Chapter 3

109 15 0
                                    

"Citrine, Amethyst, Spinel! Tengok ni!"

The Guardian yang mendengar nama mereka dipanggil terus menoleh kearah seorang budak lelaki yang berlari kearah mereka.

"Kai, jangan lari laju. Nanti kamu jatuh." tegur Spinel.

"Hehe." jawab si Kai ltersenyum-senyum.

"Ada apa, Kai? Kenapa seluruh badan kamu kotor?" tanya Spinel  melihat baju yang dipakai Kai dikotori lumpur. Rambut hitamnya pula dihiasi daun-daun kering.

"Aku jumpa ni." Kai menunjukkan 3 kuntum bunga yang berlainan warna. Ungu, kuning dan merah jambu. Kai memberikan bunga itu kepada The Guardian.

The Guardian melihat bunga pemberian Kai dengan hati yang sangat terharu.

"Terima kasih, Kai. Tapi jangan lupa untuk jaga diri. Jangan terluka, ya?" kata Spinel pula.

"Baik." jawab Kai riang. Lalu matanya ternampak batu-batu StoneCrystal yang sedang terapung di tengah kolam.

"Kenapa... Batu itu berubah?" tanya Kai kerisauan.

"Ah.. Itu.." Citrine kebingungan. Patutkah dia beritahu Kai? Citrine hanya memandang Amethyst dan Spinel.

Akhirnya Amethyst membuka suara.

"StoneCrystal yang lain mula lemah. Kami harus cari Altarian yang boleh pegang kuasa StoneCrystal."

"Altarian? Apa itu?" tanya Kai.

The Guardian menjadi gelisah. Sudah seharusnya mereka beritahu Kai dari dahulu, namun mereka terus berdiam diri.

"Altarian itu orang-orang yang tinggal di dunia Altar ini. Mereka lah yang menggunakan kuasa alam yang StoneCrystal berikan untuk mereka." jawab Spinel.

"Jadi.. Mereka yang buatkan StoneCrystal hilang kuasa?" tanya Kai dengan nada marah.

"Ah, tidak sepenuhnya. Ada beberapa yang merosakkan kuasa alam di Altar. Namun ada juga yang membantu Altar menjaga kuasa alam." sambung Spinel.

"Tapi.. Dimana mereka semua? Kenapa aku tak pernah tahu?"

"Mereka banyak. Yang terdekat hanya beberapa jam dari pulau ini."

"Eh? Ada pulau lain?" Kai membesarkan matanya akibat terkejut.

"Ya. Pulau ini hanya satu pulau kecil di Altar. Ada beribu lagi pulau yang jauh lebih besar dari pulau ini."

Kai terdiam dan kagum.

"Kai.. Kamu juga salah satu Altarian."

Kai mengangkat kepalanya perlahan. "Eh?" hanya menjadi reaksi pada pernyataan yang diberikan Citrine.

"Apa maksud kau, Citrine?"

"Kuasa StoneCrystal semakin lemah. Jadi kami bawa kamu dari pulau seberang laut ini, untuk menstabilkan kuasa StoneCrystal." sambung Citrine.

Kai terdiam. Tidak tahu harus bereaksi bagaimana. The Guardian pula hanya memandang Kai lemah. Menyesal kerana menyembunyikan identiti Kai.

"Jadi... Boleh aku pergi ke seberang?" tanya Kai.

"TIDAK!" The Guardian menjawab serentak, mengejutkan Kai.

"Ah!" Mereka terbang mendekati Kai yang hampir meneteskan air mata.

"Maaf, Kai. Kami bukan tidak mahu kamu ke seberang. Cuma.. dalam dunia Altar ini, hanya kau yang ada kuasa StoneCrystal. Kalau Altarian lain tahu, kamu mungkin berada dalam bahaya."

Kai terdiam mendengar Amethyst, yang membelai tangannya. Kai sedar bahawa mereka merisaukan dirinya. Jadi dia hanya boleh menyimpan dalam-dalam hasratnya didalam hati.

"Baik."

Pada malam itu, Kai tidak dapat tidur lena. Fikirannya masih dipenuhi dengan persoalan tentang dunia Altar.

