Bab 17

17K 1.1K 44
                                    


Akhirnya sebulan pun berlalu. Adam berdecit perlahan apabila melihat tingkah isterinya yang khusyuk menonton televisyen. Lelaki itu masih statik berdiri di celahan bukaan pintu. Sedikit tergamam barangkali. Sejujurnya , hampir tiga kali lelaki itu memberi salam namun langsung tidak dibalas. Adam menggeleng kepalanya perlahan. Beg beroda diletakkan di sisi pintu lalu pintu rumah mereka ditutup rapi.

Perlahan-lahan lelaki itu melangkah ke arah Insyirah. Adam berdehem perlahan. Kepalanya sudah merancana satu rancangan untuk menakutkan sang isteri. Telefonnya dikeluarkan lalu tangannya tangkas sahaja menekan punat di kaca skrin itu. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

Volume telefonnya dikuatkan ke tahap yang maksimum. Butang Play ditekan lalu bergema suara ngilain perempuan yang sangat menyeramkan di dalam villa itu.

Insyirah sudah terkaku di sofa. Air liurnya diteguk kasar. Suara ngilaian itu sangat jelas di deria pendengarannya. Semakin lama suara itu semakin mendekat dan nyaring. Insyirah mengetap bibir. Bibir gadis itu terkumat-kamit membaca surah-surah yang terlintas di fikirannya. Insyirah menekup telinga dengan pantas lalu menutup mata.

"Jangan ganggu saya! Saya tak kacau kamu pun! Go away!" Jerkahnya lantang. Air matanya sudah bertakung di tubir mata kerana terlalu takut.

Tidak lama kemudian , suara ngilaian itu diganti pula dengan suara dekahan seorang manusia. Insyirah membuka matanya perlahan. Kepalanya ditolehkan perlahan ke belakang walaupun gadis itu masih berasa takut yang teramat.

Melihat wajah insan itu , air matanya semakin merembes keluar. Adam masih lagi dengan gelak tawanya tanpa melihat wajah sang isteri.

Tawanya terhenti apabila terdengar tangisan halus dan sayu di hadapannya. Adam tergamam. Insyirah sudahpun duduk semula di sofa sambil menyembamkan wajahnya di lutut. Adam spontan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Insyirah?"

Lelaki itu mula duduk di sebelah isterinya. Kini , keluhan kasar pula terbit di bibirnya. Mungkin perasaan bersalah menghantui jiwa lelakinya.

"Tengok aku sini."

Insyirah masih begitu. Tidak mahu langsung mengangkat muka memandang suaminya.

"Insyirah..."

Insyirah segera memeluk suaminya lalu menyembamkan muka di situ. Adam mengusap sayang kepala isterinya. Segala tumbukan dihadiahkan Insyirah buat Adam. Adam hanya mengerutkan mukanya sedikit apabila Insyirah memukul dadanya.

"Lain kali tak payah lah buat bunyi macam tu! Scary tahu tak!"

Adam tersenyum simpul.

"Aku tak tahu lah pulak kalau benda tu scary." Sungguh sarkastik dia menjawab. Bibirnya mengukir senyuman senget.

Insyirah mencebik lalu merungkaikan pelukan. Tangannya naik mengesat sisa air matanya.

"Bila abang balik ni?"

Adam menggulingkan matanya lalu berdecit perlahan.

"Lain kali kalau diri tu pekak, perlahan kan sikit volume tv tu. Aku beri salam lebih 3 kali kot." Datar sahaja suaminya itu menjawab. Insyirah tersengih lalu membuat tanda ampun di hadapan suaminya.

"Asal abang makin kurus ni?" Insyirah mencucuk lembut pipi suaminya yang kelihatan sedikit cekung.

"Sejak bila aku kurus pulak ni? Kau tak nampak ke badan aku lagi besar dari kau?" Adam berdecit. Seiingat Adam, pemakanannya terjaga semasa dia menjalankan misi di sana.

"Pipi awak nampak cekung. Ee, tak hensem!"

Tanpa segan silu, tangan Adam naik menunjal dahi isterinya.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now