Bab 19

16.5K 1.1K 70
                                    


"Adam Muhammad Sanchez!" Teriakan Insyirah Zahra mula bergema di dalam villa besar itu. Adam yang sedang leka menonton televisyen itu terkejut apabila mendengar suara bingit isterinya. Apa yang dimarahkan sangat tu?

"Kau dah kenapa makcik?" Dalam diam Adam sempat memuji Insyirah kerana berjaya mengetahui nama penuhnya. Al-maklumlah jejaka itu langsung tidak pernah memberitahu perihal nama penuhnya kepada Insyirah. Sijil pernikahan mereka pun berada di tangan jejaka itu sejak 4 tahun yang lepas. Jangan hairanlah kenapa Insyirah nampak seperti tidak tahu menahu di dalam perkahwinan ini.

Adam mengerling Insyirah sekilas lalu segera mengalihkan fokus ke arah kaca televisyen kembali.

"Mana telefon saya?" Insyirah segera duduk di sebelah Adam dengan muka tidak puas hati. Adam menjongket bahu. Nampak sangat acuh tidak acuh sahaja dia melayan Insyirah.

"Abang janganlah main-main! Saya tahu abang yang sorok." Insyirah memukul lengan Adam perlahan. Adam menghela nafas berat lalu wajah Insyirah ditatap tajam.

"Sebab telefon kau berani tinggikan suara? Menjerit tak tentu pasal tu sebab telefon lah rupanya?" Adam bertanya dingin. Keluhan kasar dilepaskan lalu dia segera memandang televisyen kembali. Rancangan televisyen itu langsung tidak menarik minatnya. Hatinya berasa panas sekarang.

"Dah awak tak nak mengaku." Insyirah bersuara perlahan. Tangan suaminya cuba diraih namun Adam menarik tangannya kembali. Wajahnya tidak dipalingkan sama sekali ke arah Insyirah.

"Kalau aku tak nak mengaku kenapa? Suka hati aku lah nak pegang. Kau curang ke apa? Lain macam cuak kau sekarang ni." Sinis sahaja nada yang dilontarkan oleh jejaka itu. Adam pun tidak tahu mengapa dia terfikir untuk berkata sedemikian. Insyirah tersentak lalu memandang wajah suaminya dengan riak tidak percaya.

"Sampai hati awak kan. Saya percaya dekat awak tapi awak? Sanggup awak fitnah saya. Dahlah, awak peganglah telefon tu. Saya tak kisah, " Insyirah berkata lemah. Dia bangkit lalu perlahan-lahan mengorak langkah ke bilik mereka. Air matanya tidak henti-henti mengalir sepanjang perjalanannya ke bilik.

Adam seperti biasa hanya mendiamkan diri. Tiada niat langsung untuk meminta maaf dan memujuk isterinya itu.

Insyirah merintih dan menangis dalam diam di bilik mereka. Tidak sangka sungguh apabila kata-kata itu keluar dari mulut insan yang dia cintai. Hati Insyirah sangat sakit dan kecewa. Dia mengetap bibir apabila mengenangkan sikap Adam yang langsung tidak meminta maaf atas kesilapannya sebentar tadi.

Insyirah memejamkan matanya lalu perlahan-lahan berbaring di atas katil. Selimut ditutup sehingga ke paras dada. Akhirnya Insyirah terlelap dengan air mata yang masih mengalir di pipinya.

Adam meneguk secawan teh lalu bergerak menuju ke tingkat atas. Dia tahu pasti isterinya itu akan menangis kemudian terlelap tanpa sedar. Adam melangkah masuk ke dalam master room. Tombol pintu dipulas perlahan. Adam merapati sang isteri lalu duduk di birai katil. Kedua tangan sasanya diletakkan di setiap sisi kepala Insyirah. Kepalanya ditundukkan sedikit untuk mengucup dahi bidadarinya. Sisa air mata Insyirah dikesat perlahan.

"Aku minta maaf." Dia berkata lembut dan perlahan. Hanya itu sahaja cara yang membuatkan Insyirah berhenti bertanya tentang telefon pintarnya.

"Sleep tight baby."

Sebuah kotak sederhana dari laci dikeluarkan lalu diletakkan di sebelah isterinya itu. Kemudian dia segera melangkah keluar dari bilik.

* * *


Insyirah mencelikkan matanya lalu menguap kecil. Dia segera bangun lalu duduk bersila di atas katil. Matanya mula tertancap ke arah kotak di sebelahnya. Insyirah membeliakkan matanya lalu menggosok matanya berulang-ulang kali.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now