Bab 8

20.9K 1.2K 136
                                    

Adam menyulam kemas tangan Insyirah dalam jari-jemarinya penuh erat. Ben pula membantu dengan membawa dua beg beroda pasangan suami isteri itu. Insyirah melilaukan matanya ke kiri dan ke kanan. Rasa takjub seketika apabila melihat suasana negara orang yang tidak pernah dijejakinya.

"Ini bukan Malaysia. Kau jangan berani nak lepas tangan dari aku. Kalau sesat aku tak nak cari." Adam memperbetulkan tudung Insyirah yang rosak di bahagian belakang menggunakan tangan yang lagi satu.

"Awak akan cari." Insyirah membalas selamba. Adam berdecit. Yakin sangat isterinya ini.

Mereka bertiga keluar dari kawasan lapangan terbang tersebut. Tidak sampai beberapa minit mereka menunggu di luar, kereta limousin hitam mula berhenti di hadapan mereka. Tanpa membuang masa, Adam membuka pintu tersebut dan membenarkan Insyirah masuk terlebih dahulu lalu diikuti oleh Ben.

Adam berbual dengan pemandu kereta tersebut dalam bahasa Itali. Insyirah hanya mampu membatukan diri manakala Ben sedang sibuk memerhatikan iPad-nya. Insyirah agak terkedu sekarang. Rasa macam tidak percaya yang dia datang dengan kapal terbang persendirian kemudian dijemput oleh kereta limousin hitam mewah itu.

Adam mengerling Insyirah sekilas. Hari sudahpun larut malam memandangkan mereka tiba di Rom agak lewat dari jangkaan. Insyirah menguap dan menggosok-gosok matanya.

"Mengantuk?"

Insyirah menggeleng. Adam menggulingkan matanya apabila melihat perangai Insyirah yang suka sangat berbohong dengan diri sendiri.

"Kejap lagi sampai. Sabar."

Insyirah menguap lagi. Kali ni lebih besar berbanding tadi. Entah kenapa mengantuknya semakin bertambah pula walhal dia sudah tidur lebih tiga jam di dalam kapal terbang.

"Awak..."

"Hmm..." Adam menoleh ke arah isterinya sekilas. Telefon pintarnya dimasukkan ke dalam kocek seluar jeans semula.

"Sini jap. Saya tak larat nak gerak..."

Adam mengerutkan dahinya.

"Kenapa pula tak larat? Buang tabiat ke apa?"

Wajah Insyirah berubah masam. Lengan suaminya itu ditarik agar datang mendekat. Adam berdecit lalu memukul perlahan lengan isterinya itu.

"Kejap lah sengal. Menyusahkan." Adam segera merapatkan dirinya dengan isterinya itu. Muka Insyirah jelas sangat menunjukkan bahawa dia sangat mengantuk. Seusai sahaja Adam duduk di sebelah Insyirah, Insyirah terus sahaja meminjam bahu Adam dan melelapkan mata. Kepalanya dilentokkan di atas bahu jejaka itu.

Adam mengalihkan kepala Insyirah dari berbaring atas bahunya.

"Nak tidur..." Insyirah mencebik lalu berkata perlahan. Sedikit terasa dengan tindakan suaminya.

"Sini..." Adam menarik tubuh Insyirah dan dibawa ke dalam dakapannya. Kepala Insyirah diusap perlahan. Tangan Insyirah ditarik dan dilingkarkan di pinggangnya. Insyirah mengeratkan pelukan lalu memejamkan mata.

Adam memandang Insyirah yang sudapun tertidur dengan dengkuran halus yang kedengaran. Badan isterinya itu diusap lembut. Penat sangat agaknya.

"Good night my princess." Dahi Insyirah dikucup sayang.

"Paul, please stop at the front. I will go to the villa tomorrow." Adam berkata perlahan lalu memandang ke arah Paul yang sedang memandu. Kebetulan ada hotel di hadapan sana. Tidak perlulah Insyirah menahan seksa tidur dengan posisi tidak selesa sebegini.

"But you need to stay in your villa General."

Adam memandang isterinya itu. Dia menghela nafas panjang.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now