Bab 5

22.8K 1.2K 30
                                    


Insyirah duduk di ruang tamu dengan kakinya bersila di atas sofa. Hari sabtu sekali lagi membuka tirainya dan seperti biasa pasangan suami isteri itu lebih suka meluangkan masa di rumah. Tangan Insyirah naik menongkat dagu. Dia menghela nafas panjang.

Mindanya asyik mengimbas kembali peristiwa kelmarin. Sungguh pelik dan aneh. Kenapa boleh tiba-tiba sahaja mereka boleh berada di rumah? Perkara yang lagi pelik ialah dia seakan-akan baru bangun dari lena yang panjang dan menyakitkan. Insyirah juga dilanda demam panas semalam dan lengan kanannya sangat sakit ibarat bekas ditusuk sesuatu.

Adam turun dari tingkas atas yakni bilik mereka berdua dengan rambut yang dikeringkan menggunakan tuala berwarna putih. Insyirah yang tengah mengelamun di atas sofa dikerling sekilas. Adam tahu bahawa isterinya itu sedang memikirkan kejadian yang berlaku semalam. Adam menghela nafas lalu menuju ke dapur. Jelas sekali bahawa jejaka itu tidak menghiraukan isterinya yang dilanda kebingungan.

Seusai dia minum Twister yang diambil dari peti sejuk, kakinya mula berganjak keluar dari ruang dapur. Susuk tubuh isterinya yang sedang duduk di sofa itu dituju. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Insyirah. Adam sekali lagi mengeluh apabila melihat isterinya itu masih mengelamun. Kening isterinya itu juga kerap kali berkerut.

Kali ini, Insyirah mengetap bibirnya. Mindanya langsung tidak memberi kerjasama dalam proses mengingati peristiwa kelmarin. Insyirah yakin pasti ada sesuatu yang berlaku kelmarin. Mesti ada sesuatu.

"Makcik..."

Insyirah tersentak hebat lalu tangan yang menopang dagunya sebentar tadi jatuh serta-merta. Insyirah mengurut dadanya sambil memandang Adam di sebelah. Sejak bila pula suami tercintanya itu duduk di sebelahnya?

"Apa?" Insyirah menyoal dengan nada tinggi akibat terlalu terkejut. Tangannya masih setia mengurut dadanya lalu dia menarik nafas panjang. Cuba untuk memperbetulkan degupan jantung agar kembali normal.

"Kau mengelamun apa? Siap berkerut-kerut lagi..."

Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Rasanya perumpamaan itu yang sesuai buat jejaka itu. Bukannya dia tidak tahu apa yang menganggu fikiran isterinya itu sedari tadi. Sengaja dia bertanya sedemikian untuk mendengar jawapan yang keluar dari bibir mungil Insyirah sendiri.

"Kalau nak masuk tanjung rambutan, beritahu aku awal-awal..." Tambahnya lagi bersama senyuman sinis terlakar elok di bibirnya.

Insyirah mencebik lalu menjeling tajam sang suami yang melabuhkan punggung di sisinya.

"What? Aku cakap benda betul kan." Adam tersenyum sinis sekali lagi. Tangan kirinya naik memeluk bahu Insyirah lalu dibawa rapat ke tubuhnya. Bahu gadis itu diusap penuh lembut dan sayang.

"Whatever." Insyirah menjawab malas. Tangannya naik menyilang di dada. Wajahnya serius memandang ke hadapan kerana tidak mahu memandang wajah Adam di sisi. Dibiarkan sahaja suaminya itu memeluk bahunya seperti tunggul.

"Okay, nanti aku hantar petang ni sebab aku pun tak nak ambil risiko." Adam menahan tawanya daripada terlepas. Dia berdehem perlahan untuk memperbetulkan kotak suaranya. Takut sang isteri perasan yang dia ingin ketawa. Suka sangat pendam ketawa seorang diri. Bahagian beku itu pula dipamerkan tanpa segan silu.

Insyirah mengetap bibirnya. Dia membenarkan sahaja suaminya itu mengejek dan mengata dirinya semampu yang boleh. Tidak kisah apabila hatinya terguris walaupun sedikit. Hatinya telah menjadi sedikit kental apabila memegang status Mrs. Adam.

"Kau mengelamun apa pula kali ni mak nenek?" Adam memetik jarinya di hadapan muka Insyirah. Isterinya itu hanya diam tidak berkutik sedari tadi. Selalunya Insyirah akan membalas dan membidas dengan penuh lantang apabila Adam mengejeknya. Kali ini, Insyirah jadi perempuan yang baik pula apabila langsung tidak memberi sebarang tindak balas.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now