Bab 14

15.5K 976 36
                                    


Adam mengeluh kasar. Peluhnya sudah mula menitik di kawasan dahinya. Dari tadi hatinya tidak henti-henti diserbu rasa bersalah. Lihat sahajalah , apa yang dipegang oleh tangannya ketika ini. Dia teragak-agak untuk minum kencing syaitan yakni arak tersebut walaupun hanya sekadar pura-pura.

Inilah akibatnya apabila bercakap tidak berfikir terlebih dahulu. Entah bagaimana dia boleh tersebut champagne.

"Anything wrong captain? This is a brand new champagne. Don't waste your time to taste it..."

Adam hanya mampu mengangguk seraya tersenyum nipis yang penuh keterpaksaan. Gelas yang berisi champagne itu digerakkan ke kiri dan ke kanan secara perlahan-lahan. Pemuda di sebelahnya sudah mabuk dan terkial-kial memandang sekeliling. Adam mengucap syukur. Dia selamat!

"Cheer?" Evans mula datang dan duduk di tepi Adam. Tersentak lelaki itu dibuatnya namun riak wajahnya cepat sahaja dikawal. Jason dan Evans sudah banyak kali memunculkan diri di hadapannya kecuali 6 orang yang lain. Adam sudah merengus kasar secara perlahan. Dia tidak mahu misi ini misi ini mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

"Okay," Adam melagakan gelasnya dengan gelas Evans. Evans segera meneguk champagne itu dengan pantas manakala Adam laju sahaja menuang air itu ke lantai lalu berpura-pura bahawa dia yang menghabiskannya.

"Captain?" Evans menjongket kening sambil menunjukkan sebotol champagne yang terletak di atas meja. Adam menggeleng lalu berpura-pura mabuk. Adam sengaja mengeluarkan tawa kecil agar lelaki itu percaya bahawa dia sememangnya mabuk. Evans ketawa lalu menggeleng perlahan. Adam menyeringai di sebalik senyuman Evans. Pemuda di sebelahnya sudah tidur. Orang lain tidak ada di dalam bilik ini kecuali Adam, Evans dan pemuda yang tidur itu.

"Evans, can you pick my gun?" Adam menunjukkan pistolnya di belakang Evans. Evans membuat isyarat okay dengan tangannya lalu segera berdiri dan mengambil pistol lelaki itu. Kesempatan tersebut diambil oleh Adam lalu mengambil pistol di bahagian kaki kanannya. Pistol diambil, kemudian picu ditarik.

PANG !

Evans rebah dengan pistol di tangannya. Nasib sahaja pistol di tangannya adalah bertaraf tinggi dan hanya untuk kegunaan ejen-ejen sahaja. Ini bermaksud pistol itu langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi semasa menembak.

Adam segera berundur ke belakang lalu menjerit dengan sekuat hati nama-nama orang suruhan yang berada dalam gudang lama itu.

Jason masuk begitu juga dengan yang lain. Adam memandang mereka dengan muka yang bengis.

"What the hell are you doing?" Adam bertanya dengan satu nafas. Suaranya dalam dan sedingin kalbu. Matanya tajam menikam setiap orang yang berada di situ. Mukanya juga sangat bengis dan menakutkan.

Adam segera berdiri di sebelah Evans lalu menendang lembut lelaki tersebut. Kepala pistol sengaja diacukan ke arah mereka.

"He's dead. What are guys staring about?!" Nafas Adam turun naik menahan amarah. Kesemua mereka terkinja-terkinja mengangkat Evans pergi dari situ. Manakala yang lain turut beredar kerana tidak sanggup melihat wajah ketua mereka yang sedang marah.

Kumis Adam yang ingin tercabut itu diperbetulkan. Dia tersenyum sinis. Tidak sangka yang dia ada ciri-ciri seorang pelakon.

• • • •


Dikala sang jejaka sedang sibuk mengurus hal kerja, Insyirah pula asyik merungut untuk yang keseratus kalinya. Sesungguhnya , hari ini adalah hari yang sangat membosankan dalam hidupnya. Dia hanya terperap sahaja dalam villa yang besar itu. Adam tidak membenarkan dia untuk keluar sekalipun walaupun hanya pergi ke taman berdekatan.

Televisyen yang menyiarkan drama Korea itu dipandang malas. Kusyen diambil lalu tangannya mula menongkat dagu.

TING !

Loceng dari luar mula memecahkan suasana yang sunyi sedari tadi. Insyirah mengerutkan dahi. Siapa pula yang datang ni? Takkan suaminya? Setahu Insyirah , villa ni tidak banyak orang tahu kecuali mereka berdua dan orang-orang suaminya. Insyirah berlari-lari anak ke tingkat atas untuk mengambil tudung lalu disarungkan ke kepalanya.

Insyirah mula melangkah ke arah pintu. Pintu dibuka lalu kakinya mula melangkah ke pagar utama villa itu. Pintu kecil sebelah pagar itu dibuka oleh Insyirah.

"Yes?" Soal Insyirah kepada pemuda di hadapannya. Pemuda itu tersenyum manis.

"Your pizza. Thank you so much and please give your sign here," Insyirah teragak-agak untuk mengambil pen di tangan pemuda itu. Matanya sudah terkebil-kebil. Dia sendiri tersentak dengan semua ini. Ianya berlaku secara tiba-tiba.

"But, I never send any order."

Pemuda itu mengerutkan dahi lalu tertawa halus. Dia dapat merasakan bahawa wanita di hadapannya ini sedang menipu. Alamat tempat ini sudah diberitahu semasa di corong telefon. Villa ini agak tersorok dan sangat mencabar untuk sampai ke sini. Takkan wanita ini hendak menipu lagi ?

"Hey miss, you just asked a few minutes before. Take this and sorry but please pay for this, " Pemuda itu berkata sopan. Insyirah mengeluh seraya menggeleng lemah. Pizza bertukar tangan lalu pemuda itu meminta diri untuk beredar.

Insyirah segera masuk ke dalam villa setelah mengunci apa yang sepatutnya di halaman hadapan. Kotak pizza dibuka, Insyirah berasa sangat ragu-ragu dengan pizza itu. Dia segera menuju ke dapur dan membuang pizza itu ke dalam tong sampah.

Entah halal ke tidak. Semasa Adam di sini, lelaki itu yang bertanggungjawab menguruskan hal makanan memandangkan Adam lebih berpengalaman tinggal di negara orang.

Insyirah mencapai iPhone nya lalu menekan punat hijau. Nombor Adam didail namun sia-sia sahaja kerana lelaki itu langsung tidak menjawab panggilannya.

Insyirah mencebik.

Niat untuk memberitahu Adam fasal pizza itu dikuburkan sahaja. Mana mungkin Adam yang mengarahkan menghantar makanan sebegitu rupa. Lagipun hari sudah lewat petang. Adam hanya akan mengirim makanan pada waktu pagi sahaja dan pada malam hari , Insyirah yang akan masak sendiri.

Logik untuk berfikiran sedemikian.





















THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now