Bab 20

19.2K 1.1K 111
                                    

Insyirah Zahra duduk termenung di atas sofa sambil memikirkan bahtera masa hapadan mereka. Otaknya ligat berfikir sampai bila sahaja perkahwinan pelik ini akan bertahan? Adakah sampai selama-lamanya sehingga ke Jannah Allah?

Pasangan mana yang mahu bercerai? Sedangkan Allah pun membenci penceraian. Atau dia sahaja yang beriya? Isteri mana yang tidak ingin bercerai? Jadi suami?

Insyirah mengeluh. Dia jadi buntu sendiri menjawab segala persoalan di mindanya. Menjadi isteri kepada Adam Muhammad Sanchez menyebabkan dia tidak pernah lari berfikir luar dari kotak pemikirannya. Lelaki itu suka sangat berahsia! Eee, Insyirah pula naik hantu!

Harapan yang sangat tinggi untuk memastikan perkahwinan itu kekal abadi cepat sahaja terkubur. Sikap acuh tidak acuh lelaki itu melayannya sudah cukup menjelaskan segalanya. Lelaki itu hanya tahu menyakitkan hatinya yang sudah sememangnya rapuh!

Insyirah melepaskan keluhan buat kesekian kalinya lalu mengalih fokus ke arah televisyen. Cerita lama Itali yang tidak difahami itu mula berkata-kata dengan iringan muzik retro. Insyirah mencebik. Ayat yang terpacul oleh pelakon di dalam televisyen itu langsung tidak difahami. Sarikata pun tiada sama sekali menyebabkan jiwanya turut melayang bersama sarikata itu.

Insyirah mula membaringkan badannya di sofa yang berbentuk 'L' itu. Wajah suaminya secara tidak langsung menerjah masuk ke dalam akal mindanya.

Suaminya itu pasti berada di gim sekarang ini. Mana tidaknya, Adam amat aktif bersukan malah suka pula berboxing. Insyirah jangan dikata. Jogging satu round pun sudah termengah-mengah gadis itu. Mungkin sebab itu Adam agak menjaga pemakanannya kerana dia tahu bahawa isteri dia ni malas sangat bersukan!

Insyirah memandang ke atas siling dengan perasaan hiba. Kenapa dia asyik berfikir pasal Adam?

Insyirah menjerit kecil apabila suatu objek yang sedikit lembap melekap di wajahnya. Gadis itu terduduk secara drastik lalu membuang objek yang melekap di wajahnya. Matanya membuntang apabila mengetahui apa objek itu.

Kepalanya serentak menoleh ke belakang dengan pandangan maut. Muka bersahaja suaminya itu mengundang rasa geram di hatinya.

"Ew, what was that?" Adam berpura-pura menyoal. Sudah terang lagi bersuluh bahawa itu adalah sehelai tuala yang dia gunakan untuk mengelap segala peluh di tubuh badannya. Insyirah mendengus kasar lalu menjeling suaminya. Dia kembali duduk bersandar di sofa dengan tangan naik menyilang di dada. Protes!

Adam tersenyum sinis lalu melabuhkan punggung di sebelah Insyirah. Jejaka itu perasan yang Insyirah hanya termenung sedari tadi. Entah apa yang difikirkan oleh isterinya, dia sendiri pun tidak dapat meneka. Sudah lama dia tercegat di pintu cuma hatinya mengatakan yang dia perlu memerhati Insyirah secara senyap-senyap.

"Marah ke apa?" Adam mengerling Insyirah sekilas lalu memandang televisyen. Remote televisyen dicapai lalu siaran ditukar menjadi lebih menarik. Kalau Insyirah yang pegang remote memang cerita ketinggalan zaman sahaja dia tengok.

Insyirah memandang Adam yang khusyuk melihat televisyen. Insyirah merapatkan sedikit kedudukannya dengan suaminya.

"Yes princess?" Adam menyoal tanpa riak.

"Bam!" Adam tersentak. Insyirah tersengih apabila dia elok mendarat pada riba suaminya itu. Rancangannya menjadi untuk membuatkan Adam terkejut.

