Bab 6

20.9K 1.2K 95
                                    

Adam menoleh memandang Insyirah dengan kerutan di dahi. Insyirah mengetap bibirnya lalu tunduk memandang lantai. Matanya dipejam seketika manakala kedua-dua tangannya disulam kemas dan digenggam erat. Wajah suaminya yang bagai singa kelaparan itu tidak sanggup dilihat.

"Jadi dokumen tu mana?" Adam menyoal, dingin. Tangannya naik melonggarkan tali leher.

"Dekat rumah. I'm so sorry." Insyirah menjawab perlahan. Perasaan takutnya mula menguasai diri. Dokumen itu amat penting bagi Adam memandang lelaki itu ada mesyuarat penting pada hari ini di syarikat lain. Dokumen itu wajib dibawa bersama kerana kesemua maklumat penting ada di situ.

Adam memejamkan matanya. Nafas dihela kasar yakni cuba mengawal amarahnya terhadap sang isteri.

"Aku balik kejap." Tanpa menunggu balasan Insyirah, Adam segera berlalu keluar dari pejabat itu. Insyirah lambat-lambat mengangguk lalu memerhatikan kelibat suaminya yang sudah pergi dengan ekoran mata. Insyirah mengeluh berat. Dia sangat yakin bahawa Adam amat marah fasal kecuaian dirinya.

Selepas 20 minit,

Adam memasukkan kunci dalam lubang pintu lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah. Adam mengorak langkah menuju ke pejabat mininya di dalam rumah itu. Dokumen yang penting itu dicari di atas meja. Adam sudah menitipkan pesan agar isterinya itu membawa dokumen tersebut bersama tadi pagi namun lupa pula isterinya itu. Seusai dia menjumpai benda yang dia inginkan, kakinya makin pantas bergerak ke pintu utama lalu mengunci pintu tersebut.

Adam meloloskan diri ke dalam kereta Audi R8 itu lalu bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya.

Dokumen yang diletakkan di kerusi penumpang dikerling sekilas. Dokumen tersebut amat penting dan merupakan laporan misinya semasa di Rom. Kelmarin, wakil pihak atasan Rom telah datang ke Malaysia. Wakil pihak atasan tersebut ingin berjumpa dengan Adam pada hari ini untuk membuat penilaian serta menganalisa hasil kerjanya.

Mesyuarat penting yang perlu dihadiri di syarikat lain itu hanya rekaan semata-mata bagi mengaburi mata Insyirah. Adam belum bersedia untuk berkongsi cerita mengenai pekerjaannya yang satu ini.

Mata Adam hanya sempat menoleh sekilas ke arah syarikat namun tiada tanda-tanda untuk singgah di situ. Perjalanannya diteruskan untuk menuju ke destinasi seterusnya. Banyak masa terbuang ketika mengambil dokumen tersebut. Adam sangat kesuntukan masa.

Insyirah mengetap bibir. Masih bersalah atas kejadian tadi. Badannya disandarkan pada kerusi pejabat. Bibirnya dicebikkan. Walaupun itu semua adalah salah dirinya tetapi Adam tidak layak untuk membuat muka garang sebegitu. Takkan suaminya itu tidak tahu yang manusia mudah lupa?

Kemudian, wajahnya berubah suram kembali. Tangan kanannya naik memukul kepala sendiri.

"Kenapa kau boleh lupa Insyirah?" Dia mengomel dalam nada kesal. Kasihan suaminya itu. Meja Adam dipandang sambil menopang dagu. Jam di dinding dikerling sekilas. Adam sudah keluar lebih daripada 30 minit. Lokasi suaminya itu langsung tidak diketahui oleh Insyirah walaupun sebagai isteri atau sebagai pembantu peribadinya.

BEEP !

Telefon Insyirah bergetar. Mesej dari suaminya itu dibaca.

Adam ❤

Aku keluar jap memandangkan aku dah lambat. Kalau kau nak keluar pergi lunch, inform aku. Kau pergi mana2 pun plis inform aku. Got it?

Insyirah mengangguk tanpa sedar. Hm, macamlah suaminya itu nampak yang Insyirah sedang mengangguk. Insyirah tersenyum suka. Peluang ini akan diambil untuk 'melancong' di dalam syarikat Adam. Suaminya itu tidak pernah memberikan keizinan untuk pergi ke tingkat lain. Tapi sekarang?

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now