Chapter 21

61 12 0
                                    

Pertarungan antara Elementalist dan Kai Vari berlangsung selama berjam-jam. Dari tengah hari sehinggalah langit bertukar jingga.

Lebih separuh hutan di Shadowgrass mula musnah apabila kuasa Elementalist saling bertembung.

Walaupun enam melawan satu. Jelas kelihatan siapa yang lebih kuat diantara mereka. Elementalist sudahpun kelelahan. Luka mula memenuhi wajah dan badan mereka. Darah mula bercampur keringat. sediki demi seidikit, kesedaran mereka mulai memudar.

Sedangkan Kai, dia tak kelihatan terluka. Tak juga dia kelihatan kepenatan walaupun melawan enam Altarian yang hampir sekuat dirinya. Semua kuasa yang dia serap dari Altarian membolehkan dia menyembuhkan diri dengan sepantas kilat.

Namun.. Setenang mana luarannya, sebenarnya Kai juga kepenatan. Hanya saja dia tak ingin menunjukkan kelemahannya.

'Tak lama lagi malam. Aku kena tahan sikit lagi.'

Elementalist mengeratkan genggaman pedang mereka lalu menyerang Kai serentak. Kai menahan menggunakan bayangnya lagi.

BAM! Elementalist dilibas oleh bayang Kai dengan sangat kuat sehingga badan mereka menghentam pokok yang jauh dari Kai. Mereka hanya menahan sakit. Dibadan dan juga dihati. 'Kenapa aku masih lemah?' fikir mereka.

Sedikit demi sedikit, cahaya oren dilangit mula bertukar hitam. Matahari tenggelam. Malam tiba di Shadowgrass. Kai tersenyum. Hilangnya cahaya matahari membuatkan kuasa bayang Kai lebih kuat.

FWOOSH~

Kai mula menghilangkan diri, bergabung dengan bayangnya. Bayangnya bergerak dengan laju diatas tanah.

Elementalist bersiaga, melihat sekeliling. Namun hanya gelap yang mereka lihat. Tiba-tiba disisi mereka muncul bebola api kecil namun terang. Mereka melihat kearah Ariel. 'Terima kasih' yang mata mereka katakan.

Tiba-tiba satu bayang datang dengan sangat laju kearah Ariel. Ariel cuba menghalang dengan pedangnya namun tak cukup kuat. BAM! Sekali lagi badannya menghentam pokok dengan kuat. Ariel merasakan tulang rusuk kanannya patah.

"ARIEL!" Reyra yang tak jauh dari Ariel cuba membantu.. Namun.. Kai muncul di belakangnya.

Reyra memunculkan akar tebal dari bawah tanah untuk menyerang Kai tetapi Kai dengan mudah memotongnya dengan pedang yang dibalut bayang.

"UGH!" Pedang Kai menusuk Reyra diperutnya. Kai menarik pedangnya sekilas membuatkan darah mengalir deras dari badan Reyra.

Reyra jatuh keatas tanah dengan nafas tercungap.

SWOOSH! Kayna dan Xoel tiba dengan pedang mereka. Mereka menghayunkan pedang dengan laju tetapi Kai, lebih laju melompat jauh kebelakang.

"Reyra!" Kayna mendekati Reyra sedangkan Xoel terus menyerang Kai. Kayna meletakkan tangannya diatas luka Reyra dan menghasilkan ais untuk menghalang darah dari mengalir.

"Aku tak apa-apa. Teruskan." ujar Reyra menahan kesakitan. Dengan berat hati, Kayna meninggalkan Reyra. Dengan pedangnya, dia berlari kearah Kai yang sedang melawan Elementalist lainnya.

Mereka berlima terus menerus menyerang Kai, walaupun serangan mereka hanya membuatkan sedikit luka pada Kai.

"Cih." Kai mula hilang sabar. Tentakel bayang muncul dari tanah dengan laju menyerang Elementalist. Dengan badan mereka yang melemah, mereka tak dapat mengelak.

Tangan kanan Laura dan kaki kanan Xoe ditusuk dalam. Mata kiri Leo dihiris dan rusuk kiri Kayna dan Ariel dihentam sehingga patah. Mereka semua jatuh diatas tanah.

