Bab 9

20.5K 1.1K 63
                                    

Pertama sekali, nak minta maaf sbb lambat update. Dah siap dah part ni tapi pakcik oren buat hal 😥😢

Terpaksa kita dari awal. Maaf tau 😫😭

* * * *

Insyirah memerhatikan Adam yang sedang memperbetulkan kot bajunya. Insyirah duduk di birai katil sambil mencebikkan bibirnya. Tangannya naik menopang dagu. Hari ini, suaminya itu akan pergi ke kerja. Kerja apa dan di mana pun Insyirah tidak tahu kerana suaminya itu yang tidak mahu membuka mulut.

"Tak boleh ke saya ikut?" Kali ini sudah masuk kali ke-20 Insyirah bertanyakan soalan yang sama. Adam mendengus sedikit kasar lalu menjeling Insyirah melalui biasan cermin meja solek itu.

"No! Berapa kali kau nak tanya soalan yang sama hah? Tak pandai faham bahasa betul kau ni." Adam mencapai tali lehernya yang diletakkan di atas meja solek itu. Badannya dipusingkan lalu dia menghampiri Insyirah yang duduk di birai katil. Tali leher disuakan kepada isterinya itu.

"Pasangkan necktie aku."

Insyirah mencebik lagi. Dia segera bangun lalu melangkah longlai ke arah suaminya. Tali leher yang disuakan ke arahnya sebentar tadi, diambil. Muka Insyirah muram habis. Tidak henti-henti bibirnya dimuncungkan ke hadapan.

"Tapi saya tak nak tinggal sendiri kat sini. Saya takut..." Suara Insyirah berubah manja sepenuhnya. Berharap agar keajaiban akan berlaku lalu Insyirah berdiri betul-betul di hadapan suaminya. Tali leher Adam dimain-main dalam jari-jemarinya. Adam menghela nafas panjang. Tangan kanan Adam mula menarik pinggang isterinya itu. Kemudian, kedua-dua tangan sasanya merangkul pinggang Insyirah erat. Adam segera memberi isyarat mata agar Insyirah tidak melengahkan masa untuk memasangkan tali lehernya.

Tangan Insyirah naik merangkul leher suaminya lalu segera memasangkan Adam tali leher.

"Ada aku cakap yang aku tinggal kau sendiri? Hari ni kita transfer tempat lain sebab itu aku suruh kau bersiap sengal." Adam berdecit.

"Kau pergi pantai kelmarin bukan main berani." Dia menambah lagi. Bibirnya naik mengukir senyuman mengejek.

Insyirah membulatkan matanya. Tudung shawl instant yang sudah siap digosok segera dicapai. Laju sahaja tangannya mencari skarf tudung dan disarungkan di kepalanya. Kemudian, tudung shawl instant pula disarungkan.

Baju panjang lengan putih bercorak mustache dan seluar palazzo berwarna kelabu sudah menjadi pilihannya sejak dari tadi. Tidak perlulah dia bersusah-payah untuk bersiap.

"Kita pindah ke mana?" Insyirah segera menghampiri Adam yang ingin mengambil beg beroda mereka. Adam menjungkit bahu membuatkan Insyirah mencebik kegeraman. Tangannya naik menyilang di dada. Mereka berdua segera keluar dari bilik itu dan menuju ke pintu utama. Setelah mengunci pintu, pasangan suami isteri itu mula masuk ke dalam lif untuk menuju ke tingkat bawah.

"Kau lapar tak?" Adam mencuit pipi Insyirah.

Gadis itu hanya menggeleng perlahan.

"Tempat tu jauh tak dari sini?" Insyirah mula merangkul lengan suaminya. Adam mengangguk lalu mengerling Insyirah sekilas. Satu ciuman berlabuh di dahi Insyirah yang masih memandang ke arahnya.

"Kau akan tahu juga nanti."

TING!

Pintu lif terbuka lalu mereka berdua melangkah ke arah kaunter. Insyirah tersengih dan ketawa kecil apabila dia ternampak kelibat Ben yang berdiri berhampiran dengan kaunter. Ben mengecilkan matanya memandang Insyirah lalu ketawa kecil. Hanya mereka sahaja yang tahu maksud di sebalik sengihan dan ketawa kecil itu.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now