Tiga hari selepas perbualan antara dirinya dengan The Guardian, Kai dikejutkan lagi dengan pemandangan yang belum pernah dilihatnya.

Badan Spinel besar dan tinggi. Dan dibelakang badannya, tiada sayap seperti yang selalunya. Namun.. Bukan ini yang mengejutkan Kai kerana dia sudah pernah melihat The Guardian dengan bentuk besar mereka.

Yang mengejutkan Kai ialah, seorang kanak-kanak lebih kecil dari Kai sedang bersembunyi dibelakang Spinel.

Rambutnya biru pendek dan tak teratur. 'Macam warna laut' fikir Kai.

Apabila dia mencuri-curi tengok Kai, mata coklatnya kelihatan bersinar.

"Cantik." ujar Kai perlahan.

Anak kecil yang mendengar Kai terus bersembunyi dibelakang Spinel malu-malu.

"Marilah, perkenalkan diri awak." ujar Spinel dengan senyuman.

"S-saya Kayna.." katanya perlahan. Masih bersembunyi dibelakang Spinel.

"Saya Kai. Kai Vari." jawab Kai yang masih tak tahu harus berbuat apa.

"Lambat kamu, Spinel." Amethyst dan Citrine terbang mendekati mereka bertiga.

"Ah! Pari-pari." mata coklat Kayna bersinar.

"Hai." Amethyst dan Citrine terbang mendekati dan mengelilingi Kayna, membuatkan Kayna tertawa riang.

Poof, Spinel berubah menjadi kecil semula dan terbang mendekati Kayna juga.

"Kami bertiga ialah The Guardian yang menjaga StoneCrystal." terang Spinel.

"StoneCrystal? Apa tu?" tanya Kayna.

The Guardian menerangkan segalanya kepada Kayna. Kai hanya terus memandang dan memandang Kayna yang sedang kesusahan untuk menghadam penerangan panjang dari The Guardian.

Tak lama kemudian, Kayna dituntun oleh The Guardian, menyeberangi kolam untuk menuju ke StoneCrystal. Kayna kesusahan mengimbangkan badannya.

Sampai sahaja didepan StoneCrystal yang sedang terapung-apung, Kayna terus terdiam. Terpegun melihat keindahan StoneCrystal dihadapannya.

"Kami akan berikan kuasa StoneCrystal air kepada kamu. Kerana rambut Kayna sama cantik macam batu ini." ucapan Spinel membuatkan Kayna tersipu malu.

The Guardian mendekatkan tangannya kearah StoneCrystal yang berwarna biru. Lalu batu itu berubah menjadi cahaya biru dengan sekelip mata.

'Cantik.' fikir Kayna.

"Sedia, Kayna?" tanya Citrine.

"Y-ya." Kayna menutup matanya. Jantungnya berdegup kencang. Terlalu kuat sehingga dirinya sendiri boleh dengar degupan jantungnya.

Cahaya StoneCrystal masuk kedalam dada Kayna secara perlahan. Dan apabila masuk sepenuhnya, badan Kayna terasa sedikit sejuk.

Kayna membuka matanya.

"Tak sakit pun." ujar Kayna perlahan. Mendengar itu, The Guardian bernafas lega.

Namun..

DEG..

"Ah.. AH!" Kayna tiba-tiba menjerit. Tangannya mencengkam dadanya dengan kuat.

"KAYNA! KAYNA!" The Guardian menjadi cemas. Kai yang melihat dari jauh tak kurang cemasnya.

Kayna yang sedang menangis kesakitan tiba-tiba tak sedarkan diri. Terjatuh, terapung diatas kolam

The Guardian menggunakan kuasa mereka untuk membawa Kayna yang tak sedarkan diri mendekati Kai.

"Dia tak apa-apa ke?" tanya Kai penuh kerisauan.

"Dia tak apa-apa." jawab Spinel meyakinkan Kai. Kayna tidak kelihatan dalam kesakitan, jadi The Guardian hanya berharap Kayna sedar secepatnya.

Dan pada hari itu, Kayna menjadi Altarian kedua yang mempunyai kuasa alam.

The First: Kai Vari [C]Where stories live. Discover now