Chapter 9

66 10 0
                                    

Setelah 4 hari berjalan menerusi hutan dan kota Dorwall, tujuh remaja itu tiba dihadapan pintu gerbang istana yang besar, megah dan mewah.

Mereka berjalan dengan dada tegap dihadapan. Dua Altarian yang menjaga pintu gerbang itu menahan mereka.

"Ada apa tujuan kalian semua kesini?" tanya salah satu dari mereka.

"Kami ingin berjumpa dengan Tuanku, Raja Dorwall." Ariel kehadapan.

"Sudah ada temu janji?"

"Tidak. Tapi... Kami ada tawaran menarik yang sangat menguntungkan Raja."

Mendengar perkataan Ariel, kedua pengawal itu saling berpandangan sebelum salah satu mereka membuka mulut.

"Saya akan pergi menghadap Tuanku dulu untuk meminta izin."

"Baiklah, terima kasih."

Setelah sejam menunggu, akhirnya pengawal itu datang membawa kabar. Membawa seorang lagi pengawal bersamanya.

"Tuanku telah berikan izin. Sila ikut saya." tujuh remaja itu mengikuti pengawal yang berjalan dihadapan mereka. Sedangkan yang satu lagi, berjalan dibelakang mereka. Ketujuh remaja itu perasan, pengawal dihadapan dan dibelakang mereka sedang memegang pedang dipinggang mereka. Namun diabaikan. Kerana mereka sedar, mereka itu jauh lebih kuat dari dua pengawal itu.

Sambil berjalan, mereka melihat halaman istana. Sangat besar dan luas.

Setelah berjalan beberapa minit, mereka tiba dihadapan sebuah pintu yang tinggi, di tingkat kedua istana.

Pengawal itu mengetuk.

"Patik telah membawa tetamu Tuanku."

"Masuk."

Mendengar ayat itu, pengawal tadi membuka pintu itu. Tujuh remaja itu berjalan memasuki bilik itu dengan dua pengawal tadi mengikuti dibelakang.

Bilik itu luas dan dihiasi almari yang penuh dengan buku-buku. Bahagian kanan bilik itu terdapat sofa besar dengan meja kaca ditengah. Tak jauh dari situ, tepat dihadapan pintu, meja kerja yang penuh dengan kertas. Dan dibelakang meja itu, seorang lelaki muda berambut perak dan bermata merah duduk dengan tenang.

"Patik sembah Tuanku." Ariel yang berdiri dihadapan membongkok diikuti dengan sahabatnya yang lain.

"Pengawal Beta tak menipu bila dia berkata kanak-kanak hendak berjumpa beta." ujarnya disertai dengan tawa.

"Kami berterima kasih kerana diberikan izin untuk menghadap Tuanku." Ariel menahan diri.

"Jadi, tawaran apa yang kalian hendak berikan."

Ariel melihat sahabatnya. Mereka saling mengangguk.

"Kami ingin berikan Tuanku perlindungan." ujar Ariel. Mendengar itu, Raja keliru.

"Perlindungan? Jelaskan."

"Kami semua hendak menjadi pengawal peribadi Tuanku. Dengan pertukaran beberapa hajat dari kami."

"Pengawal peribadi? Kalian semua?"

"Ya."

Raja itu menarik nafas sebelum melanjutkan ayatnya.
"Tapi, apa yang kanak-kanak macam kalian boleh lakukan. Beta sudah mempunyai pahlawan terkuat di Dorwall sebagai pengawal peribadi Beta." mendengar keraguan dari Raja Dorwall, Ariel memandang Kai. Kai yang faham, terus berjalan mendekati Raja.

"Tuanku, benarkan patik menunjukkan sesuatu."

"Silakan."

Kai berdiri tegak. Tiba-tiba bayang-bayang dibawah kakinya melebar secara perlahan. Kehitaman itu menjalar diseluruh bilik.

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now