Chapter 13

54 12 0
                                    

Berita kekalahan Raja negeri Lakis tersebar luas dalam beberapa hari. Dan disebabkan itu, ramai golongan bangsawan cuba untuk mengambil alih. Malangnya, dokumen pemilikan tidak terjumpa sama sekali.

Dan dalam beberapa hari itu, Raja Dorwall, Killian Grace telah menghantar satu golongan bangsawan yang sangat dia percayai, iaitu sepupunya sendiri untuk pergi ke Lakis, membawa dokumen pemilikan.

Dan akhirnya, Lakis sekarang diiktiraf menjadi sebuah bandar didalam negeri Dorwall. Dengan harta yang disimpan diistana Lakis, bandar itu akan mula diperbaiki dan penduduknya pula akan dibantu.

Elementalist yang membantu menjayai kemenangan itu, sudah tentu diberikan ganjaran yang sangat mahal.

Hari ini, tak lama setelah hari itu, Elementalist berada dibilik kerja Raja Killian.

"Kayna, Laura. Saya tugaskan kamu berdua untuk menjaga adinda Beta mulai dari hari ini."

"Eh? Mengapa Tuanku?" Kayna pelik.

"Adinda Beta sendiri yang minta. Awalnya dia mahu Ariel sendiri, tapi Beta rasa kamu berdua lebih sesuai.

Ah, sudah tentu ganjaran yang akan Beta berikan berbeza."

Mendengar apa yang diberitahu Raja Killian, Kayna tak merasa sedap hati. Namun, dia tak boleh menolak, hanya mampu mengangguk.

"Dia akan hantar kamu ke rumah Cynthia." Seorang maid datang dan mempelawa Kayna dan Laura untuk mengikutinya. Reyra hanya melihat dua sahabatnya pergi tanpa berkata apa-apa.

"Mengapa Tuanku tugaskan mereka berdua?" Tanya Reyra yang merasa keseorangan.

"Ada masalah ke?"

"Tidak. Cuma.. Kayna tu lebih kuat dari saya. Bukankah lagi elok dia yang berada disini dan jaga Tuanku?"

"Hm.. Memang betul Kayna itu kuat. Tapi kamu Reyra, lebih matang dan cepat membuat keputusan.

Lagipula, elok juga kalau Cynthia ada kawan sebaya dengannya."

"O-oh."

Kai yang melihat Reyra tak selesa, terus menepuk lembut kepalanya.

MALAM pun berlalu. Hanya empat Elementalist berada diruang tamu rumah itu.

BAM. Pintu terbuka dengan kuat, mengejutkan yang lain.

"Hoi, ungu. Tak boleh ketuk dengan elok ke?" Leo mendengus.

"Diamlah, merah. Tak nampak ke aku tengah geram ni."

"Geram kenapa?" Tanya Kai.

"Tu-" Tak sempat Laura bercerita, Kayna menyampuk dulu.

"Aku naik dulu lah."

"Ah.. Okay, rehat lah." Ujar Laura lembut. Yang lain hanya melihat Kayna yang penat naik ketingkat dua.

"Mana Ariel?" Tanya Laura.

"Hari ni dia jaga Raja."

"Oh."

"Ada apa, Laura? Kenapa korang berdua macam takde mood je?" Tanya Xoel.

"Sebelum tu.. Apa yang korang fikir pasal Puteri Cynthia tu?"

"Eh? Erm.. Tadi aku tanya Encik Lionel. Katanya Puteri tu baik orangnya. Peramah dan selalu hormat pekerja dia." Jawab Reyra.

"Haih~ semua tu TIPU! Dia tak macam tu pun!

Dari tadi dia berlagak je.. Tunjuk gaun-gaun dia yang berlambak dan warna-warni, perhiasan yang mahal-mahal.

Lepastu sengaja je tunjuk kulit dia yang putih mulus~ bedak yang tebal." Laura membuat-buat gaya dengan suara manja, cuba meniru Puteri Cynthia.

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now