Bab 11

21.2K 1.1K 64
                                    

PROMOTE ;

You're My Attraction by MiaSyaza__

Little moment by thquella


Pancaran sinaran mentari yang cantik menambahkan lagi keanggunan dan keteguhan Colloseum. Insyirah merasakan dirinya bagai berada di alam mimpi. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjejakkan kaki ke Rom dan melawat tempat bersejarah ini.

Insyirah duduk mencangkung lalu menyentuh pasir tersebut. Dia tersenyum suka. Kemudian, pasir dibawa masuk ke dalam genggamannya. Adam mengukir senyuman tipis melihat telatah isterinya. Lelaki itu hanya memerhatikan telatah Insyirah sedari tadi. Tidak pernah lari pandangannya dari wajah comel itu.

Pasir tersebut terasa lebih kasar daripada pasir yang pernah dia sentuh sebelum ini. Insyirah tersenyum dan bingkas berdiri. Dia menghentakkan kaki ke tanah Colloseum itu. Sungguh dia dapat merasakan kedalaman pasir itu yang agak dalam.

"Dah puas ke menikmati pasir tu?" Adam menyindir isterinya. Bibirnya naik tercunggit senyuman sinis. Tangannya disilangkan ke dada. Insyirah mendengus lalu mencebik bibir.

"Apa lah awak ni. Nantilah. Sekejap pula, baru je sampai tadi." Insyirah masih bermain-main dengan pasir lalu meniupnya. Tidak puas dia menikmati keindahan yang terdapat dalam tempat bersejarah itu.

"Jadi kau nak kita jadi patung cendana kat sini? Beribu-ribu tahun? Ke tahun depan baru nak balik?" Adam menjeling Insyirah disebelahnya.

"Saya tak cakap pun. Kalau awak nak jadi patung cendana pun tak apa. Tak kisah." Adam berdecit kasar. Sejak berkahwin dengan Insyirah, kesabarannya agak tercabar sedikit. Ini dapat mendidik dan melatih Adam agar menjadi orang yang lebih penyabar. Adakah ini hukuman yang Tuhan berikan kepada dia yang sememangnya panas baran?

Al-maklumlah, menjaga kanak-kanak ribena bukan sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Adam memandang langit kemudian beralih ke Insyirah yang masih sibuk dengan pasir itu. Dia tersenyum nipis. Itulah yang dia rasakan apabila melihat isterinya. Tenang dan lembut. Cumanya Adam ego. Ego lelaki itu sangat tinggi kerana dia takut yang dia akan tinggalkan Insyirah suatu hari nanti. Dia tidak mahu Insyirah jatuh cinta padanya terlalu awal tetapi apa boleh buat. Adam tahu perasaan Insyirah sudah lebih jauh terhadap dirinya yang bergelar suami. Adam tidak dapat menafikan bahawa dia suka dengan perasaan Insyirah terhadapnya. Dia suka apabila Insyirah mengutamakan dia lebih daripada orang lain di muka bumi ini.

Arahan untuk melepaskan Insyirah mula bermain-main di kotak fikirannya. Ibarat molekul gas yang berlanggaran dengan dinding bekas. Tekanan yang tinggi. Ternyata Clara tidak berdiam diri selepas mereka berjumpa untuk menyatakan misi. Gadis itu masih berkeras dengan pendiriannya agar Adam segera melepaskan Insyirah.

FLASHBACK


"What the matter?! It's about me not you! She's mine. And I won't or never let her go!" Adam berkata bengis kepada perempuan di hadapannya itu. Dengusan kasar jelas kedengaran.

"Okay fine! But remember. If your father know about this, I'm sorry because I won't help you to get out from that evil." Perempuan itu segera duduk di atas birai meja dengan muka yang tegang. Tangannya diletakkan di sisi untuk menampan berat tubuhnya di birai meja itu.

"You love her right?"

Adam mendongak. Nafas dihela.

"Be honest Greyson!"

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now