Bab 15

16.7K 1K 61
                                    


Akhirnya dua mingggu pun telah berlalu dengan jayanya. Kali ini , barulah Insyirah berasa bebas sedikit kerana dia telah dibenarkan keluar oleh manusia ego tinggi melangit bernama Adam Muhammad Sanchez yakni sang suami.

Walaupun begitu, lelaki itu sering memberi dia amaran untuk berjaga-jaga memandangkan jejaka itu masih tiada di sini. Insyirah tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan dia tahu bahawa keputusan suaminya pasti baik-baik belaka. Adam seorang yang sangat teliti dan peka terhadap sesuatu.

Lagipun, Adam suami Insyirah. Itu yang pasti. Walaupun ego lelaki itu sangat tinggi jejaka namun masih ada secubit perhatian buat isteri kesayangannya itu.

"Madam,"

Insyirah tersentak lalu mencari punca suara itu. Suara yang amat dikenali. Ben melambaikan tangannya kepada Insyirah. Insyirah membalas lambaian tersebut. Dia pelik tentang keberadaan Ben di sini. Bukankah Ben itu pembantu suaminya ? Jika suaminya sibuk mana Ben juga akan turut sibuk sekali. Mengapa Ben berada di sini ?

Suaminya itu juga pernah memberitahunya tentang keberadaannya semasa menjalankan tugas itu sangat jauh dari sini.

Dan Ben pula di sini ? Di taman ?

"How do you know..."

"Ouh, simple." Ben cepat sahaja memotong percakapan Insyirah. Takut isteri majikannya itu perasan sesuatu yang sebenarnya berlaku di sini. Takkan Ben hendak memberitahu bahawa Adam yang memberikan alamat Insyirah sekarang. Nanti tidak fasal-fasal tidak sempurna pula tubuh badannya selepas ini.

Insyirah mengerutkan dahi. Simple? Adakah itu jawapan sebenarnya ? Takkan terserempak pula ? Entah kenapa mood Insyirah seakan tiada sekarang ini menyebabkan dia malas untuk bertanya lebih lanjut.

"Okay." Insyirah tersenyum nipis.

Sekarang ini giliran Ben pula untuk berdiam diri. Walaupun dia berasa lega bahawa Insyirah tidak bertanya lebih lanjut tetapi isteri majikannya itu tidak pernah begini. Pasti ada sahaja yang keluar dari mulut murainya jika ada sesuatu yang musykil.

"Are you okay madam? Everything is fine right?" Insyirah mengangguk tanda mengiyakan.

"Where is my husband?" Insyirah memandang Ben. Nada suaranya juga cukup lembut dan perlahan.

Adam mula tersenyum di hujung sana. Senyuman yang agak tipis dan lembut. Sebenarnya baju Ben dilengkapi dengan alat yang persis perakam suara atau speaker agar dia boleh mendengar suara isterinya itu. Tidak lupa juga , telinga Ben mengandungi fon telinga yang bersaiz kecil bagi memudahkan kerja Adam menyampaikan sesuatu jika Ben buntu untuk menjawabnya.

"General still working madam. Don't worry, he'll be back soon." Insyirah mengangguk lagi. Entah apa lagi yang hendak dibual sebenarnya.

"Ask her if she want to meet me."

Ben berdehem. Suara Adam jelas menyapa gegendang telinganya.

"Madam, do you want to meet General? If you want, just say it."

Insyirah memandang Ben. Adakah lelaki di hadapannya itu sedang bergurau?

"Ben, he is busy. I know that he has no time to meet me especially on this weeks. I understand." Insyirah ketawa perlahan dan hambar. Mana mungkin Adam mempunyai masa untuk diluangkan bersamanya.

Adam terdiam. Dia sedikit terkesan dengan jawapan isterinya.

"Just tell me madam. Do you?"

Insyirah perlahan-lahan mengangguk walaupun dia tahu bahawa suaminya tidak akan menjenguknya walaupun sekejap. Ben tersenyum nipis. Dia mendongak memandang langit.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now