"Kalau nak baring tu tak boleh ke buat cara elok-elok? Kau ingat seronoklah kejutkan aku macam tu?" Adam mengetuk kepala Insyirah dengan remote televisyen. Bunyi ketukan itu berlaga dengan tulang dahinya menyebabkan Insyirah mencebik. Sakit tahu tak!

"Sakitlah...."

Insyirah mencebik lagi sekali apabila Adam sama sekali tidak peduli dengan pujuk rayu simpatinya. Insyirah mencapai tangan Adam yang terletak elok di dahinya. Tangan suaminya itu disulam kemas di dalam jari jemarinya. Tanpa dia sedari, setiap senyuman dan perlakuannya itu diperhati oleh Adam.

"Tak ada tangan ke sampai main-main tangan orang ni?" Adam tersenyum mengejek. Simpulan kasih yang Insyirah lakukan pada jari-jemarinya dileraikan lalu dia mengepit hidung isterinya itu. Insyirah mengerang kesakitan dan sesak nafas barulah Adam melepaskan kepitan pada hidung isterinya itu.

"Suka hati saya lah." Adam berdecit lalu mengajuk kata-kata isterinya itu. Matanya kembali fokus ke arah televisyen yang memaparkan berita cuaca di Itali. Tidak payah dihairankan sangat kerana manusia yang bernama Adam ini sangat fasih dalam banyak bahasa kerana hasil perkahwinan campuran di antara ibu dengan ayahnya.

"Abang... " Insyirah memanggil Adam yang langsung tidak mengendahkan kewujudan dirinya itu. Adam mengerling Insyirah sekilas lalu memandang televisyen semula.

"Hmm." jawabnya acuh tak acuh. Adam mengerutkan dahi miliknya apabila melihat Syarikat LOM masuk ke dalam berita pada pagi ini. Apa pula yang terlepas dari pandangannya kali ini? Ah, biarkan! Biar mereka sahaja yang mengurus kerana Adam sudah berpesan yang waktu cutinya tidak boleh diganggu sama sekali.

Insyirah mencebik lalu menyatukan tangannya dengan tangan Adam yang berada di wajahnya kembali.

"Awak saya nak tanya ini." Adam hanya mengangguk sahaja. Malas melayan karenah isterinya yang agak kebudakan itu. Adam sendiri mengaku yang perangai Insyirah tidak seperti umurnya.

Adam masih memusatkan pandangannya ke arah televisyen. Insyirah menjeling meluat lalu turut sama memandang televisyen yang memaparkan berita Itali.

Insyirah mengajuk kata-kata pembaca berita itu dengan muka jengkel. Adam mengerling sekilas memandang wajah menyampah Insyirah. Apa yang Insyirah tidak puas hati sebenarnya?

"Abang tengoklah sini! Saya nak tanya ni... " Insyirah masih mencuba nasib. Insyirah ingin meluahkan suatu hasrat yang selama ini terbuku dalam hatinya. Dia benar-benar ingin mendengar pengakuan tersebut dari mulut insan yang bergelar suami.

"Tanya je lah. Aku kat sini je pun. Tak ada maknanya aku hilang!" Adam menjawab dengan nada geram yang teramat.

Wajah Insyirah sudah berubah sayu. Nampak tak?

Adam memang suka sangat sakitkan hati dia. Langsung tidak pernah memahami.

"Kalau saya nak minta cerai boleh tak?" Bergetar suaranya menuturkan ayat itu. Pergerakan Adam terhenti. Halkumnya mula bergerak lalu pandangan matanya beralih ke arah Insyirah yang berbaring di ribanya.

Random promote :

anatashaaalfiera
- Badboys VS Badgirls & Bukan sekadar Cinta.

mirafidzal
- Suamiku Lelaki Pujaan

LaylaInhara
- My Parfait Love

applenuts
- Lecturer Paling 'HOT'

akyelrahim
- His Fault

ayncandy
- Cinta Segi Tiga

LoveMascara
- Mr. Crush Paling HOTS !

candleheart
- Cinta Jangan Pergi

greenypluto
- Hipotesis Cinta

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now