Bab 13

17.2K 1.1K 33
                                    

Adam menyelinap masuk ke dalam sebuah bangunan usang yang terletak jauh di tengah hutan belantara. Jejaka itu mula menghela nafas. Pistol kesayangannya diselitkan di bahagian belakang badan dengan cermat.

Hidung palsu miliknya diperbetulkan. Kumis dan topi juga turut diperkemaskan. Jejaka itu sebenarnya sedang menyamar sebagai salah satu rakan kongsi dalam penyebaran dadah dan misil nuklear itu. Kakinya mula melangkah masuk ke dalam pintu utama dan memandang 'rakan-rakan kongsinya' itu dengan serius.

"How about our argument last night? You said it start today." Salah seorang pemuda mula menyapa Adam membuatkan lelaki itu kejung seketika. Perbincangan apa yang dimaksudkan oleh mereka?

"What? Argument about what? You know champagne.. make me forgot certain things..." Adam ketawa menyebabkan orang lain turut ketawa. Adam mula membetulkan kotak suaranya lalu memandang mereka semua dengan serius. Ini kerja gila, takkan semua manusia ini perlu dia bunuh? Hanya separuh sahaja yang ada di dalam gambar yang pernah ditunjukkan oleh Clara kepadanya. Yang lain?

Seseorang pemuda yang agak muda dan bengis memandang Adam dari hujung rambut hingga hujung kaki. Dia dapat mengesyaki sesuatu yang agak lain bagi ketua mereka.

"Champagne? Are you? You never drink it before..." Pemuda itu berkira-kira untuk mengeluarkan sepucuk pistol dari sisi pinggangnya. Orang lain turut memandang Adam dengan riak yang sukar ditafsirkan. Ada yang mula berdiri, mencapai pistol dan sebagainya.

Adam ketawa sinis.

"Asshole, really? You want me to confirm that i'm your leader?" Adam menghalakan pistol ke arah Jason, pemuda yang menuduh Adam sebentar tadi. Jason menurunkan pistolnya lalu mengangkat tangan ke udara. Kepalanya digelengkan laju.

"Wo wo wo, captain. Im sorry. You know me well. Concern,"

Adam menjeling kasar lalu memandang mereka yang lain. Orang lain juga turut menurunkan pistol milik mereka dengan pantas. Ada yang menunduk lalu menyambung kerja mereka kembali.

"You just fucking shit bastard. Do your work before I kill you," Muka bengis Adam menyapa Jason. Jason mengangguk lalu menuju ke mejanya untuk menyusun dadah mengikut kategori. Adam memperbetulkan kumisnya. Dia merengangkan urat lehernya lalu menghela nafas kasar. Celaka! Inilah kerja paling bodoh yang pernah dia lakukan.

Adam mula berjalan-jalan untuk memerhatikan segenap ruang kawasan itu. Mujur sahaja muka Jason berlegar-legar di ruang kepalanya. Kalau tidak, memang nahas dia kena tembak oleh mereka.

"Where is the others? Lotto? Vans? Evans? Grams ?" Adam menyebut antara nama yang ingin dibunuhnya termasuk Jason, orang kanan bagi operasi ini. Jason juga adalah sel tidur yang terkuat antara mereka. Entah kenapa, wajah isterinya terbayang-bayang di layar mindanya tika ini. Rasa sakit di dalam jiwanya mula bertandang namun segera ditepis.

"Their are going to meet Jiuy and talk about our plan."

Adam mengangguk perlahan. Adam merenung tajam ke arah Jason apabila lelaki itu masih asyik melihat wajahnya. Ketua mereka bernama Imaj dan Adam baru sahaja membunuhnya sebentar tadi selepas mendapatkan maklumat penting mengenai sel tidur mereka. Mayat Imaj Adam arahkan orang kanannya yang lain untuk menguruskannya. Ada kerja yang lebih penting dan mencabar menanti dirinya. Dia perlu bertemu dengan ketua sel tidur bagi misil dan dadah ini. Berapa banyak orang sanggup berkorban demi menyorokkan hal ini?

Jason melarikan lirikan matanya apabila Adam mula menghampirinya.

Adam mengeluarkan pistol miliknya lalu diacukan ke kepala Jason.

"Do you want this bullet play around in your head? Like your sister..." Jason mula mendongak pantas. Adam sudahpun mengetahui masa silam dan identiti orang-orang yang bakal dibunuhnya kelak. Sungguh menyusahkan kehidupan betul.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now