Extra - 2

100 14 1
                                    

"Maafkan aku, The Guardian."

"Untuk apa?" The Guardian membelai dahi si rusa hijau yang kelihatan sedih itu.

"Kau tugaskan aku untuk jaga mereka, tapi aku keliru siapa yang harus aku lindungi. Dan akhirnya aku gagal lindungi mereka semua." si rusa hijau meringkuk diatas kolam. Air matanya mengalir dan jatuh, bercampur dengan air kolam.

"Itu bukan salah kau." ujar Spinel.

"Benar. Memang kami yang menugaskan kau untuk jaga 'mereka' semua." Citrine menyambung.

"Bahkan, yang harus dipersalahkan itu kami." Citrine dan Amethyst mengangguk setuju.

"Kita terlalu memanjakan Kai dan tak mengajar dia untuk memahami emosinya."

The Guardian menghela nafas panjang.

"Apa yang boleh aku lakukan? Untuk perbaiki kesilapan aku?" tanya si rusa hijau.

The Guardian saling melihat antara satu sama lain.

"Kuasa StoneCrystal tak kembali ke kolam ini.."

"Jadi itu bermaksud, anak-anak itu akan dilahirkan semula."

"Dan apabila waktu itu tiba, lindungi mereka dari bahaya. Walaupun daripada Kai sendiri."

"Baiklah." si rusa hijau mengangguk kepalanya perlahan.

"Buat masa ini, kau bebas. Pergilah kemana sahaja yang kau inginkan."

Mendengar arahan terakhir dari Amethyst, si rusa hijau terus meninggalkan StoneCrystal.

Dia mengembara keseluruh Altar, mencari Altarian yang sanggup menerimanya.

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now