Bab 1

49K 1.8K 169
                                    

Pertama sekali, jangan terkeliru jika membaca kerana banyak komen lama. So, buka lembaran baru dan mulakan hidup baru.

• • • ------ • • •


10 OCTOBER,

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur memang nampak begitu sesak dan penuh pada hari ini. Lihat sahaja orang ramai yang berpusu-pusu keluar dari kawasan lapangan terbang itu memang tidak terkira banyaknya. Itu belum lagi termasuk dengan gaya pemakaian mereka. Terdapat segelintir masyarakat tidak kira Malaysia atau bukan yang bangga memakai baju yang sememangnya tidak cukup kain. Dengan fashion nya yang amboi!

Memang cukup menyeksakan sekali.

Mungkin pelancong negara asing kurang pengetahuan mengenai negara Malaysia yang memegang status sebagai negara Islam. Mudah-mudahan mendapat hidayah wahai pelancong.

Susuk tubuh seorang jejaka yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Dari kaca tingkap kereta yang tinted itu tidak menghalang Insyirah untuk melihat pemandangan di luar. Begitu jelas pada kornea matanya yang susuk tubuh itu semakin mendekati ke arah kereta. Kaca mata hitam gelap ditanggalkan lalu disangkut pada kocek baju yang terletak di bahagian dada lelaki itu.

Penantian selama 4 tahun untuk balik ke Malaysia akhirnya termakbul juga. Tinggal di Rom tak adalah seronok mana sebab dia hanya perlu jalankan tugas sebagai seorang pekerja dengan majikan. Tidak lebih dari itu.

Adam Muhammad Sanchez

"Jeneral." Seorang pemuda yang baru sahaja keluar dari kereta segera menyapa tuannya. Badannya dibongkokkan sedikit tanda hormat walaupun Adam lebih muda 3 tahun daripadanya. Nak buat macam mana kalau bos tetap bos. Hormat itu perlu ada. Adam mengangguk sambil tersenyum kecil. Dua beg berodanya ditarik dan di bawa ke bonet kereta lalu dia membiarkan Ben menguruskan kesemua tugas itu. Tangannya lincah membuka pintu kereta Audi R8 lalu meloloskan diri ke dalam.

Pap !

Terasa masanya terhenti buat seketika apabila terpandang sekujur tubuh seorang gadis yang sedang memandang tajam ke arahnya.

"What? Don't you remember me? Oh my Allah, I'm your..."

"Aku ingatlah sengal." Kata-kata gadis itu dipotong laju. Terkebil-kebil Insyirah memandang ke arah suaminya. Adam menyandar malas pada kerusi kereta itu. Malas mahu membuka mulut berbicara lebih-lebih ada seorang nenek kebayan di sebelahnya.

Atau lebih tepat, isterinya. Insyirah Zahra Binti Eiman ditinggalkan Adam di Malaysia apabila lelaki itu ada urusan kerja di negara orang. Kerja yang mengambil masa selama 4 tahun. Setelah sekian lama, akhirnya dia membawa diri ke Malaysia. Lagipun, tugasnya sudah selesai di sana. Ada tugas lain yang belum selesai di sini.

Insyirah juga segera menyandarkan badannya ke kerusi kereta. Wajah suaminya yang sedang memejam matanya itu dipandang sekilas. Bibirnya dicebikkan. Buat apa balik Malaysia kalau tak ada benda nak cakap? Tak ada rasa bersalah ke lelaki ini? Dia ingat 4 tahun itu sekejap?

Adam mencelikkan matanya lalu memandang ke arah Insyirah yang mencebik bibir lalu mengomel perlahan.

"Mengumpat lah tu. Bibir tercebik-cebik macam itik. Apa khabar?"

Nak tahu apa perasaan Insyirah sekarang? Dia rasa macam nak tampar dan hempuk sahaja lelaki yang bergelar suami ini. Tidak ada cara lain dan lebih sopan untuk menegur ke? Boleh pulak dia bertanya khabar walhal perang dingin baru sahaja ingin bermula.

"Alhamdullilah sihat walafiat seperti yang awak lihat. Nasib panjang umur saya dapat tengok dan jumpa awak lagi." Nada tidak puas hati dapat dikesan dalam tutur bicaranya. Adam memandang ke arah cermin pandang belakang apabila dia merasakan ada seseorang yang sedang memerhati di hadapan. Memang sangkaannya tepat apabila Ben sedang bertentang mata dengannya. Adam sekadar mengangguk kepala lalu kereta Audi R8 itu mula bergerak meninggalkan perkarangan lapangan terbang itu.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now