Bab 4

23.9K 1.4K 31
                                    

Adam mengerling sekilas ke arah isterinya yang sedang tekun membuat kerja yang diberikan. Insyirah mengambil buku notanya yang berkulit hitam itu lalu menuju ke arah suaminya. Halaman buku nota itu diselak untuk memeriksa jadual suaminya pada hari ini.

"Bos nanti jam 3:30 petang nanti, klien bos Chris Sanchez ajak berjumpa dekat gim. Itu sahaja untuk hari ini."

Perubahan riak wajah yang ditonjolkan oleh Insyirah saat nama ayahnya diutarakan berjaya dikesan oleh Adam. Insyirah mengetap bibirnya. Rasanya nama Chris Sanchez pernah hadir di dalam kotak fikirannya namun cepat sahaja memori itu hilang ibarat ditiup angin. Ah, mungkin perasaan sahaja!

Insyirah juga turut berasa pelik dan aneh bagi setiap panggilan telefon yang dia terima. Tidak seperti syarikat-syarikat yang lain yang ingin berbincang atas hal saham atau yang berkaitan perniagaan. Panggilan telefon yang dia terima agak tidak masuk akal dan luar dari kotak pemikirannya.

"Jam 3.30 petang nanti ikut aku sekali. Jumpa Chris Sanchez. Alright?"

Insyirah mengangguk faham mendengar arahan Adam. Perlahan-lahan badannya dibongkokkan sedikit lalu meminta kebenaran untuk kembali ke mejanya. Rasanya Insyirah sudah terbiasa membuat gaya hormat begitu memandang semua pekerja Adam turut membuat gaya yang sama.

Adam segera berdiri tegak lalu berdehem. Blazer diperbetulkan lalu tuxedo hitam yang disangkutkan pada penyangkut baju di dalam pejabatnya diambil. Tangannya laju sahaja memakai tuxedo hitam tersebut. Mata Adam melirik sekilas ke arah Insyirah. Wajah itu serius dan tekun sekali membuat kerja. Perlahan-lahan kakinya mula melangkah ke arah meja yang tidak terlalu jauh dari mejanya sendiri yakni meja Insyirah.

"Kau tak nak lunch ke?"

Insyirah menggeleng perlahan.

"Awak pergilah dulu, nanti saya makan. Banyak kerja lagi ni. Awak makan sorang okey?" Insyirah menjawab tanpa mendongak memandang wajah suaminya itu. Adam menyengetkan kepalanya ke sisi. Sejujurnya, ego lelakinya rasa tercabar apabila insan yang bergelar isteri tidak memandang wajahnya ketika menjawab soalan.

"Stop do that. Ikut aku lunch." Adam berkata lagi. Kali ni, tangannya naik memperbetulkan tali lehernya yang dirasakan terlalu ketat.

"Tak nak. Lagipun saya tak lapar." Insyirah mencebikkan bibirnya sambil matanya masih tetap memandang ke arah komputer riba itu. Si gadis itu langsung tidak perasan bahawa wajah suaminya kian memerah atas perbuatannya.

"Stop it Insyirah!" Komputer riba ditutup kasar sehingga menghasilkan bunyi yang tidak sepatutnya. Adam menuju ke kerusi Insyirah lalu merentap tangan isterinya yang satu itu. Kuat sungguh pegangan Adam pada tangan Insyirah. Insyirah tersentak. Wajah Adam dan tangannya dipandang silih berganti. Kenapa Adam tiba-tiba nak marah ni?

Dia ada buat salah ke?

Masuk sahaja mereka ke dalam lif, tangan Insyirah dilepaskan. Pergelangan tangan Insyirah yang kian memerah tidak dipedulikan oleh Adam. Insyirah mengusap-ngusap pergelangan tangannya. Sungguh dia sangat berkecil hati dan terluka dengan tindakan Adam sebentar tadi. Rasa sebak mula bertandang di dalam hatinya.

Sesekali mata Adam mengerling sekilas ke arah Insyirah yang berada di belakangnya. Gadis itu hanya membatukan diri sambil memegang pergelangan tangannya. Insyirah tidak sedar langsung yang Adam sedang menoleh memandang ke arahnya kerana perbezaan ketinggian di antara suami isteri itu memang sangat ketara.

"Kau boleh tak patuh arahan aku? Tak perlulah aku nak paksa-paksa kau. Degil tak pandai habis."

Insyirah hanya diam tidak berkutik. Mulutnya bagaikan terkunci untuk menjawab semua persoalan sinis dari suaminya. Biarlah Adam bercakap seorang diri seperti tunggul. Insyirah terlalu berkecil hati sekarang ini akibat perbuatan suaminya.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now