Chapter 8

70 10 0
                                    

Sebaik sahaja matahari terbit, kapal yang akan membawa mereka ke Dorwall telah berangkat.

"Oi, Leo. Tak nak tengok laut ke?" tanya Kayna yang melihat Leo duduk di hujung dek dengan kakinya dipeluk. Wajahnya pucat.

"Korang tengok je lah." jawab Leo lemah.

"Tak pernah tahu pula yang kau ni mabuk laut." Laura mengejek.

"Diamlah. Hmh." mulutnya ditutup rapat. Laura mengejek Leo sambil menepuk-nepuk belakangnya.

"Kau suka laut, Kayna?" Kai mendekati Kayna yang sibuk terpesona dengan keindahan air cerah dan memantulkan warna langit itu.

"Ya. Cantik sangat." Kayna tersenyum lebar, membuatkan hati Kai bagaikan tumbuh mawar.

"Ariel, kau tak suka dengan laut ke?" Kai memusingkan badannya, melihat Ariel yang sedang duduk diatas kerusi ditengah-tengah dek.

"Bukan tak suka.. Cuma tak terlalu minat. Lagipun api dengan air tak boleh bercampur." jawab Ariel acuh tak acuh.

"Cakap tu lembutlah sikit." Kai mendesah. Matanya melirik kearah Kayna yang tiba-tiba memaksakan senyuman.

"Kenapa Kayna?" tanya Kai.

"Eh? Ah. Tak. Takde apa-apa pun. Saya.. Nak tengok kat sana kejap." Kayna terus berlari menuju ke haluan, melihat laut dihadapannya berseorangan.

"Eh." Kai hanya memandang Kayna aneh, tapi tak mengejarnya.

"Kenapa dengan Ariel tu?" Xoel menanya Reyra yang duduk dihadapannya.

"Entahlah." Reyra hanya mengangkat bahu.

Beberapa jam berlalu. Matahari sudah berada diatas kepala tetapi kapal masih berlayar.

"Berapa lama lagi nak sampai ni~" Laura mengeluh kepenatan dengan Leo yang sudah tak sedarkan diri (tidur) diatas pahanya.

"Entahlah. Terlalu lama dah ni.." Kayna yang duduk disebelah Laura juga mengeluh. Punggungnya penat kerana duduk terlalu lama.

"Jap. Aku pergi tanya Kapten." Ariel bangun dari duduknya.

"Okay~" jawab kawan-kawannya. Kecuali Kayna yang hanya mengembungkan pipi.

Ariel berjalan menuju Kapten yang sedang mengemudi kapal.

"Kapten, bila kita sampai?" Tanya Ariel dengan tenang.

Kapten itu, tak menjawab. Dia menoleh melihat pembantunya disebelah. Lalu memberi isyarat dengan kepalanya.

"Korang semua takkan sampai."

"Huh?"

Pembantunya turun, sampai dihadapan Ariel, dia mengeluarkan pedang dan menghalakan pucuk pedangnya ke muka Ariel.

"Aku cakap.. Korang takkan sampai kesana. Kitorang akan bawa korang semua pulau lain dan jual korang semua." Dia tertawa dengan sinis.

Ariel dengan muka tenangnya tak bercakap apa-apa.

"Eh?" Altarian dihadapan Ariel bungkam melihat Ariel yang tak takut sama sekali walaupun ada pedang dihadapan mukanya.

"Korang. Diorang ni tipu kita lah." Ariel dengan muka datarnya terus memutar badan dan bergerak menuju sahabatnya.

"Eeehh??" Jawab mereka acuh tak acuh.

"SEMUA! BANGUN DAN KEPUNG MEREKA!" Tiba-tiba semua anak kapal itu keluar. Pedang dipinggul ditarik dan diacukan kepada tujuh remaja disana.

"HAHAHAHA! Korang semua tak boleh lari." Kesemua lelaki itu tertawa meremehkan.

"Jadi korang semua ni.. Siapa?" Kai dengan muka tenangnya, bertanya.

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now