Kai hendak melangkah namun merasakan kakinya tersangkut. Dia melihat kakinya yang dililit akar tebal. Akar itu terus naik dan melilit seluruh badan Kai. Terus Kai melihat Reyra yang dari jauh menggerak-gerakkan tangannya dengan lemah.

"CEPAT!" Jerit Reyra. Elementalist mengumpulkan kuasa mereka lalu menyerang Kai serentak. Kai yang dililit akar tebal, tak dapat lari.

BOOM! Letupan kuat terjadi. Asap hitam mengaburi pemandangan mereka.

Sebaik sahaja asap hitam berkurang, Elementalist melihat sosok hitam yang terjerat akar. Sosok hitam itu mencair dan menghilang diatas tanah.

"T-tu.. Bukan Kai ke?" degupan jantung mereka menjadi lebih laju. Jauh lebih laju. Terlalu penat untuk bergerak atau bereaksi, mereka merasakan dada mereka ditikam. Oleh bayang hitam yang tajam dari belakang. Nafas mereka terhenti.

Kayna bungkam. Terkejut melihat rakan-rakannya yang terjatuh keatas tanah tanpa suara.

"Lemahnya." Kai muncul dihadapan Kayna. Dia tak tersenyum, tak juga menunjukkan rasa bersalah dimukanya.

"K-kau..!" benang didalam minda Kayna mula terputus. Dia menggenggam pedangnya dan terus menyerbu Kai. Dia mengabaikan penat dan sakit yang mencucuk-cucuk badannya.

Hanya dentingan pedang antara mereka berdua yang terdengar diatas pulau yang kosong itu. Kayna terus menerus menghayun pedangnya walaupun satu hayunan tak mengena. Air mata Kayna mula mengalir. Kesal tak dapat melindungi sahabatnya.

"KENAPA KAU BUAT SEMUA NI? BUKAN KE KITA NI KELUARGA?"

Dahi Kai berkerut mendengar ayat 'keluarga' dari mulut Kayna. Dia mula menghayun pedangnya lebih kuat.

"Ugh!" Kayna mula mundur. Serangan pedang Kai membuatkan dia tak mempunyai masa untuk menyerang balas.

"Hanya aku yang kau anggap keluarga, Kayna.

Kau suka Ariel. Aku tahu tu. Dan kau tahu Ariel suka kau juga. HANYA AKU YANG KORANG ANGGAP KELUARGA!."

Kayna menggigit bibirnya. Dengan segenap tenaga dia menghayunkan pedangnya. Namun Kai dengan senang menghalang dengan pedangnya.

Kayna ditendang dengan kuat oleh Kai sehingga terpelanting jauh dan menghentam pokok. Kayna memuntahkan darah segar. Badannya kesakitan. Matanya mencari-cari pedang yang terlepas dari tangannya.

Kai menyerbu kearah Kayna yang tak bersenjata dengan pedang ditangan. Kayna pun dengan cepat mengumpulkan sisa-sisa tenaga yang ada untuk membentuk dinding ais yang boleh melindunginya.

Namun, dinding aisnya mula mencair.

'Aku kehabisan tenaga!' Kayna kesal.

Sebelum dinding ais mencair sepenuhnya, Kayna melompat kebelakang untuk mengelak dari Kai.

"M-mana Kai?" Kayna terkejut melihat sekelilingnya yang kosong. Yang dia lihat hanya sahabatnya yang terkulai layu diatas tanah.

Kayna merasakan sakit didada. Nafasnya bagaikan disekat. Kesejukan dari logam yang tertusuk didadanya mengembalikan Kayna ke realiti.

Kai menarik pedangnya dengan laju. Kayna terjatuh keatas tanah tanpa suara. Darah yang mengalir dari lubang didadanya membasahi tanah dibawahnya.

Sedikit demi sedikit, matanya mula kabur. Anak matanya melirik Kai, yang menghalakan pucuk pedang diwajahnya.

Kai menghayunkan pedangnya. Namun dia berhenti, apabila melihat Kayna yang sudah tertutup matanya, dan tidak juga bernafas.

"Hah.."

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now