Bab 18

16.3K 1.1K 29
                                    


Adam memisatkan matanya perlahan lalu mengalihkan pandangan ke arah Insyirah di sebelah. Kepala gadis itu diusap sayang. Mata Adam tertancap pula ke arah iPhone Insyirah di atas meja. Tanpa membuang masa, Adam mula mengambil telefon pintar isrerinya itu.

Adam mengetap bibir. Patutlah wajah isterinya itu muram sahaja seperti yang dia lihat dalam rakaman CCTV tempoh hari. iPhone Insyirah diambil dan disimpan ke dalam laci. Mata Adam beralih ke arah isterinya itu. Bahu Insyirah digoyangkan perlahan. Insyirah mencelikkan matanya lalu segera duduk bersila.

"Pergi buat sarapan. Aku nak solat subuh dulu." Tanpa disuruh buat kali kedua, Insyirah terus sahaja bangun dari katil lalu mengikat rambutnya satu. Tualanya dicapai lalu dia segera masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Adam ketawa kecil. Insyirah masih mamai ya?

Seusai sahaja Adam solat subuh, Insyirah segera turun ke bawah menyediakan sarapan manakala Adam mula menuju ke arah gim di kawasan belakang villa itu.

Adam meneguk air mineral itu perlahan. Mesej yang dihantar oleh ayahnya kepada Insyirah mula bermain-main di layar mindanya. Tanpa sedar, dia mula mendengus kasar. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pekerjaannya dijadikan umpan untuk merebut kepercayaan Insyirah terhadap dirinya.

"U dont know? Srsly? He's with someone better right now better than you, I think. Adam jalankan misi yang agak bahaya."

Hati Adam sedikit terusik dengan ayat tersebut. Mengapa mesti ada manusia yang cuba untuk meruntuhkan masjid mereka berdua?

Kalaulah Insyirah tahu akan pekerjaannya. Apakah reaksi gadis itu?

Adam mengeluh. Keluhan yang agak berat dilepaskan. Dia segera berdiri dan memandang punching bag di hadapannya. Adam segera menumbuk punching bag tersebut dengan perasaan marah. Kemudian, tumbukan tersebut menjadi perlahan dan lemah. Adam memegang punching bag itu lalu meletakkan dahinya di situ.

Chris Sanchez semakin berani membongkarkan identitinya yang dia rahsiakan selama ini. Adam takut. Adam takut Insyirah akan tinggalkan dia.

Adam mengetap bibirnya. Matanya sedikit merah. Dia segera keluar dari gim miliknya lalu masuk ke dalam villa. Insyirah yang sedang tekun menyusun lauk di atas meja dipandang sekilas.

"Eh, baru je nak panggil abang. Tak apa, abang duduklah." Insyirah tersenyum sehingga menimbulkan lesung pipi yang terdapat pada kedua belah pipinya. Adam tidak dapat nafikan bahawa senyuman Insyirah sentiasa mendapat tempat di hatinya. Hati Adam sedikit terubat dengan senyuman isterinya itu.

Adam memandang Insyirah dalam. Dia tidak berganjak langsung dari tempatnya. Lain pula bagi Insyirah, kerana dia sibuk mencuci tangan lalu membuka apron yang tersarung pada tubuhnya. Insyirah memandang Adam pelik. Kenapa pula suaminya ini?

"Abang okey tak ni?" Insyirah menghampiri Adam. Mata Adam nampak merah sedikit membuatkan Insyirah sedikit risau. Pipi suaminya diusap lembut.

Pinggang Insyirah ditarik rapat ke arah tubuhnya. Kedua tangannya melingkar elok di situ. Matanya masih memandang tepat wajah Insyirah. Langsung tidak berganjak sedari tadi.

"Janganlah diam macam ni. Saya risau tahu tak?" Memang jelas yang riak wajah Insyirah sungguh risau dengan telatah suaminya. Apa yang menganggu fikiran Adam sebenarnya?

"Abang...please say something. Saya ada buat salah ke? Saya ada sakitkan hati abang ya?" Insyirah pula yang sudah berubah muram. Risau dan sedih bercampur aduk dalam hatinya.

Perlahan suaminya itu menggeleng. Insyirah mengeluh lega apabila suaminya itu mula menunjukkan tindak balas.

"Kalau abang tak nak cerita sekarang, tak apa. Abang makan dulu nak?" Insyirah masih memujuk. Pipi suaminya itu masih diusap sayang seperti tadi. Apa yang menganggu fikiran suaminya?

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now