Bab 3

22.1K 1.4K 30
                                    


Hari ini adalah hari sabtu yang bermaksud hari cuti bagi Syarikat Sanchez Company. Pasangan suami isteri itu hanya duduk beristirehat di dalam banglo mereka. Insyirah seperti biasa lebih suka untuk menonton televisyen setelah semua kerja telah siap dilakukan manakala suaminya pula berada di gimnasium miliknya. Memang itu aktiviti kegemaran Adam. Tidak boleh disangkal lagi.

Tin Coca-Cola yang diletakkan di atas meja di hadapan sofa itu segera diambil lalu diteguk perlahan. Insyirah bingkas bangun dari tempat duduknya untuk menuju ke ruang dapur. Perutnya tiba-tiba sahaja berkeroncong hebat walaupun sudah menjamah maggi segera sejam yang lepas.

Adam mengelap peluh yang mengalir pada tubuh badannya dengan sehelai tuala kecil. Dia melangkah masuk dari arah pintu belakang dapur memandangkan gim terletak di kawasan belakang banglo itu. Ini adalah gim yang kedua terbesar dia miliki. Matanya tertancap ke arah Insyirah yang sibuk membuka kabinet dapur dan mengambil sebungkus plastik maggi segera. Insyirah mula menyediakan alatan-alatan yang akan digunakan lalu mula memasak maggi tersebut.

Adam mengerutkan dahi. Dia bukannya tidak tahu perangai isterinya yang satu itu. Insyirah lebih suka makan makanan ringan dan tidak berkhasiat. Pantang benar Adam apabila melihat makanan tidak berkhasiat ni.

"Macam mana kau nak kenyang kalau asyik makan maggi je?" Tangan Adam sudah mula bergerak mematikan gas. Mata Adam mencerlung tajam memandang Insyirah yang sedang duduk santai di bar stool. Adam menyandarkan tubuhnya pada kabinet dapur sambil menyilangkan tangannya di dada.

"Tak apalah. Maggi senang nak masak. Cepat dan stok dia masih banyak. Hidupkanlah balik gas tu." Insyirah menopang dagu lalu memandang wajah suaminya itu. Jelas sekali yang suaminya sedang mengerutkan dahi. Menunjukkan yang dia sebenarnya tidak suka dengan sikap Insyirah yang sering mengambil jalan mudah.

"Bersiap. Kita makan kat luar." Adam mendekati Insyirah lalu mengusap kepala isterinya yang sedang menyembamkan mukanya di meja. Elok betul perangai malas macam ni.

"Saya laparlah." Insyirah mendongak lalu mencebik. Suka sangat memuncungkan bibirnya apabila rasa tidak puas hati bertandang dalam hatinya.

"Aku tahulah sengal. Sebab itu aku ajak." Adam menggeleng perlahan lalu menghela nafas panjang. Dari posisi berdiri akhirnya dia melabuhkan punggung di sebelah isterinya.

Insyirah menggeleng perlahan. Sejujurnya dia sangat malas untuk keluar. Maggi segera sudah ada di hadapan mata, buat apa susah-susah lagi?

"Awak hidupkan je balik gas tu. Awak pergi bersihkan diri sana. Maggi tu tak sampai dua minit pun dah siap dah. Malas nak pergi bersiaplah... lama." Insyirah meluahkan hasrat sebenar kenapa dia tidak mahu makan diluar. Wajah Adam di sisinya dipandang dengan riak simpati. Matanya dikejip-kejipkan untuk membuat wajah comel khas buat insan yang bergelar suami.

Adam mengeluh perlahan. Sedikit sebanyak turun egonya apabila melihat wajah comel Insyirah. Pipi isterinya itu diusap perlahan. Dia tahu Insyirah penat memandangkan baru hari ini mereka dapat cuti. Bagi Adam itu perkara biasa tetapi tidak bagi Insyirah. Isterinya itu masih orang baru dan masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang mendadak dalam pekerjaannya.
Tangan isterinya itu ditarik untuk bangun bersama. Adam melekapkan kedua belah tangannya pada pipi tembam Insyirah.

"Janganlah manja sangat. Aku tahu kau penat. Tapi sampai bila nak makan maggi? Takkan aku pun nak maggi juga?"

Insyirah mencebik sedikit. Ada betulnya juga kata suaminya itu. Takkan Adam hendak makan maggi untuk makan tengahari mereka? Kasihanlah pula dekat suami tersayang ni. Tangan isterinya itu disulam kemas dalam genggamannya lalu mereka menuju ke bilik. Insyirah dibiarkan berkemas manakala Adam masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

THE TRUTH 2.0 Where stories live. Discover now