Bab 2

27K 1.6K 50
                                    

Adam membuat reaksi menyampah terhadap keingkaran dan kedegilan gadis di hadapannya ini. Wajah Insyirah ditenung sedalam yang mungkin agar gadis tersebut faham mengapa Adam berbuat sedemikian. Keputusan ini adalah untuk kebaikan di antara kedua belah pihak juga.

"Tak ada. Saya nak kerja dekat kedai bunga tu ja. Taknak jadi PA awak. Fullstop, comma and everything. Muktamad!" Insyirah membidas tegas. Bibirnya dicebikkan tanda kegeraman. Suka-suka sahaja suaminya itu mengarahkan dia untuk berhenti kerja di kedai bunga miliknya. Adam menghela nafas panjang. Rasa macam nak marah sahaja sekarang apabila gadis itu masih degil dengan keputusannya.

"Siapa suami sekarang ni? Kau ke aku? Pandai-pandai kau buat keputusan. Tak payah nak melawan. Keputusan aku pun muktamad!"

Insyirah tiba-tiba diam tak berkutik. Sejujurnya, dia kehilangan kata-kata untuk membalas suaminya itu. Tapi ada betulnya juga kata Adam. Mengapa pula Insyirah hendak melawan sebegini rupa? Bukannya berhenti kerja terus. Adam masih lagi baik hati untuk membenarkan dia bekerja tetapi sebagai Personal Assistant suaminya itu. Nafasnya dihela.

Personal Assistant.

Bukan apa, cuma Adam ni pembuli. Keputusan perlu dibuat dengan fikir masak-masak.

"Ta-tapi..." Insyirah mengerdipkan matanya beberapa kali di hadapan Adam. Sebenarnya dia memang berharap agar suatu keajaiban akan berlaku apabila dia menayangkan wajah comelnya. Kelihatan riak wajah Adam berubah sedikit. Dia tergoda ke?

"No Insyirah. Ingat aku tergoda dengan aksi kau tu? Tolonglah. Aku sanggup buta daripada tengok kau buat muka macam tu." Adam tersengih sinis. Jam tangannya dikerling sekilas. Takut perbualan mereka berlanjutan terlalu lama sehingga lambat sampai ke syarikat Adam.

Insyirah mencebik bibir dengan riak wajah yang sungguh bengang. Hodoh sangat ke wajahnya tadi sampai Adam sanggup memilih untuk menjadi buta?

Insyirah melangkah perlahan ke arah sofa lalu melabuhkan punggung di situ. Adam juga turut mengikuti isterinya itu lalu melabuhkan punggung di sebelah Insyirah.

"So?"

Insyirah menjeling. Memang menyampah gila dengan Adam buat masa sekarang. Tidak tahulah sama ada lelaki itu buat bodoh atau memang bodoh sebenarnya.

"So apa lagi? Keputusan semua dekat tangan awak. Buat apa tanya saya kalau awak tak terima pendapat saya? Menyampah." Insyirah menyilangkan tangannya ke dada. Adam mengetap bibir lalu mengusap belakang tengkuknya. Terasa bersalah sedikit apabila Insyirah seakan-akan berjauh hati dengannya. Salahnya juga bertanya kalau pendapat orang lain tak nak diterima.

"Bagus." Pipi Insyirah dikucup lembut lalu kepala isterinya itu diusap sayang.

"Cepat berkemas. Kerja start hari ni."

Melopong mulut Insyirah dibuatnya. Sudahlah suaminya itu memaksa dia untuk berhenti kerja dan sekarang dipaksa pula untuk masuk kerja hari ini?

"Yang kau duk tercegat lagi dah kenapa? Ya Allah." Adam menyoal bengang. Tangannya naik meraup kasar wajahnya.

"Tak boleh ke saya mula esok? Nak rehat." Insyirah bertanya lembut. Wajah suaminya itu dipandang dengan riak simpati. Bibirnya dicebikkan sekali lagi tanda merayu yang teramat.

Adam menarik bibir Insyirah lalu menggeleng. Suka sangat mengada isteri dia seorang ni.

"Tak bolehlah. Dah, pergi bersiap. Pakai baju sedondon dengan aku."

Insyirah mengangguk lemah. Dia bingkas bangun lalu melangkah menuju ke bilik mereka suami isteri. Rasa macam nak menangis pula. Suka-suka sahaja Adam mengarahnya!

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now