Bab 16

16.6K 1K 114
                                    


Hubungan Insyirah dan Adam masih tetap sama. Sentiasa penuh dengan keegoan dan masih berjauhan. Sejujurnya , Adam jarang sekali menghubunginya semenjak dua menjak ni. Sibuk barangkali.

Insyirah melunjurkan kakinya di atas sofa yang besar itu. iPhone diambil lalu laju sahaja tangannya menekan punat games yang tertera. Sesekali dia mengeluh lalu mematikan iPhone nya kembali. Semuanya bosan dan Insyirah sudah jemu dengan benda tersebut. Apa yang disentuhnya sekejap sahaja dia merasa bosan. Itulah yang dia akan lakukan jika teringat tentang lelaki itu.

TING !

Satu pesanan ringkas masuk. Insyirah menoleh ke arah iPhonenya lalu mencapai iPhone tersebut. Screenlock digeserkan lalu terpaparlah satu pesanan ringkas dari nombor yang tidak diketahui asal usulnya.

"Holla daughter."

Dengan serta-merta dahi gadis itu berkerut hebat. Siapa pula manusia yang tiba-tiba sahaja mengaku bahawa Insyirah anak dia ? Ibu dan ayahnya sudah meninggal 2 tahun lepas akibat sakit tua. Lagipun , Insyirah merupakan anak tunggal. Anda boleh lihat betapa sunyinya hidup gadis itu.

Insyirah tidak mengendahkan mesej tersebut lalu memejamkan mata miliknya. Satu keluhan terbit dari bibir mungilnya lalu kepalanya disandarkan di kepala sofa.

TING !

Insyirah segera berpaling ke arah iPhonenya kembali apabila satu pesanan ringkas tiba sekali lagi.

"Hello there? Daughter?"

Insyirah merengus geram. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah orang seberang sana.

"SORRY , BUT IM NOT YOUR DAUGHTER . WRONG NUMBER."

Insyirah segera menekan punat hantar. Kesemua huruf besar dia gunakan untuk menunjukkan betapa bengangnya dia.

TING !

Insyirah menjulingkan matanya ke atas. Apalagi masalah nombor ni? Bukan nombor tapi orang punya nombor. Hanya satu sahaja yang terlintas di fikirannya saat ini. Nak tahu apa? Block! Tangannya laju sahaja ingin menekan punat block tersebut namun tindakannya terjeda.

"U're my daughter. Know me? Chris Sanchez. Ur husbnd's father. Miss u sweetie."

Insyirah membaca pesanan ringkas itu berulang kali. Matanya digosok-gosok perlahan. Chris Sanchez? Bapa mertuanya? Macam mana pula lelaki itu tahu akan nombornya? Insyirah sudah merasakan seram sejuk keseluruhan badannya. Ada suatu perasaan risau dan takut hadir dalam dirinya memandangkan hubungan Adam dan ayahnya juga tidaklah seelok mana.

"Ouh, sorry"

Insyirah mengetap bibirnya. Itu sahaja yang mampu dia balas sekarang. Arahan Adam berlegar-legar di dalam kotak fikirannya.

Jika bapa mertuanya itu ingin berbaik macam mana pula? Apa yang Insyirah perlu lakukan? Bibirnya diketap lalu dia mengeluh perlahan. Dia tersepit. Tersepit di antara perintah suami dan bapa mertuanya.

TING !

Insyirah tersentak lalu cepat sahaja gadis itu melihat pesanan yang baru sahaja tiba.

"Nah, its ok. Hw are u? Feeling great? Adam still jalankan misi right? Boleh papa nak jumpa kamu?"

Insyirah mengerutkan dahi miliknya. Misi? Suaminya itu jalankan misi? Tetapi yang paling mengejutkan dia setakat ini adalah bapa mertuanya itu pandai berbahasa melayu. Gadis itu terkejut bagai nak rak. Baru dia perasan setelah membaca pesanan itu berulang kali memandangkan otaknya memproses tentang kerja suaminya. Apa yang suaminya itu lakukan sebenarnya? Kenapa perlu tinggalkan dia dengan jangka masa yang lama? Bukan perlu tapi wajib.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now