Chapter 7

86 11 0
                                    

Bunyi kayu api yang terbakar memenuhi ruangan kosong dan tertutup itu.

"Kitorang dah balik." jerit Kayna dan Laura.

"Ah. Dapat apa je?" tanya Xoel.

"Ni." Kayna menunjukkan sehelai daun besar yang membungkus beberapa ekor ikan. Ditangan Laura juga sama.

Dibelakangnya pula Reyra, Leo dan Kai memegang beberapa buah ditangan mereka.

"Wah, banyaknya. Hebat." Ujar Xoel.

"Kau pun hebat, Xoel. Tak sangka kau dapat buat gua sebesar ni dalam masa sekejap." Reyra meletakkan buah-buahan yang dibawanya dihujung. Diikuti yang lain.

"Takde apa lah. Ariel pun tolong aku."

"Aku cuma bagi cahaya je." kata Ariel dengan wajah datar.

"Yelah yelah. Terima kasih kat kita semua. Kita dapat makan untuk malam ni. Jom masak ikan ni dulu."

"Baik." mereka semua mendengar si abang paling tua.

Sementara mereka memasak tangkapan Kayna dan Laura, mereka saling berbual.

"Jadi lepasni kita nak buat apa?" tanya Leo.

"Aku pun tak tahu. 'Diorang' nak hantar kita kesini tiba-tiba. Jadi kita tak ada apa-apa rancangan pun." Laura cemberut.

"Dari dulu aku memang harap dapat datang kesini. Tapi aku setuju dengan Laura." Kayna menambah.

"Tapi.. Waktu kau harap dapat pergi sini.. Apa yang kau nak buat?" tanya Kai.

"Eh?" Kayna dan Laura saling memandang.

"Kalau saya.. Saya nak makan bermacam jenis makanan yang sedap." kata Kayna.

"Saya nak pakai pakaian yang cantik-cantik." kata Laura.

"Aku pula nak cuma nak mengembara seluruh dunia." ujar Leo.

"Seluruh dunia.. Tak mustahil ke tu?

"Korang pula?" Kai menanya yang tak membuka suara dari tadi.

"Oh. Saya sama dengan Leo. Kalau boleh saya nak tengok seluruh dunia dengan korang semua." jawapan dan senyuman Xoel menghangatkan hati mereka semua.

Laura dan Leo terus memeluk Xoel.

"Eh? Kenapa korang ni?" Xoel terkejut apabila dipeluk, namun tertawa gembira.

Keesokan paginya, tujuh remaja itu kembali ke kampung itu semula. Mereka berjalan melalui sebidang sawah yang luas, dimana ada beberapa Altarian sedang berehat disebelahnya.

"Nak tanya diorang?" tanya Xoel kepada kawan-kawannya.

"Tanyakan."

Xoel pun mendekati Altarian yang sedang berehat itu diikuti kawannya dibelakang.

"Maafkan saya." Xoel mendekati satu wanita.

"Ya?"

"Boleh saya tahu nama pulau ini apa?" tanya Xoel.

"Oh, ianya Shadowgrass."

"Shadowgrass?" wanita itu mengangguk. Selepas itu, Xoel bertanya bermacam-macam soalan lagi.

Setelah berterima kasih, tujuh remaja itu melanjutkan perjalanan mereka.

"Kalau kita nak makan, beli baju cantik dan nak mengembara dunia, kita kena ada duit, betul tak?" anggukan diberikan pada soalan Xoel.

"Sebelum tu kita perlukan rumah."

"Betul."

"Jadi, kita perlukan kerja." anggukan lagi.

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now