Bab 12

18.7K 1.1K 85
                                    

PROMOTE TIME ;

The Helplessly Girl by littlemissnurul

Calon Isteri Mr. Tengku by littlemissnurul

Harapan Cinta by nashkeey

Check them out! Wonderful stories waiting for you guys! 😍

Villa itu menjadi sunyi sepi apabila sang suami meluahkan hasratnya. Insyirah menunduk memandang ke lantai. Bibirnya diketap. Insyirah cuba menahan dirinya daripada memuncungkan bibir, merajuk.

Wajah Insyirah dari sisi dikerling sekilas. Pasti isterinya itu sudah berat hati apabila Adam meluahkan hasrat mengenai kerjanya. Lelaki itu ingin menyelesaikan sebuah kerja yang agak rumit dan agak jauh dari kediaman mereka suami isteri. Insyirah sedikit berjauh hati dengan suaminya. Apa beza dia tinggal di Rom? Ketika dia tinggal di Malaysia, suaminya juga turut meninggalkan dia di atas urusan kerja. Hanya satu harapan Insyirah apabila tinggal di negara Rom ini. Dia tidak ingin suaminya itu jauh lagi daripadanya. Tetapi sekarang?

"Okey kau nak apa? Aku akan tunaikan semua permintaan kau. Aku ada kerja sikit Insyirah. Aku bukannya sengaja." Adam menyoal dengan nada yang cukup lembut. Lelaki itu juga sebenarnya tidak sanggup untuk meninggalkan Insyirah sendiri memandangkan keberadaannya sudahpun diketahui oleh ayahnya, Chris Sanchez. Dia takut sesuatu yang buruk berlaku pada isterinya. Pasti dia akan menyesal seumur hidup jika perkara sebegitu berlaku.

"Saya nak awak. Jangan pergi. I just want my husband always by my side. Is that wrong?" Insyirah memandang wajah suaminya yang duduk di sebelahnya. Matanya agak berkolam namun ditahan sahaja air matanya daripada menitis keluar. Bukankah Adam pernah berkata yang air matanya adalah mahal?

Adam menghela nafas berat. Hatinya sakit melihat Insyirah begitu. Tengkuk Insyirah ditarik lembut lalu dia menghadiahkan sebuah kucupan di bibir isterinya. Kemudian, tubuh isterinya dibawa masuk ke dalam dakapannya. Belakang isterinya diusap lembut dan ditepuk perlahan.

"Nope. Thats right." Adam menjawab perlahan pertanyaan isterinya. Tangan Insyirah ditarik lalu diletakkan di atas pinggangnya.

"Saya tak nak awak pergi..." Insyirah menyembamkan wajahnya pada bidang dada sasa suaminya. Air matanya sedikit sahaja lagi ingin keluar. Lebih baik dia sembamkan mukanya pada dada Adam.

"I-I can't... " Kepala isterinya itu diusap perlahan lalu kucupan dihadiahkan di ubun-ubun isterinya. Dalam hatinya tidak henti-henti memohon maaf.

"Aku hargai apa yang kau cakap tadi tu. Tapi yang lain? Please?" Adam menyoal lagi. Insyirah hanya menggelengkan kepalanya. Walaupun umurnya 24 tahun tetapi perangai gadis itu lebih serupa dengan kanak-kanak yang berumur 5 tahun. Perangainya sangat manja hingga Adam menggelarkannya ribena. Ribena kesayangan Adam Muhammad Sanchez.

"Nak ikut..." Adam tersenyum nipis sebelum menggeleng perlahan.

"Saya janji tak kacau awak buat kerja. Awak pergi sana bukan sekejap. Satu bulan! Balik-balik tinggalkan saya!" Tanpa sedar, Insyirah sudah menaikkan suaranya lalu mendengus marah. Adam tersenyum hambar kerana dia faham perasaan isterinya itu. Adam tahu dirinya bukan suami yang terbaik tetapi kontrak itu membataskan segalanya. Kontrak kerja yang menjerat dirinya sehingga ke ambang maut.

"Aku tahu yang kau takkan kacau. But this is my jobs, I can't..."

Insyirah sudah melakar senyuman sinis.

"Kerja, kerja, kerja! Tu yang awak tahu kan? Perasaan saya awak tak pernah jaga. Awak kejam!"

Adam sudah terkedu apabila melihat air matanya isterinya jatuh menyembah bumi. Insyirah segera bangun dari sofa dan menuju ke bilik mereka di tingkat dua dengan air mata berjujuran.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now