Bab 7

19.5K 1.2K 28
                                    

Barang-barang yang perlu dibawa sudah siap dikemaskankan oleh Insyirah. Mereka hanya membawa dua bagasi beroda sahaja atas arahan Adam.

"Tak perlu bawa banyak barang. Kat sana boleh beli nanti." Itulah kata-kata yang keluar dari bibir Adam semasa Insyirah sedang mengemas pakaian mereka sebentar tadi. Sebagai isteri yang mithali, Insyirah hanya patuh sahaja dengan arahan suaminya.

"Dah siap ke?" Adam membuka pintu bilik lalu mengorak langkah menghampiri Insyirah yang sedang duduk di birai katil. Insyirah sedang menyarungkan handsocks pada tangannya. Kemudian, stokin berwarna hitam disarungkan pula pada kedua kakinya. Adam tersenyum nipis.

"Kejap eh." Insyirah menjawab perlahan. Adam mengangguk lalu segera mengambil dua bagasi beroda lalu dibawa ke pegangannya.

Setelah selesai mengemas apa yang patut, Insyirah segera menuju ke arah suaminya.

"Dah siap?"

Insyirah mengangguk perlahan lalu mereka berdua keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah. Insyirah memandang dekorasi rumah banglonya itu buat kali terakhir. Entah bila mereka akan menjejakkan kaki ke sini semula. Insyirah pasti akan merindukan ini.

Adam mengusap kepala Insyirah apabila melihat wajah mendung isterinya itu.

"Kenapa? Berat hati pulak dah?"

Insyirah mengangguk lalu mencebik. Adam menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum nipis.

"Tak payah sedih sangat. Kita bukannya tinggal selama-lamanya dekat Rom. Dah jom keluar."

Insyirah mengangguk lalu mereka berdua keluar dari perkarangan rumah dan menuju ke kereta. Adam meletakkan dua beg beroda itu di dalam bonet kereta. Insyirah mengeluarkan telefon pintarnya lalu mengambil gambar rumah mereka.

"Bye, rumah." Insyirah melambaikan tangannya pada rumah tersebut lalu meloloskan diri ke dalam kereta.

SESAMPAINYA di lapangan terbang, pasangan suami isteri itu disapa oleh Ben. Kemudian, Ben mengajak Adam dan Insyirah untuk mengikuti langkahnya menuju ke kapal terbang persendirian yang dihadiahkan oleh pihak atasan Rom kepada Adam. Adam menaiki kapal terbang itu juga semasa balik ke Malaysia kerana Adam tidak suka suasana yang sesak. Lebih selesa bersendirian dan sunyi. Pedulilah orang kata dia riak atau bongkak sekalipun, Adam memang tetap akan memilih kapal terbang persendirian miliknya.

"Makcik...makan tu elok-elok sikit lah." Adam menggelengkan kepalanya sambil memandang Insyirah yang duduk bertentangan dengannya. Isterinya itu makan terlalu gelojoh sehingga banyak butir nasi melekat pada pipi dan hujung bibir gadis itu. Isteri siapalah ni?

"Saya dah biasa makan macam ni. Awak tak perasan ke?"

Adam memejamkan matanya apabila banyak butir-butir nasi mengena pada wajahnya. Tisu yang diletakkan di hujung meja itu diambil lalu wajahnya dilap. Matanya tajam menikam wajah Insyirah.

"Makan dulu baru bercakap."

Insyirah mencebik bibir.

"Awak tanya saya jawablah."

Adam menggeleng lagi.

"Menjawab je kerja kau! Dah makan." Adam bersuara tegas. Mulut isterinya ini ibarat bertih jagung yang meloncat-loncat keluar. Tidak pandai diam mulutnya. Ada sahaja nak dijawab dan dibidas dengan akal panjangnya.

"Yelah." Insyirah mencebik.

Adam menyandarkan badannya ke sofa empuk di dalam kapal terbang itu. Kapal terbang persendirian tidak mempunyai terlalu banyak tempat duduk. Hanya beberapa sofa berwarna merah emas yang diletakkan di dalam. Perjalanan menuju ke Rom mengambil masa selama 13 jam memandangkan Adam amat mementingkan keselamatan. Tidak kisah jika terlalu lambat kerana pihak atasan Rom tidak memberi tarikh yang khusus untuk dia sampai ke sana.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now