ariel dan Laura serentak menghalakan tangan kearah Kai. BOOM. Api muncul dengan sangat kuat dan panas dari tapak tangannya. Angin kencang juga muncul dari tangan Laura. Api dan angin mereka bergabung menghasilkan gumpalan api yang sangat besar dan menyerang Kai yang masih diudara.

Kai membesarkan bayang dari badannya dan menciptakan perisai gergasi. Perisai itu menghalang api dari menghentamnya, tetapi..

'Panas sangat.' Kai mengeluh. Dia tak menyangka Elementalist akan ada trik untuk mengalahkannya.

Sebaik sahaja api hilang, Kai mula jatuh keatas pohon. Namun tak sempat dia bereaksi, badannya dililit akar berduri yang tebal.

Xoel datang mendekat. Dia menghentakkan kakinya diatas tanah lalu tanah naik tinggi dan mula menghimpit Kai yang masih dililit akar. Kai pun membentukkan bayangnya untuk menolak tanah yang dikawal Xoel.

Kai tak menunggu, dia menggunakan bayangnya untuk memotong akar yang melilitnya. Dia berhasil dan terlepas. Hanya seinci beza antara kakinya dan tanah, dia merasakan air mengalir dibawahnya. Air itu naik membasahi seluruh badannya.

"LEO!" panggil Kayna.

"OKAY!" Leo meletakkan tangannya diatas air yang dikawal Kayna. ZAPP! Dia mengalirkan elektrik dari tangannya.

"UUGHH!!" Kai merasakan seluruh badannya bagaikan dicucuk-cucuk.

'Macam kita semua tahu, Kai boleh masuk dalam bayang dia. Jadi-'

'Jangan biarkan dia pijak tanah, betul?'

'Ya. Dan satu lagi. Dia sendiri cakap kuasa dia jauh lebih kuat waktu malam.'

'Jadi kita kena selesaikan semua sebelum matahari terbenam.'

'Korang boleh buat?'

'..... Kita harus buat.'

Leo tak berhenti mengalirkan kuasanya.

Kai memaksa tangannya untuk bergerak. Dia menghasilkan raksasa bayang yang besar dan mengawalnya untuk menyerang Leo dan Kayna.

"Cih." Leo dan Kayna melompat kebelakang dan terpaksa menarik kuasa mereka. Kai berjaya melepaskan diri dari perangkap air Kayna.

Elementalist tak membuang masa. Ariel menyerbu dengan pedangnya. Dia menghayunkan pedangnya dihadapan muka Kai.

Kai mengelak dengan mudah, namun.. SWOOSH! Api muncul dari hujung pedang Ariel dan membakar separuh wajah Kai.

Xoel muncul dengan tangan yang dilapisi tanah. BAM! Dia menumbuk Kai diperut dengan seluruh tenaga. Tumbukan kuat dari Xoel membuatkan Kai melayang. Reyra dengan cepat menghasilkan dinding akar yang berduri dan menjerat Kai lagi.

Kayna dan Laura bergabung pula. Kayna menghasilkan ratusan ais berhujung tajam manakala Laura menghasilkan taufan. Laura mengawal taufan itu supaya mengelilingi Kai. Ais-ais Kayna turut berpusing dan melukakan seluruh badan Kai. Taufan itu terus berpusing dan berpusing tanpa henti. Apa yang berlaku pada Kai tak dapat dilihat dari luar. Tetapi akar berduri Reyra masih melilitnya dengan kuat, tak membenarkannya lari.

SLASH!

Tiba-tiba, bayang berbentuk tajam muncul dari dalam taufan dan menyerang Elementalist. Serangan mendadak itu mengejutkan Laura sehinggakan taufannya terhenti. Akar yang menjerat Kai juga dipotong oleh bayangnya.

Elementalist melihat Kai dengan tatapan tak percaya. Walaupun pakaiannya penuh robekan, badannya kelihatan bersih tanpa luka. Bahkan luka bakar di wajahnya hilang bagaikan tak pernah wujud luka.

'Semua serangan kita tak mempan ke?' Ariel mengetap gigi dalam kekejutan. Kai menyeringai melihat wajah Elementalist.

"Empat tahun kita tak jumpa, wajarlah korang makin kuat..

Tapi jangan lupa.. Dalam masa empat tahun ni, abang pun makin kuat tahu."

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now