1

699 40 3
                                    

<Jin's P.O.V>

"Jinnie!" Suara Hyera memanggil nama aku membuatkan aku tersenyum.

Dah la panggil aku dengan nama panggilan comel macam tu. Ish dia ni, jangan la buat aku sengih macam kerang busuk! >///<

"Ya ya Hyera. Nak apa?"

"Jinnie dah-"

"Hyera, boleh tak amik gambar dengan saya?"

Ish kacau betul fans dia ni! Hyera nak cakap dengan aku la dey.

"Maaf, lepas rehat tunggu depan kelas saya ya? Saya nak pergi rehat dulu dengan kawan saya," Hyera menolak pelawaan peminat lelaki dia dengan sopan.

Alahai baiknya Hyera aku ni. Janganlah baik sangat, tengok, nanti makin ramai peminat kau, aku nak menyelit celah mana?

"By the way, Jinnie dah makan?" Soalan Hyera membuatkan aku terjaga daripada lamunanku.

"B-belum!" Spontan aku jawab.

Aduh, kabut je aku ni. Kenapa nak menggelabah tiba-tiba? Terkejut Hyera nanti!

"Haa kalau camtu, jom rehat sama-sama! Hyera masak bekal Hyera sendiri hari ni. Boleh la Jinnie komen."

Hyera m-masak!? Yahooooooo~ akulah lelaki paling bahagia sebab dapat rasa masakan Hyera!

"Tak rasa pun dah tahu sedap." Aku mengomel sendirian tapi Hyera dapat dengar sipi-sipi.

"Apa dia Jinnie?" Hyera memandang aku dengan raut wajah ingin tahu.

Aduh ni pun lemah jugak. Comel sangat la Hyera ni.

"T-tak ada apa-apa. Kau nak makan kat mana?"

"Tempat biasa kitalah, mana lagi?" Mendengar jawapan Hyera, aku cuma mengangguk dan mengikut sahaja ke mana Hyera pergi.

Aku dan Hyera sudah lama berkenalan. Dari sekolah tadika sampai sekarang (sekolah menengah), aku tak pernah berenggang dengan Hyera. Hyera memang baik. Aku pula...um kayu? Acah-acah cool gitu. Tapi dalam hati, macam ribut. Biasalah, lelaki.

Masa sekolah tadika, orang suka buli Hyera sebab dia tembam. Tapi bagi aku, dia comel. Akulah yang selalu ada di sisi dia dan pertahankan dia dulu.

Sebelum habis sekolah rendah, populariti aku melonjak naik. Aku terkenal dengan imej lelaki cool dan ramai peminat aku tak berapa suka aku berkawan dengan Hyera. Bagi mereka, Hyera biasa-biasa sahaja. Pernah sekali Hyera hampir putus asa dan tak nak berjumpa dengan aku tapi nasib baik aku ni bermulut manis dan pandai memujuk.

Sekolah menengah pula? Hm...masa ni la Hyera jadi lagi cantik. Siap dapat tawaran jadi trainee dekat Big Hit lagi! Apa lagi, terus melonjak dia punya populariti, kalah aku! Dengan perwatakan dia yang memang dari dulu lagi baik dan sopan, memang ramai jatuh hati dekat dia. Yang suka buli dia dulu pun melutut tengok dia sekarang tau! Amekaw~

"Makanlah Jinnie." Hyera menolak bekalnya ke arah aku sambil berkata. Aku terpana sebentar melihat eyesmile-nya.

Eyesmile eyesmile eyesmile eyesmile eyesmile ahhhhhhhhhh Seokjin focus! Hyera tengah pandang. Balik rumah nanti kau boleh meroyan sepuas-puasnya dekat dalam bilik kau.

"Ah, thanks, Hyera." Aku membalas pelawaannya dan dia tersenyum manis kepadaku.

Rip Kim Seokjin dek panahan cinta Min Hyera.

Aku menyuap makanan yang dimasak oleh Hyera itu. Seperti biasa, tidak pernah mengecewakan! Sedap seperti selalu.

Kami menghabiskan waktu rehat kami dengan damai di atas bumbung sekolah. Habis sahaja rehat, aku ke kelasku dan dia ke kelasnya.

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now