Chapter 15

63 10 0
                                    

"Cuba rasa ni." Raja Killian menyerahkan kebab yang masih hangat kepada Puteri Cynthia.

"Hm.. Sedapnya. Tak sangka makanan rakyat jelata pun boleh sedap macam ni."

"Hahaha. Banyak lagi yang sedap. Kekanda akan belikan semua yang adinda mahukan."

Puteri Cynthia teruja mendengarnya.

"Takpe ke diorang keluar macam ni?" tanya Kayna kepada kawan-kawannya.

"Nak buat macam mana.. Raja sendiri yang nak." jawab Xoel acuh tak acuh.

Ditengah-tengah kota Dorwall, dimana sebuah perayaan sedang diadakan, kedua kerabat diraja itu dengan riangnya berjalan-jalan ditengah kerumunan orang ramai. Walaupun wajah mereka ditutupi hoodie, ianya masih tidak selamat untuk mereka.

"Marilah Elementalist, untuk malam ini Beta belikan semua yang kamu mahukan." jemput Raja Killian.

"Um.. Tuanku.. Tolong jangan guna bahasa istana disini. " tegur Ariel.

"Oh.. Betul.. 'Saya' lupa."

"Hah~" Elementalist mengeluh perlahan, kecuali Ariel yang sudah mengalah dengan sikap kerabat diraja itu.

"Kekanda, lihat ini."

"Ada apa, Cynthia?"

Puteri Cynthia menunjuk satu poster yang terpampang besar didinding.

"Pertunjukan.. Drama?"

"Boleh kita pergi melihat, Kekanda?"

"Sudah tentu. Mari Elementalist."

"Baik.."

Sinar cahaya bulan menerangi dua pasangan ini.

"Wahai, Ophelia.. Aku tahu aku kurang. Tapi cinta aku kepada kau.. Tak kurang dari bintang-bintang yang ada di angkasa.

Pergilah bersama aku, dan aku akan berikan taman bunga untuk kau."

"Maafkan aku, Anthony. Aku sayangkan kau, wahai sahabat. Tetapi, aku cintakan Hamlet, dan aku ingin bersamanya."

"Ophelia, jangan tinggalkan aku!"

"Maafkan aku, Anthony."

Fwoosh~

"Ugh.. Bulu roma aku meremang." Reyra menggaru-garu tangannya mengingat pertunjukan yang dilihatnya tadi.

"Sama." jawab sahabatnya yang lain.

"Eeh? Tapi aku rasa cerita dia best." Laura yang memang minat akan kisah cinta, sudah tentunya puas hati dengan pertunjukan tadi.

"Kau sorang je yang fikir camtu." ejek Leo. Mulai lah adu mulut mereka.

"Tapi kan.. Abang tak faham."

"Tak faham apa?" tanya Laura.

"Kan dia cakap dia sayangkan sahabat dia.. Tapi kenapa dia cakap dia cintakan orang lain pula?"

"Ah, tu.. Cinta tu bermacam-macam. Ada cinta sebagai sahabat, cinta sebagai keluarga dan cinta untuk bersama selamanya.. Semua tu beza."

"Beza macam mana?"

"Uh.. Susah lah nak terangkan. Tapi contoh..

Saya sayangkan abang.. Tapi setakat sebagai seorang abang. Saya tak nak kawin dengan abang. Hahaha." gurau Laura.

"Dah tu kau nak kawin dengan siapa?" tiba-tiba Leo menyampuk.

"T-tu hal aku lah. Kau jangan sibuk." Laura menjauh dari Leo. Leo pun terus mengejar Laura untuk mengejeknya, meninggalkan Kai keseorangan dibelakang.

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now